.


its me...

Sunday, July 5, 2009

Istimewa untuk mereka... 5 Julai

HAPPY BIRTHDAY !!!!!!


Salam buat semua, post kali ini bertujuan untuk meraikan ulang tahun kelahiran bonda Hjh Noor Liner Kassim... Selamat hari lahir ibu!!!! Semoga umurmu di berkati dan dikurniakan keberkatan dan rahmat dunia akhirat... Kami Sayaaaaaanggg ibu!!!!!

ops... tak lupe jugak buat Qistina Nafisah Iman bt. Kamarulzaman, kawan seperjuangan yang lahir same hari ngan ibu penulis.... Selamat Maju Jaya dalam "exam" esok!!!!

&, tak lupe jugak buat tokmak (nenek saye) yang menyambut Wedding Anniversary berseorangan tanpa tokbah (atuk saye) di sisi pada hari ini juga.... semoga roh tokbah dikalangan orang2 yang beriman....
(kire mase ulang tahun perkahwinan pertama atuk dan nenek saye, mereka selamat melahirkan ibu saye!!!! senang cite, ibu saye merupakan hadiah ulang tahun pertama perkahwinan mereka daripada Allah!!!)

Monday, June 8, 2009

harap maklum...

salam, lame rasenye tak update blog ni.... maka, di sini penulis ingin mengucapkan jutaan kemaafan atas kemalasan mengupdate blog... mungkin teratak ini akan semakin bersarang selama beberapa bulan mendatang... buat masa ni cuba nak fokus on studi (zaman tgh semangat)... tengh gile buat research on every core subject... alhamdulillah EPT (English placement Test) melayakkan penulis duduk setahun d Nilai.... jadi, kenelah studi betul2 dan ketepikan semua mende yang mengalihkan pandangan...

BYE-BYE


tengah buat research..... banyak mende tak tau n kene belajar sbb dah start CORE COURSE

Saturday, May 16, 2009

"Buat Cuak Je Cikgu Ni!!!"

JUMAAT 15 MEI 2009....

sedang aku menguji hafazan murid2 f3 (musim ujian hafazan), C.Alya datang kepadaku...
"Hasif, 10.30 pagi ni free tak?"
"rasenye free, nape cikgu?" ujian hafazan tertangguh seketika
"jumpe saye kat pejabat, ade hal sikit" mendatar bunyinya.


masa berlalu, aku bermalasan di sofa bilik guru sementara menunggu 10.30 pagi... Apelah yang penting sampai cikgu ni nak jumpe aku kat pejabat... Tiba-tiba Azlina dan Fatima Amira menjenguk kat muka melalui tingkap "Ust Hasif!!! masuklah 5Saad!! kelas kitorang dah macam binatang kat atas tuh...."

"hah!!! macam zoo ker?" Ust Isharuddin menyelit suara.

"ye ust!!! cepatlah masuk" Azlina dah mula membising.

"ye ye... nak masuklah ni" ingatkan dalam hati ust Shahrul nak gabung kelas Add Math... takpelah, lagipun mmg aku yang jage Add Mat kat kelas 5 Saad tuh....

sampai sahaja di kelas 5 Saad, taklah teruk sangat Zoo nya...

SMS lantas diterbangkan kedalam inbox phone C. Alya
(cegu, saye ade kelas di 5 Saad, Nape kene gi pejabat??)

SMS berbalas... memenuhi inbox phone ku
(tinggal je kelas tuh, Ade hal sikit nak bincang)

aku meminta izin dan terus berlalu dari kelas tersebut... ape yang penting sangat cikgu nak bincang??? sampai kene tinggal kelas??? aku buat salah ker??? dah la hari last.... kene mausk pejabat plak....

sampai sahaja di hadapan pejabat... ya Allah, banyaknye kasut kat pejabat... perasaan cuak dan tidak tenteram mula menimbun... semua doa dibaca... doa penerang hati, lancar lidah, selamat sepanjang masa, sumenye dibaca....

"ade ape cikgu??"

"hasif..." kak Rita mula bersuara.. "disebabkan hari ni hari last, kami adelah buat sedikit jamuan yang tak seberapa. Jemputla makan..."

"Loh... susah-susah je akak, tak payah la buat sampai camnie" hatiku runtuh... lega+terharu+rase menyusahkan plak.... lidah tak mampu berkata....

"ni untuk kamu, dari cegu sendiri" C. Alya menyerahkan sampul surat putih berbalut reben kuning..

"alah.... tak payah la cekgu, susah2jer.." berat nk terima.

"jemputlah makan" kak Rita menjemput semua...

"Cikgu buat air Mangga!!!" cikgu Latipah bersuara sambil menyiapkan kerjanya... memang sedap, pekat dan asli air Mangga cikgu Latipah....

lepas makan kene bagi ucapan spontan pulak!!! sungguh tak sangka...

"terima kasih kepada semua cikgu, dan staff yang sudi buat jamuan yang ana pn tak tau... secret sangat sampai ana pun cuak. Dengan peluang yang cikgu2 beri kepada ana, baru ana dapat rase betapa SABARnya seorang guru mendidik, perasaan kalau anak murid tak siap kerja rumah, nak kawal anak murid yang nakal dan sebagainya.. Bagi saya, Al-Amin adalah yang terbaik.. terima kasih cikgu!!!."



makanan yang dijamu.... ade buah Mangga, air Mangga, Buah Tembikai, air Tembikai, Kek Marble, Nugget, Ayam Goreng, Keropok, Kentang Goreng, Cocktail.... Sedap semuanya..

Tuan Haji kena rasmi dulu..

ni lah cegu Alya... die yang selalu cari lubang untuk saya kerja dan terus berada di sini sampai 5 bulan...

makan celah2 meja sebab buat jamuan dalam pejabat yang sempit dan penuh dengan document2 sekolah... Kak Ida pn sampai tak ingat nak makan sebab sebuk ngan akaun dier... duit gaji tuh....

balik rumah baru bukak envelope yang cikgu C.Alya bagi.... ade 5 voucher Jusco!!!! n surat... tanks cegu... cekgu kate dalam surat tuh, voucher tu guna untuk beli baju. Boleh buat preparation untuk kemasukan nanti... terima kasih banyak2 cekgu...

Thursday, May 7, 2009

cinta "free trial"

huhuhuhuu... dah lama rasenye penulis tak keluarkan artikel tulisan sendiri, selama ni asyik keluarkan artikel orang lain, tulis siket2 n gambar jer... ditambah dengan beberapa kesibukan yang melampau membuatkan penulis langsung tidak berkesempatan menelaah blog ini mahupun chatbox yang meninggalkan jejak rakan-rakan seperjuangan... oklah, renungkan topik ni, yg HS tu akan dimuat naik kemudian...

