.


its me...

Friday, March 27, 2009

Jom baca buku !!!! anda baca tak???


(al-quran dan sebahagian novel penulis)

Sementara menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia, penulis mengambil peluang untuk mengisi masa yang ada dengan membaca seberapa banyak buku/ novel yang ada (kira macam balas dendam jugakla sebab dah lama tak baca novel.... hehehe). Sebagai satu cara untuk menambah ilmu serta mengembangkan imaginasi hingga ke tahap optimum, penulis cuba untuk mencapai semaksimum mungkin dalam masa 4 bulan !!!!. Nak tahu apa yang penulis baca??

1. Al-Quran (wajib tuh....)
2. Moga Kau Mengerti (Novel)
3. Pesona Rindu (Novel)
4. Senafas Rindu (Novel)
5. Syahadat Cinta (Novel)
6. Musafir Cinta (Novel)
7. Makrifat Cinta (Novel)
8. Tunas ... rasenye name die camtulah (Novel)
9. Kenangan-Kenangan Seorang Geisha.. tak habis bace... tebal sangat (Novel)
10. Karya Nan Indah (Motivasi)
11. Puisi Untuk Esdyzuar... rasenye name die camtulah... (Novel)
12. Menjadi Pengurus Diri Efektif (Motivasi)
13. Kenapa perlu bercinta (Motivasi)
14. Di Bawah Mihrab Cinta..... name die cam ni ek?? tak ingat... tengah baca (Novel)


Setakat ini, baru 14 bahan bacaan telah penulis hadamkan. Sikit atau banyak?? anda yang tentukan... hehehe... jika anda seperti penulis, mungkin kita boleh berkongsi idea dan bertukar-tukar bahan bacaan. Pasti menarik bukan?? Jika anda tidak membaca sebarang bahan bacaan, penulis mencabar semua pembaca blog ini untuk mula membaca... Ini bukan ancaman, tapi rangsangan...

Selamat Membaca!!!!

4 comments:

Unknown said...

lepas ni cuba try baca novel tokoh2 Islam pulak. by Abdul Latip Talib.

mas syarep said...

ehem..mne ler dpt novel2 makripat cinta dgn syahadat cinta tu??hehe..kne letak credits tu spatutnyer..hohoho..

hasifzizan said...

hohohoh..... bleh2... UNTUK PENGETAHUAN SUME, TERDAPAT SEBAHAGIAN BUKU YANG DIPINJAM DARIPADA PERPUSTAKAAN MAKMAL BERKEBAJIKAN.... HUHUHU

1. Musafir Cinta
2. Makrifat Cinta
3. Kenapa Perlu Bercinta?
4. Di Bawah Mihrab Cinta


tnks sarep!!!!

Khalilah Alhuda said...

betul2 kate amirul.. best buku tokoh2 islam 2.. bleh naikkan smgt jihad..

uhuh..nak jgk pnjm makrifat cinta 2.. xsempat nk minx lg..haha..

* bkn di bawah mihrab cinta la.. dalam mihrab cinta.. warna kuning kan?? hehe