Pernah dengar cinta "free trial"???? rasanya memang anda tidak pernah dengar sebab frasa ini dicipta sendiri oleh penulis setelah sekian lama menelaah cinta monyet manusia yang tidak berkekalan... memandangkan kita berada dalam dunia serba moden dan canggih, elok kiranya kita mencipta frasa baru yang mengikut arus globalisasi... sekiranya kita membuat beberapa perbandingan, ada beberapa persamaan antara cinta "free trial" dengan trial/ cubaan yang kita dapat ketika membuat turun (download) apa sahaja perisian (software) daripada laman sesawang.

Manusia yang menelusuri laman sesawang kebiasaannya akan menggunakan free trial selama beberapa tempoh (samada 30 minit/ 1 jam/ 30 hari)... selesai menggunakan perisian tersebut, mereka perlu membayar untuk mendapatkan perisian secara menyeluruh dan lengkap. Kebanyakan trial yang diberikan tidak diberikan fungsinya secara 100% bagi memancing pengguna supaya membeli perisian tersebut.

Sebelum itu, mengapa penulis tidak mengistilahkan cinta sebegini sebagai cinta "sample"?? Cuba kita fahami bersama, analoginya begini... katakan saya jumpa "sample" minyak wangi di kedai, dan menggunakannya, jika selesa dengannya saya akan membelinya, tetapi jika tidak, saya akan tolak ketepi. Namun, saya sudah menggunakannya dan menikmati aromanya yang mengasyikkan serta memikat sepelusuk lubang hidung... Lain dengan free trial software yang diberikan, kita hanya diberi beberapa tempoh untuk mencuba, dan tidak dapat menikmatinya secara 100% disebabkan beberapa halangan-halangan serta sekatan yang dikenakan. Jika ingin menikmatinya, perlu beli dahulu baru kesemua fungsinya dapat digunakan...

Cuba kita adaptasi dalam dunia realiti, manusia sekarang akan menggunakan perisian cinta "free trial" untuk berjinak-jinak dengan cinta dan mula untuk mendekati dan menyelesakan diri (gambaran untuk berkenalan/ couple kot).. Sesetengah orang akan rasa selesa dan meneruskan langkah seterusnya dengan membeli seluruh perisian tersebut (gambarkan sebagai mas kahwin), maka hapuslah segala sekatan-sekatan yang dikenakan semasa menggunakan "free trial" (gambaran terhadap ikhtilat, aurat, halal dan haram perhubungan)... tapi mereka sudah berjaya, maka kita tolak ke tepi. Yang kita ingin bincangkan adalah bagi yang tidak berjaya dalam perisian cinta A dan kemudian terjumpa perisian cinta B yang kita lihat lebih elok darpiada A.... kita tinggalkan perisian cinta A begitu sahaja dan menggunakan trial yang lain.. samada trial perisian A tidak serasi dengan kita atau kita yang tidak serasi dengan perisian tersebut. Sesetengah manusia hanya merasa free trial selama sebulan dua atau beberapa tahun. dan kemudian perisian tersebut tidak membenarkan kita menggunakan atau membelinya mungkin atas alasan tidak cukup syarat sebagai pengguna, contohnya tak cukup umur.

Maka, apa yang kita dapat lihat di sini?? cinta "free trial" yang tak berjaya hanya akan membazirkan masa. Mungkin ada yang merasakan ianya tidak membazir kerana sekurang-kurangnya kita mencuba. Sungguhpun begitu, jika kita fikirkan dari awal, kan lebih elok jika kita cari beberapa info sebelum menggunakannya (buat research).. atau menggunakan "search engine" (enjin pencarian) untuk mencari yang betul- betul berkualiti dan berkenan di hati??? Tidak perlu untuk "free trial" (couple/ rapat-rapat) dalam kes ini!!! Cari info, lihat dari jauh, buat research, tanya orang yang berpengalaman dalam menggunakan perisian cinta (semestinya ibu bapa anda). Jika puas hati dan benar-benar faham, silakan.....

Sestengah orang juga akan rasa bersyukur atas kesempatan diberikan peluang untuk menggunakan "free trial" memandangkan tidak pernah menggunakannya. Dalam bahasa mudah, tak pernah merasa cinta... tapi perlu ke???

Kesimpulannya cukup mudah, isu ini subjektif dan banyak pandangan akan dilontarkan, penulis tidak katakan bahawa penulis betul, atau salah, sekadar pandangan. Sesuatu pandangan itu boleh diterima jika dialasi dengan rasional yang kukuh serta hujah yang terang dan dapat difahami.. Gelanggang perdebatan dibuka!!!!!

Monday, April 20, 2009

Selamat Bersidang PENDEBAT MUDA !!!


"Selamat maju jaya"

Pasukan A Bahasa Melayu SMIAAG
Khalilah Alhuda Kamilen
Nurazlina Azizi
Nur Diyana Nas Tamimi
Wan Nur Ira Izyan Wan Izani

Pasukan B Bahasa Melayu SMIAAG
Muhd Nabil Afham M Fuad
Khalidah Alhusna Kamilen
Nurazah Fathirah Kamarulzaman
Muhd Muaz Omar

Guru Pengiring Pasukan Bahasa Melayu SMIAAG
Pn. Azziah Harun
Ust Muhammad Hasif Azizan


~klik untuk terus ke laman web rasmi kejohanan debat antara sekolah kali ke-8~

Monday, April 13, 2009

Temu duga di UITM



RM 0.00 Tahniah, Anda dipanggil ke temu duga di UITM. Sila layari http://istrudent.uitm.edu.my/intake untuk maklumat selanjutnya sebelum 10 April...

itulah gambaran mesej yang penulis terima pada hari khamis yang lalu... sedang mengadap komputer, terus menaip alamat laman yang dinyatakan... ternyata benar..

maka hari 11 April yang dijanjikan terpaksalah penulis meninggalkan Kursus Kepimpinan Pengawas SRIAAKL... berat hati juga nak meninggalkan slot ceramah yang harus penulis uruskan bersama rakan lain (maaf Qistina)... dan meninggalkan semua rakan-rakan yang lain.. (maaf amirul, anas, aizat, hakim, amin, farhana dan lain-lain jika ada yang tak disebut)... demi memenuhi kehendak cita-cita...

pagi-pagi lagi, penulis, ibu dan abah terus meluncur laju ke UITM Shah Alam dengan menaiki kereta. Rakan-rakan yang turut ditemu duga dijadualkan pada tengahari (khalil, abu dzar, rafiq)... penulis pula dijadualkan pada 8.30 pagi...terpaksalah keluar pagi...

sampai sahaja di Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, penuh dengan beberapa puluh atau ratusan calon temu duga yang lain (bagi kategori 8.30 pagi...), penulis terus mendaftarkan diri dan mengisi borang bagi tujuan pemarkahan temu duga...

kami diberi taklimat bahawa calon perlu melalui 3 langkah:
1) ujian lukisan
2) ujian kreativiti (ape pulak tuh??)
3) temu duga dengan ahli panel...

setelah sekian lama menunggu, sebahagian daripada kami dibawa masuk ke sebuah bilik...
dalam lingkungan 20 orang rasenye untuk satu bahagian.... kami dipersilakan memilih meja kesukaan masing-masing.. ditengah-tengah bilik kuliah terletak 3 kotak yang ditindih dan kain-kain yang berjuraian mengelilingi kotak tersebut.

dalam masa 1 jam!!! kami harus melukis kotak dan kain yang dijadikan sebagai bahan situasi... cukup ke 1 jam?? nak buat bayang-bayang lagi, nak buat lipatan kain bagi nampak real pon satu hal gak, nak bagi kotak tu lurus n tak senget lagilah menyusahkan, nak buat "stroke" supaya bahan situasi nampak 3D lagi makan mase.... nak pastikan kadar banding (propotion) seimbang dah jadi hal plak... nak buat macam mane, pasrah jelah.... penulis mengeluarkan segala jenis pensel yang dibawa, 3B, 2B, 6B, 6H, sumenye dikeluarkan.... dengan tidak menghiraukan orang lain, penulis mem"fokus"kan diri... buat ajelah yang termampu... janji cukup semua...

tamat 1 jam (rase macam puas hati, berhenti jelah)...

Ujian Kreativiti....20 minit seterusnya, kami diberikan sehelai kertas A4 yang tertera garis-garis yang pelik diserata kertas tersebut.. kami diarahkan untuk menyambung garis-garis yang pelik mengikut kesukaan masing-masing yang akhirnya kan terhasil 1 gambar atau jalan cerita... sambung punya sambung, akhirnya penulis berjaya menghasilkan jalan cerita hantu berkonsepkan karikatur... ade calon yang jadi gambar burung, jadi gambar orang menari, dan macam-macam yang pelik.. yang sambung jadi mende lagi pelik pun ade....

kemudian kami diarahkan keluar dari bilik tersebut dan menuju ke dewan temu duga, kerana masih terdapat ramai calon yang ingin menggunakan bilik tersebut untuk ujian. tunggu punya tunggu penulis akhirnya dipanggil oleh 2 orang ahli panel.... temu duga adalah seperti berikut:

sambil membelek keputusan SPM, ahli panel lelaki berkata "hasif, can u describe yourself in english?"

sudah.... nk speaking London plak... penulis pn membebellah ape yang patut sepanjang-panjangnye sehingga ahli panel tersebut mengarahkan penulis berhenti... (tak tahan la tu kene membebel dengan penulis)

"awak pilih bidang ni untuk borang UPU yang keberapa?"

"4"pantas penulis menjawab

"plihan pertama, ke2 dan ke3 awak pilih ape?

"ok, saya nak masuk bidang interior design dalam arkitek kat uia, tapi kelulusan saya kurang untuk masuk arkitek uia, jadi saye pilih Human Science (uia) pilihan pertama dan Law (uia) untuk pilihan kedua sebab saya bercadang nak tukar bidang lepas semester pertama jika saya layak ke uia.... lepas semester pertama saya nak tukar ke arkitek..." penulis bertutur lancar.

"awak minat bidang tu tapi kenapa nak masuk uia??"

"sbb islamic enviroment di situ, saye dapat didikan agama sejak kecil, rasenye nak perkukuhkan lagi disitu"

"abis tuh, kalau awak kate sbb islamic inviroment, UITM ade cina ke?" ahli penel tersebut bertanya tegas, ahli panel wanita masih berdiam dan terus memerhati.... alamak mati aku, nak jawab ape??? penulis hanya mengangguk.

"owh, saya faham" itu sahaja yang mampu keluar. "owh...baru saya nampak"

"awak tahu tak arkitek dan lecture di uia, dulunya belajar di UITM??"beliau sengaja mengunci mulut penulis dengan pertanyaan sebegitu.

"sebutkan nama seorang arkitek yang awak tahu" dia menyambung bicara. Masih tegas lagaknya...

"muhammad b. jusoh (name bapak aiman ahmad) saye rase die ade link ngan UITM" penulis main belasah je... lelaki tersebut tidak memberikan sebarang respon terhadap jawapan penulis.

"awak tahu tak siapa arkitek menara telekom malaysia??" panelis lelaki tadi masih mahu menguji...

"tak tahu" penulis menjawab dengan yakin dan tenang... lelaki tersebut merenung mata penulis dalam dalam (nak bagi penulis takut lah tu)... penulis kembali menerkam pandangan lelaki tersebut, berlawan mata dan tidak mahu mengalah.... tak nak dikatakan pengecut atau penakut.

"ok, skarang nih, saye nak awak ceritakan apa yang awak lukis" panelis wanita mula bersuara... lukisan pelik tu harus diterangkan... menamatkan perlawanan mata kami...

"lukisan ni tentang suasana yang menyeramkan di waktu malam, gambar lelaki pakai songkok melambangkan die baru balik dari masjid, dan tiba-tiba ternampak pokok-pokok disekelilingnya bertukar jadi muka yang menyeramkan dan pondok buruk ada disitu dalam keadaan yang menakutkan, saya cuba tampilkan gambaran yang pelik jika dilihat pada tangan lelaki tersebut kerana nak melambangkan dalam bentuk abstrak, saya minat graphic, jadi saya nak tonjolkan kelainan dalam lukisan ini, selain itu...." penulis terpotong bicara.

"ok2, cukuplah tuh" panelis lelaki memberhentikan penulis, (dah jemu lah tu dengar penulis membebel panjang)

"saya nak tanya, tak berdosa ke awak lukis tangan manusia tu tak sempurna? Allah dah bagi tangan manusia cantik,ade 5 jari, awak lukis die kontot macam kene penyakit untut tu... tak berdosa ke??" lelaki tersebut masih mahu menguji. nak berdebat lah tu....

"saya rase dalam isu lukisan saye nih tak de masalah sebab saya tak lukis potret, ape yang saya lukis adalah berbentuk komik dan karikatur, jadi saye rase tk timbul isu dosa atau tau sebab ape yang saye lukis adalah karikatur dan bukan potret" Yes!! hujah beliau berjaya penulis patahkan.. dalam nada tenang.. dah jadi macam debat pulak...

"ok2.. sebenarnya lukisan kamu ni bagus, saye bagi awak 40/50" dia membelek hasil ujian lukisan penulis yang gambar kotak dan kain tadi..

"saya suka "stroke" yang awak buat,cantik. saya suka, lukisan ni cantik, simple tetapi "strong", (lukisan ni ade kekuatan)... saye tengok personaliti awak sendiri pun "strong"... saye suke..." akhirnya dia mengaku...

"masalahnya sekarang ni awak letak diploma seni lukis dan seni reka dalam pilihan ke-4, kalau awak letak dalam pilihan yang pertama, memang saya dah ambil awak masuk UITM"... penulis hanya terkedu..

"kami tak boleh buat keputusan muktamat. telus saya cakap, lukisan awak cantik dan bagus, tapi kita terpaksa tunggu result UPU, kalau UPU hantar awak masuk uia (ikut pilihan 1 n 2)... masuklah awak di sane, kalau UPU hantar awak ke sini, alhamdulillah..."

"memang saye tak boleh buat ape, kalau ini awak letak dalam pilihan pertama, memang saya akan pilih awak. sebab kita taknak pilih yang picisan2 (sebab penulis letak pilihan 4)"

"ok, awak boleh beredar..."

"good luck" panelis wanita hanya berkata 2 patah kata...

wargh!!!!!!

habis temu duga terus pening kepala..... nak buat camne??? serah pada allah jelah...bak kate ibu... mungkin ade hikmahnye berlaku mende ni...

anda ade sebarang komen???? silelah komen... huhuhu

Thursday, April 2, 2009

Anda ingin BERCINTA??? .... (jom kongsi)


"Love is an action, not by a word"

anda ingin bercinta??? sesetengah manusia mudah untuk melafazkan cinta.... semurah ais-krim 50 sen??? dan rasa ingin menikmatinya sebelum ia cair??? atau sesedap coklat?? Sebenarnya, cinta yang dibina menggunakan cara yang betul, teliti dan sempurna serta melalui landasan yang betul tidak akan cair....

Penulis ada terbaca satu artikel yang menarik di halaqah.net (artikel ini telah dibaca sebanyak 408 kali oleh pelawat yang bertandang...) dan bercadang untuk berkongsi bersama..

kadangkala manusia sibuk bercinta, tetapi tak pernah bersedia untuk bercinta.....

maka, baca artikel ini supaya minda anda terbuka, juga untuk diri saya....

Baca, Faham, Renung, Amal!!!

Zaman remaja adalah zaman untuk mencari dan mengenal diri. Setelah akal semakin mampu untuk berfikir jauh. Sekurang-kurangnya sudah mengenal mana baik dan buruk, halal dan haram, najis dan yang suci, syurga dan neraka.

Umur sebegini, orang muda cenderung untuk hidup di dalam perkumpulan. Gemar juga untuk mencari penyelesaian di luar rumah dibandingkan dengan berbincang dengan ibu dan ayah. Dan ketika inilah jiwa sudah menyubur untuk mengenal apa itu cinta (berlainan jenis).

Mengapa bercinta?

Terkadang bercinta dengan sebab ikut-ikutan (kerana melihat kawan sedang 'bahagia'). Terkadang ia bercinta supaya 'pointer' selalu meningkat naik. Dan katanya agar ada teman yang dapat memberi nasihat. Alamat.. jika salah bercinta, bubur tidak akan kembali menjadi nasi..

Sebelum bercinta fikirkan perkara-perkara ini wahai orang muda :

1. Sudahkah anda bersedia untuk bercinta?

Adakah sudah bersedia menghadapi risiko di dalam percintaan? Adat orang mengatakan cinta itu bersatu, dan ada kalanya ia membutakan mata. Manakala yang tidak nampak jalannya habis hancur masa depan hidupnya.

Cinta tidak semestinya bersatu, ada kalanya ia terputus di tengah jalan. Dan ada kalanya ia berjaya sehingga ke jinjang pelamin. Risiko putus cinta selalu membuatkan manusia seolah-olah putus asa. Hilang hala tuju hidupnya. Entah berapa ramai yang sudah menamatkan nyawanya sendiri bila cinta nafsu lebih diharapkan dari cinta kepada Illahi.

2. Apa matlamat Anda bercinta?

* Mungkin untuk merosakkan anak gadis atau hati orang lain?
* Ikut-ikutan atau suka-suka sahaja?
* Untuk mencari pengganti pasangan yang telah pergi?
(tetapi sekiranya ia ingin kembali semula suatu hari nanti, anda dengan rela diri meninggalkan pasangan baru anda yang telah diberikan harapan?
* Sekadar cinta monyet yang tiada matlamat di masa hadapan?
* Untuk mendirikan rumah tangga yang membawa kasih sayang dan rahmat dari ALLah?

Orang yang mulanya bercinta - hatinya akan berbunga-bunga. Tidak ia sedar apa yang berlaku di sekelilingnya kerana disibukkan dengan apa yang dicintainya. Segalanya nampak cantik, molek, comel dan sempurna belaka. 'Pijak semut tidak mati'. Segalanya berjalan dengan penuh optimis dan positif. Lalu mungkin 'menipu diri sendiri' sudah menjadi pegangan agar hubungan berlangsung dengan menarik dan dapat dikekalkan.

Apabila perhubungan cinta anda mulai 'berkelap kelip' - mulalah anda akan berfikir semula akan buruk dan baiknya pasangan anda. Mungkin ketika ini anda akan berusaha mencari solusi. Sekiranya berjaya perhubungan anda akan berjalan seperti biasa. Dan sekiranya dalam bahaya, ia akan membawa kepada 'putus cinta'. Perkataan inilah yang menjadi penghancur jiwa, rasa kecewa, terhina, rendah diri, sakit hati, dendam, putus asa. Maka istilah-istilah cinta yang dahulunya berkisarkan fantasi, anda akan sedar ia bukanlah realiti.

Menjadi hipokrit satu perkara, iaitu masalah yang akan dibawa apabila hidup di dalam sebuah rumah di atas pernikahan yang sah. Segala-galanya yang 'cantik', 'molek' akan ditunjukkan juga sebagai satu hakikat yang perlu anda terima. Samada anda terima dengan terpaksa atau redha selamanya.

3. Mengapa Anda Bercinta?

* Kerana ALLah?
* Kerana cantik rupanya? Mancung hidung, kumisnya tebal? Badannya serupa model?
- yang pasti semuanya ini tidak kekal lama. Berapa ramai wanita yang menghidapi sakit barah kulit kerana taksubnya kepada yang dinamakan 'KECANTIKAN' ? Berapa ramai pula yang sanggup berhutang, mengorbankan identiti seorang Muslimah dan Muslim kerana tertarik dengan namanya KEMODENAN?
* Kerana duitnya? Harta yang bertimbun?
* Kerana empunya diri itu sendiri?
* Kerana Agamanya?
Ia akan di bawa di dunia dan akhirat. Tetapi ramai juga yang terjerumus di lembah hina. Kerana yang dibawa rupanya selama ini adalah nafsu tetapi disolek dengan nama Agama.

Anda akan dapat apa yang anda niatkan. Ingat perjalanan cinta sesama manusia amat jauh, dan mungkin juga dekat, ataupun ia satu perjalanan yang tidak pasti.

4. Apa Modal Untuk Bercinta?

* Adakah dengan modal air liur? Atau jari jemari menulis sms?

Sedarkah anda? apabila bercinta dan anda meletakkan sesuatu di dalam hati seseorang. Ini telah memberikan ia pengharapan baru dalam hidupnya. Dan ia akan berusaha untuk mencapainya. Jika cinta anda sekadar cinta monyet, cinta untuk merosakkan anak orang, ikut-ikutan dan hanya menjadikan orang lain sebagai batu galas - CINTA NAFSU. Eloklah lupakan sahaja. Anda hanya akan menjadikan diri anda sendiri bahan fitnah yang akan orang ingat sampai bila-bila.

Sedarkah anda? Mahligai perkahwinan itu memerlukan pengorbanan bukan sahaja dari segi jari jemari dan air liur. Tetapi lebih dari itu adalah modal ilmu untuk mendirikan sebuah keluarga yang beragama, cintakan ALLah dan rasul-Nya. Modal harta iaitu pekerjaan dari sumber rezeki yang halal untuk anda berikan kepada isteri, dan anak-anak. Modal hati dan perasaan untuk dikongsi, difahami, kesabaran dan sebagainya.

5. Berapa Lama Anda Ingin Bercinta?

* Seminggu?
* Sebulan?
* Tiga, empat tahun?
* Sehingga habis belajar?
* Cinta hingga ke akhirat?


Apabila anda bercinta, setiap pasangan pastinya ingin mengetahui sampai bilakah mereka akan bercinta? Dan apabila perhubungan itu diketahui oleh sang ibu dan ayah, tentunya mereka akan bertanya bila pula tarikh merisik, pertunangan dan perkahwinan pula akan dijalankan? Dan tentunya kaum kerabat pula akan tertanya-tanya, dengan siapa anda berkawan. Mungkin ada yang sudah diusung ke hulu dan hilir - orang kampung pun sudah mulai berbisikan. Walaupun anda sangkakan di bandar orang bersikap tidak ambil peduli. Tetapi malaikat di kiri dan kanan tetap juga menulis catatan..

6. Kos Cinta

* Duit yang anda habiskan semata-mata untuk sidia - telefon (sms, mms, chat etc), bil elektrik, bil internet,
* Masa yang anda korbankan untuk sidia
* Hati dan perasaan


Sikap Matang Dalam Mencari Cinta

Wahai pemuda dan pemudi, menyebut perkataan cinta sesama manusia itu mudah, tetapi untuk melaksanakannya amatlah payah. Bercinta bukan menjadi tiket yang menghalalkan anda menyerahkan jasad kehormatan anda. Bukan juga bermakna anda sudah menjadi juara dan normal sebagaimana insan lain yang bercinta (sudah fahamkah erti cinta yang sebenarnya?). Anda rosak kerana cinta? - ia adalah kesalahan anda sendiri di dalam menterjemahkan cinta yang suci dan abadi. Semaklah semula adatnya bagaimana RasuluLlah menyalurkan perasaan cinta.

Jika berbaloi dengan bercinta - anda dapat merasai hidup bahagia serta mendapat keredhaan ALlah kerana matlamat anda jelas, anda sedia redha dengan kemungkinan yang berlaku serta tidak menyalahkan taqdir, perjalanan cinta tidak melanggar batas syarak. Maka silalah untuk bercinta.

Fikirkan.. Dalam masa bercinta, bagaimana hubungan kita dengan ALlah dan manusia serta makhluk yang lain? Semakin baik ataupun semakin jauh dan terus menjurang. Adakah ia menjadikan kita hamba ALlah yang bertaqwa ataupun hamba ALlah yang derhaka?

Sumber (klik untuk lawat) :
http://jarumemas.blogspot.com/ atau halaqah.net

Tuesday, March 31, 2009

Jadi cegu??? seronok tau jika....

Ada orang tak suka jd cegu, tp ada sesetengah orang rasa jadi cegu tu satu perkara yang menyeronokkan... Lebih-lebih lagi bila kita dapat semaikan ilmu yang kita ada dan tanamkan sebagai pahala yang berterusan di akhirat jika diamalkan.... Dan cegu selalunya akan jadi gembira untuk menjadi cegu jika....

ANAK MURIDNYA BUAT KERJA RUMAH!!!!

(baru terasa bagaimana hati cegu jika anak murid buat atau tak buat kerja rumah)

Penulis berasa bersyukur dan bangga mempunyai anak murid yang rajin dan selalu buat kerja rumah... Masa hari sabtu lepas, (sekolah ganti) penulis sebagai guru Geografi mengarahkan semua anak murid untuk melakukan kerja rumah iaitu TUTUP LAMPU JAM 8.30-9.30 MALAM SEBAGAI TANDA MENYOKONG SIMBOLIK PERJUANGAN MENENTANG PEMANASAN GLOBAL.... 60 Earth Hour... untuk menguji kejujuran murid, ada yang siap print gambar mereka bergelap... malah ada yang meletakkan dalam blog...

Atas rasa bersyukur mempunyai anak murid yang rajin, penulis akan linkkan blog mereka sebagai tanda mengiktiraf kerja rumah yang dilakukan... tahniah 5 banat 2 Sufian!!!! tahniah juga kepada mana-mana murid yang melangsaikan kerja rumah anda!!!!!


Jemput lawat... klik untuk contoh blog murid yang buat kerja rumah


Friday, March 27, 2009

Jom baca buku !!!! anda baca tak???


(al-quran dan sebahagian novel penulis)

Sementara menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia, penulis mengambil peluang untuk mengisi masa yang ada dengan membaca seberapa banyak buku/ novel yang ada (kira macam balas dendam jugakla sebab dah lama tak baca novel.... hehehe). Sebagai satu cara untuk menambah ilmu serta mengembangkan imaginasi hingga ke tahap optimum, penulis cuba untuk mencapai semaksimum mungkin dalam masa 4 bulan !!!!. Nak tahu apa yang penulis baca??

1. Al-Quran (wajib tuh....)
2. Moga Kau Mengerti (Novel)
3. Pesona Rindu (Novel)
4. Senafas Rindu (Novel)
5. Syahadat Cinta (Novel)
6. Musafir Cinta (Novel)
7. Makrifat Cinta (Novel)
8. Tunas ... rasenye name die camtulah (Novel)
9. Kenangan-Kenangan Seorang Geisha.. tak habis bace... tebal sangat (Novel)
10. Karya Nan Indah (Motivasi)
11. Puisi Untuk Esdyzuar... rasenye name die camtulah... (Novel)
12. Menjadi Pengurus Diri Efektif (Motivasi)
13. Kenapa perlu bercinta (Motivasi)
14. Di Bawah Mihrab Cinta..... name die cam ni ek?? tak ingat... tengah baca (Novel)


Setakat ini, baru 14 bahan bacaan telah penulis hadamkan. Sikit atau banyak?? anda yang tentukan... hehehe... jika anda seperti penulis, mungkin kita boleh berkongsi idea dan bertukar-tukar bahan bacaan. Pasti menarik bukan?? Jika anda tidak membaca sebarang bahan bacaan, penulis mencabar semua pembaca blog ini untuk mula membaca... Ini bukan ancaman, tapi rangsangan...

Selamat Membaca!!!!

Wednesday, March 11, 2009

jom kongsi ilmu.... (sains)

Penulis terbaca satu artikel yang agak menarik untuk di kongsi bersama.... untuk tambahan ilmu supaya kita tidak berada pada takuk yang lama, marilah kita sama-sama menelaah artikel ini...



KECELARUAN GENDER...

DISFORIA Gender atau kecelaruan gender didefinisikan sebagai keadaan di mana penghayatan individu itu bercelaru antara perasaan gender sendiri dengan jantina anggota kelaminnya.

Transeksualisme paling ketara mengenai kecelaruan gender apabila individu yang mempunyai anggota kelamin tertentu tetapi berasa begitu yakin yang dia golongan jantina sebaliknya.

Mengikut kajian Prof Louis Gooren, kemungkinan fenomena transeksualisme berlaku ialah satu transeksual lelaki dalam 15,000 lelaki manakala satu transeksual perempuan dalam 35,000 perempuan.Manifestasi fenomena transeksualisme berlaku ketika seseorang itu dalam proses pengenalan diri mengenai jantina. Dia akan berasa dirinya berbeza dengan kehendak hatinya dan kadangkala dia serba salah apabila lebih cenderung bergaul dengan individu daripada jantina sebaliknya.

Secara tersembunyi, dia akan memakai pakaian jantina yang sebaliknya, sekali gus berasa dirinya dekat dengan jantina itu. Perasaan untuk mendekati jantina yang dianggap jantina nalurinya akan menjadi lebih ketara apabila dia memasuki alam remaja dan menghayati pergolakan hormon seksual serta mengalami ketumbesaran anggota kelamin.Dia akan berasa perubahan dirinya lebih jauh daripada kehendak diri sehingga berasa tertekan.

Kepada yang dapat mengawal kehendak diri, mereka akan ikut haluan masyarakat.Namun, bagi yang lebih mengikut kehendak diri, mereka akan melakukan apa juga yang difikirkan sesuai untuk menikmati naluri mereka seperti berpakaian dan mendapat rawatan yang dapat mendekatkan mereka kepada jantina diidamkan.Golongan ini sanggup melakukan apa saja yang difikirkan dapat mendekatkan kepada jantina keinginan mereka sehingga kadangkala boleh mendatangkan kesusahan kepada mereka.

Mereka yang berasa tertekan dan tidak dapat mengawal diri tidak akan teragak-agak mengambil keputusan yang boleh memudarat atau memusnahkan diri sendiri seperti menjalani pembedahan perubahan anggota jantina atau membunuh diri akibat kekecewaan.Mengenali identiti diri dan fenomena transeksualismePengenalan mengenai jantina seseorang satu proses yang dinamik dan tertakluk kepada baka penentuan jantina dengan ‘sex chromosomes’ XX untuk perempuan dan XY untuk lelaki, hormon testosterone dan ‘anti-mullerian hormon’.

Selain itu, ia membabitkan pelbagai faktor spesifik seperti alam sekitaran dan kesan perubahan kepada individu itu mengikut masa ketumbesaran.Proses pengenalan jantina individu adalah di otak atau minda.

Justeru, penetapan jantina seseorang itu hanya menjadi nyata apabila bahagian otak yang mempengaruhi penetapan satu-satu jantina mulai terbentuk dan berfungsi.Sebagai contoh, bahagian ‘Hypothalamus’ dan ‘Pre-Optic Nucleus (PON) otak mengawal perilaku seksual dan bahagian ini lebih besar dalam otak lelaki daripada perempuan.Nukleus’thestria Terminalis’(BSTc) untuk lelaki 44 peratus lebih besar daripada perempuan.Transeksual lelaki ke perempuan mempunyai BSTc terbentuk dan bersaiz perempuan dan begitu juga sebaliknya. Perubahan ini dapat dikenali dengan ujian canggih melalui penyaringan dengan MRI.Ini boleh menentukan sama ada Disforia Gender atau fenomena transeksual itu berlaku secara semula jadi dan bukan dibuat-buat oleh individu itu.

Pendekatan PerubatanSebahagian besar individu yang masuk dalam golongan transeksual mengalami kekeliruan mengenai diri mereka daripada aspek identiti seksual. Mereka perlu menjalani bimbingan untuk mengenali diri dengan lebih dekat lagi, dan ini mungkin perkara awal yang perlu dilakukan.Mereka juga perlu tahu perbezaan identiti seksual yang lain seperti homoseksual, transvertisme, fetishisme dan lain-lain supaya dapat menetapkan kedudukan mereka.

Perkara lain yang perlu diberi bimbingan ialah kemudahan untuk mereka yang inginkan penukaran jantina dan batasan undang-undang berkaitan identiti asas seperti kad pengenalan.Perkara lain yang turut dibimbing termasuk juga penggunaan hormon seks seperti hormon kelelakian (Testosterone) dan hormone kewanitaan (Estrogen), selain pembedahan plastik sehingga perkara yang mungkin merungsingkan mereka daripada aspek kehidupan sosial.

Mereka yang sudah menjalani pelbagai bimbingan dan bantuan sosial dapat menikmati kehidupan yang selesa dengan identiti fizikal dan suasana kehidupan yang mereka inginkan.Dengan keadaan sedemikian, mereka boleh jadi individu yang dapat membangunkan negara seperti individu lain.

~NSTP~

selamat mengomen dan memberi respon...

Sunday, March 8, 2009

Pengapit Tangkap Muat!!!

suasana di masjid Badlishah Jalan Parit 6 Simpang Lima menjadi kecoh seketika... (kawasan rumah pengantin lelaki)

"cepatlah, dah lambat dah ni!!!" suara abah mula membingit...

"ye..ye.. jup" Hasif mula bersuara

"make up tu cepatlah sikit..." suara abah kembali meleret, masih bengang dengan make up yang datang lambat... sesat kot...

"ok, siap" abg firdaus bingkas keluar dari masjid. kak long masih membetulkan selendang dan tiaranya... syakilah yang me"make up" kak long mula mengemaskan make up boxnye..

abang firdaus mula mengeluarkan payung dan kipas pengantin dari keretanya, lantas diserahkan kepada kak Nadia (sepupuku)... kak Nadia, menyerahkan satu kepada ku..

"eh.." nape ni?? hasif kebingungan...

"bukan hasif pengapit abng firdaus ke" kak Nadia yang menjadi pengapit kak long mula bertanya..

"bukan ke abng Jabar jad pengapit? masa belah kita kan abng Jabar (adik abng firdaus) jadi pengapit die... jup eh Hasif tanye abng firdaus"....

"abng, sape yang jadi pengapit abng??" Hasif terus menyerang dengan soalannya..

"Hasiflah, sape lagi?" abng firdaus menjawab selamba...

"huh?!!" hasif mula bingung... masa di rumah tak pernah sebut pun... dah sampai sini baru nak kata?? dah la orang pakai kemeja je... ade ke pengapit pakai kemeja??? lantaklah....

kereta terus dipacu laju oleh abah ke jalan parit 6 1/2, hasif masih berdebar, kepalanya bingung... ade ke pengapit pakai kemeja?? pengapit moden kot....

keluar sahaja dari kereta, hasif terus berjumpa kak Nadia... "kak Nadia, mana ade pengapit pakai baju kemeja dan seluar slack!!!" teburai perut kak Nadia menahan gelak...

pengajaran: Bagi tahu awal2, nanti...kalau bagi tahu awal kan boleh pakai baju elok2 . habis gelabah... tapi pengalaman yang manis tanpa di sengajakan...

P/s: Maaf atas struktur bahasa yang lemah... agak kelam kabut... huhuhuh ni gambar di rumah pengantin lelaki, gambar lain akan dimuat naik kemudian... maaf yer... internet ni leceh je..

-dipersilakan untuk komen, ini cerita benar... tp dalam komen jangan tanya bila pulak Hasif nk kahwin, nanti ada yang pipi berdarah jugak kang!!!! hahahah.. gurau je..

Tuesday, February 24, 2009

Buang sombong dan egomu!!!!


Manusia hidup bukan seorang. Ramai diantara kita yang berpendapat bahawa dunia ini aku yang punya. Malah hampir seluruh isi dunia mempunyai individu sebegini. Bukan nak menyalahkan sesiapa, tetapi ingin mengajak untuk kita bersama koreksi diri. Kita hidup dengan siapa? Adakah dunia ini kita seorang atau ada yang harus dikongsi? Jika kita terfikir dunia ini satu perkongsian, mengapa masih ada yang sombong dan bongkak? Penulis merasakan agar bebelan ini tidak perlu dipanjang lebarkan selagi tiada siapa diantara kita yang mrmpunyai kesedaran untuk berubah....

Berikut adalah petua yang dapat digunakan sebagai cara awal untuk mengurangkan sifat sombong atau ego dalam perkongsian hidup... ingatlah, kita bukan hidup seorang:

1. 6 perkataan yang paling penting diucapkan

"benar, saya mengaku yang saya bersalah"

2. 5 perkataan yang paling penting

"anda sudah mencuba yang terbaik"

3. 4 perkataan yang paling penting

"bagaimana pula pendapat anda?"

4. 3 perkataan yang paling penting

"saya minta maaf"

5. 2 perkataan yang paling penting

"terima kasih"

6. satu perkataan yang paling penting

"kita"

7. satu perkataan yang paling tidak penting
"aku"


~selamat beramal!!!~

Wednesday, February 11, 2009

Untung seorang guru


siapa tahu,
laba seorang guru,
dermawan dunia,
jutawan akhirat.

kayanya sabar,
modalnya budi,
tapaknya ilmu.

cantiknya pada bahasa,
tampannya pada jiwa,
mesranya pada kata,
ikhlasnya pada mata.

tengah usianya menanam ilmu,
agar dituai di hujung dunia,
perjalanannya menyemai sabar,
moga tumbuh mekar dan segar.

apalah untung wang dan harta,
sedangkan miskin buku dan ilmu,
rugilah mereka yang tinggikan harta,
tapi ilmu serendah rumput dunia.

walau mereka sementara,
atau tetap teguh setia,
tapi hasilnya,
untung selama-lamanya...

12.36 tengahari, (di bilik guru).... 11 Februari 2009
buat semua yang mendidik...

Wednesday, February 4, 2009

maaf

maaf atas kelewatan penulis mengemaskini blog ini disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan.. sungguhpun begitu, blog ini akan sentiasa di "update"kan sedikit demi sedikit... maaf yer...

Thursday, January 22, 2009

TAG- mengikat persaudaraan, membaham kebosanan

Blog ini dah di tag oleh Amirul Arif...Cam biase.. kalau dah ditag, kenelah buat kerja2 cket kan??

Rules: Use Google Image to search the answer to the questions below. Then you must choose a picture in the first page of the result, and post it as your answer:
i am: lipas kudung

i really want to go too: Dubai lah... Interior design die best

my favourite place: asyik2 pergi skolah jer
my favourite thing: novel itu wajib

my favourite drink: fresh orange

my favourite food: sushi is the best


my favourite colour: klu tak hijau tak sah

i was born in: malaysia dirgahayu tanah airku
i live in: taman desa minang (gambar penduduk kt umah saya)
my school: the best school
my favourite movie: High School Musical & Harry Potter
my hobby:klu tak bace tk sah

i wish i am : positively powerful person!!!


lepas ni nak tag sape pulak yer??:

1- Kak long nisa (tag ni hadiah sebab dah nak kahwen... hahahha)

2- Nurteh Batrisha bt. Kamarulzaman (kanak-kanak Ribena yg slalu tegur saye tiap2 hari)

3- Syazana Zahidah (budak PLKN.. sure tak update blog die)

4. Muhd Nabil Afham (TKU baru skolah 2009)

5 Khalilah Alhuda Kamilen (si giler kaler hijau)

moga ukhuwwah kiter BERKEKALAN!!!

kene shut down computer cepat sbb update blog kt bilek guru... huhuhu

Thursday, January 15, 2009

Makluman...

Bagi mengemaskini blog ini, penulis telah mengambil keputusan untuk mengasingkan intipati dan isi-isi peribadi dengan post-post dakwah... maka atas dasar rasional itu, satu lagi blog telah diwujudkan...(under progress tp dh bleh lawat)

http://atmasukmajiwa.blogspot.com/

SELAMAT MENJELAJAH!!!

Melodi kalbu...

hayati nasyid ni dan renungkan video clip ni.... TANPAMU IN-TEAM
ade mesej yang tersirat dari kalbu, melalui hati, menerusi jiwa, seiring atma...
T.T

Monday, January 12, 2009

Ros putih itu takkan berdarah lagi...



Dikala Gaza menjerit derita
Jemari ini takkan mampu menari untuk bertinta
Tak bisa mata terkatup lena
Saat hatimu tercarik hina

Gerimis kita berbeza
Hujan kamu hujan air mata
Darah yang berhambur merata
Sedang aku bermandikan harta
Bahagia dan cinta dunia

Pintaku,
Agar semilir bayu mengalir doa
Terangkat ke arasy pencipta
Biarkan doa menjadi senjata
Kepilkan harta seiring upaya
Agar ceritera baru kian tercipta

Aku di sini
Dan kamu di sana
Namun kita masih tangkai yang sama
Cantuman kelopak pada bunga
Satu atma
Sempurna jiwa
Darah satu agama

Andai ros putih itu kalbumu
Izinkan aku menjadi pasunya
Atau kelambu yang memelihara
Agar tetap terjaga

Ros putih itu takkan berdarah lagi
Jika doaku membasuh luka
Merawat jasad dan sukma
Menyental bekas kotor tangan durjana
Yang cuba menyentuhnya
Kerna kita satu agama...

12 Jan 8.28 malam.... ana tak post artikel tentang keganasan di Gaza sebab kurang ilmu tentangnya... masih membaca untuk mendalami ceritera kebiadaban binatang bertopengkan manusia... hanya sajak yang mampu menzahirkan rasa hati... sekurang-kurangnya ana berbuat sesuatu... anda pula bagaimana???? ada lakukan sesuatu tak??? maaf atas struktur sajak yang lemah...

Saturday, January 10, 2009

Kenapa kita tak pernah cuba menerima???....

Sesetengah orang tak terima kekalahan,
Sesetengah orang tak pernah terima kekecewan,
Sesetengah orang tak pernah terima perpisahan,
Sesetengah orang tak pernah terima perubahan...

Kali ini penulis kembali untuk berbicara bagi membuka mata manusia... Maaf atas ketidak aktifan blog ini selama beberapa bulan yang lepas... Malah sarat dengan beberapa sajak aneh yang merencatkan perjalanan hidup penulis. Terus kepada tajuk utama, penulis rasakan agak menarik untuk menyentuh isu ini... penerimaan..

Minggu lepas, penulis telah memulakan perjalanan hidup sebagai pelajar lepasan SPM dan bekerja di sebuah sekolah sebagai PA (personalan assistant) yang ditugaskan untuk mengagihkan dan mengurus kemasukan murid tingkatan empat dan pakej pilihan.. Bukan untuk menghebohkan tentang kerjaya, sebaliknya mengajak anda semua untuk kita meneliti ibrah disebalik peristiwa ini. Semasa sibuk menguruskan pakej, penulis seringkali didatangi murid2 sekolah tersebut yang ingin mendaftarkan diri ke dalam pakej tingkatan 4.

Tatkala melihat susunan kelas yang hampir disiapkan penulis, ramai yang mengeluh kerana tidak puas hati dengan susunan kelas masing-masing. Rata-ratanya mengeluh kerana tidak bersama dengan rakan lama mereka. Masing-masing ingin berada dalam kumpulan masing-masing. Sesetengah daripada mereka takut dan tidak selesa dengan kumpulan yang lain. Sesetengah daripada mereka juga ada yang tidak berani untuk bersaing apabila penulis meletakkan murid yang cemerlang dan meraih 9A dalam PMR... Kata mereka masih belum bersedia. "Takut kalau-kalau mereka dikalahkan oleh murid-murid tersebut"... Alasan basi dan tidak munasabah.

Selain itu, ada yang mengeluh kerana tidak dapat bersaing dengan rakan mereka yang berlainan kelas.. Untuk pengetahuan anda (murid2 ting 4), sekolah tidak meggunakan sistem nombor dalam kelas menjelang peperiksaan bagi tingkatan 4 dan 5 atas rasional "kita berlainan pakej walaupun berada dalam kelas yang sama". Maka sistem pemarkahan agak dilihat kurang adil.. Oleh itu, kita akan bersaing mengikut berapa banyak A dan mengikut pakej...

Kenapa kita tak cuba nak menerima yang kita ditempatkan dengan sesetengah individu yang kita lihat sebagai orang-orang yang bijak pandai? Bukankah itu merupakan peransang untuk kita memperbaiki diri kita? Yang pandai memberi alasan pasti berkata "aku tak bersedia lagi untuk lawan dengan dia" Ah... alasan lama. Malah ada juga sesetengah yang tak nak menerima apabila terpaksa berjauhan daripada kumpulan mereka.. setelah 3 tahun berada dalam kelas yang sama, takkan tak nak tukar angin baru?... Jika kita tak sekelas tidak bermakna kita tak berkawan bukan??Dan masih dalam satu kumpulan sahabat yang setia...

Ada sesetengah kelas yang penulis terpaksa asingkan kumpulan pengawas disebabkan peratus kekuatan untuk mengawal kelas berbeza-beza... Ingat senang? nak kenal pasti kekuatan bukannya mudah.. Ada pengawas yang 2x5 dengan pelajar biasa..malah lagi teruk. Jadi terpaksa dirombak kekuatan mereka.. ada juga kumpulan yang terlalu kuat sehingga kumpulan pengawas yang lain terlalu lemah.. dalam konteks pengawas, kita ada tanggungjawab sendiri untuk mengawal kelas berbanding murid biasa yang kurang tanggungjawab mereka.. Jangan syok sendiri pulak...

Sepanjang penulis belajar di sekolah, tingkatan 4 dan 5 yang penulis lalui merupakan tingkatan yang bergerak dalam satu jemaah (batch) kerana kita yang menguruskan sistem di sekolah dan menjadi contoh kepada adik-adik... Bukan bergerak mengikut kelas!!!

Mungkin penulisan ini tidak perlu dipanjang lebarkan lagi kerana anda semua sudah besar dan mampu memikirkan sendiri... Kalau tak boleh nak fikir jugak tak tahulah...

Perhatian!!! senarai nama kelas dah di hantar kepada Ketua Jabatan Ilmu Utama dan Ketua Jabatan Hal Ehwal murid untuk diluluskan bersama.. Perubahan di bawah kuasa mereka dan keputusan muktamad milik mereka sekarang... Bukan di tangan saya... Mereka berhak membuat perubahan kelas dan pakej jika anda didapati tidak layak...

p/s... Pasti ade yang tak puas hati... hentamlah kalau nak hentam.. saya sedia..

Friday, January 9, 2009

kita bukan magnet

aku utara,
kamu selatan,
aku timur,
kamu barat,
aku hitam,
kamu putih,
aku bumi,
kamu langit,
aku matahari,
kamu bulan...

kita takkan bertemu,
malah selisih bahu,
jika aku terbit, kamu akan tenggelam,
jika kamu cerah, aku kembali kelam....
sejauh mana ingatan ini terpadam...
aku percaya masih ada dendam...
dan semua ini takkan terungkai,
jika tangan kita belum mencapai,
bersama menghurai simpulan...

ni sajak ke apa pn tak pasti... main buat je... !@#$%^&*(&()*&^#@! yg penting... aku dah hilang ingatan.... hahahahahha. gilo

Friday, January 2, 2009

sajak- Syair Cinta Dari Pencipta


Syair cinta..
Kalimah indah luar biasa,
Aksara pintalan dari yang esa,
Enak dicerna,
Molek ditinta.

Melodinya mengubah hati manusia,
Menambat atma dan jiwa,
Mengikat iman di dada,
Agar seteguh waja.
Syair ini takkan goyah dek durjana
Kerna ia kekal selamanya,
Sempurna di mata,
Lengkap kaki tangannya.

Rumpun hurufnya..
Mampu menujah hati yang hina,
Melakar cahaya cinta,
Agar terang dari biasa.


Simpul jawi ini..
Mampu membiak kasih dan mesra
Walau mencapah definisi cinta
Syair ini takkan mampu ditempa
Kerna saktinya dibawah lembayung kuasa

Kita takkan tahu.
Jika tak menerjah isi hatinya,
Kerna syair ini syair cinta,
Syair cinta dari pencipta...

12.19 tgh . jumaat (2 januari 2009) semasa aku di Zon Siber Perpustakaan Negara Malaysia