.

its me...

Wednesday, October 29, 2008

entahlah aku pn tak tahu

kenapa aku hampir jatuh
bila aku cuba bangkit?
kenapa aku hampir berundur
bila ku cuba kedepan?
kenapa aku hampir kehilangan
bila aku perlukan sokongan?
kenapa aku hampir suram
bila aku mencari yang terang?

kenapa aku ditinggalakan
tatkala aku baru cuba merangkak
kenapa aku dibiarkan
tatkala aku baru cuba bertatih?
kenapa?
kenapa?
kenapa!!!

jika tidak katakan tidak
jika bantu katakan bantu
jika upaya hulurkan sahaja
jika tidak diam sahaja

mungkin aku tersalah pilih cermin
yang retak,
sumbing,
atau yang usang...

entahlah aku makin keliru
siapa kawan, siapa teman,
siapan rakan, dan siapa lawan
dan salah itu,
adakah salah aku ataupun kamu?

aku makin percaya
hanya ALLAH yang berupaya
menjadi peneman setia

biarlah aku berjuang seorang diri
walau kau tiada di sisi
kerna aku pasti
kau belum mengerti

~catatan buat peneman setia yang mahu berundur~

Monday, October 27, 2008

Hampir ketemu cahaya

akan ku cuba
walau pedih di dada
walau sengsara di jiwa
walau hatiku merana
walau takut dihina

akan ku cuba
untuk bangkit semula
untuk kembali pada-Nya
untuk berpijak di bumi nyata
untuk menahan gelora di jiwa

akan ku cuba
walau aku jatuh berganda
walau kaget di panah mata
walau terpaksa bertegas muka
walau seksa manahannya

perjuangan ini belum selesai
selagi nafasku tidak dirungkai
selagi ada kamu untuk membelai
selagi ada sepohon pokok cermai
selagi ada sebidang tapak permai

perjuangan ini belum selesai
selagi aku mampu merangkak
atau di sisimu aku rebah
namun akan terus ku mengesot
untuk mencapai mayapada nyata
untuk mencapai syurga pencipta

perjuangan ini takkan pernah selesai
selagi aku belum bergelar wira
selagi harimau ini belum ku pancung kepalanya
belum ku potong kuku kakinya

perjuangan ini takkan pernah selesai
selagi ada kamu
selagi ada kawan dan rakan
kerna kamu sebaik teman
terima kasih kerana menjadi peneman
dikala aku keseorangan
terima kasih juga untukmu
kerana menjadi tamsilan diriku
kerna cahaya ini hampir kutemu


3.22 ptg (27/10) masa tunggu bas rapid hinggalah dalam bas
khas untuk peneman setia

Sunday, October 26, 2008

forgive me

forgive me...
my broken heart like a wave
my heart shaken like a wind
my heart vanish like smoke
only dust are piled up in my mind

i spend long nights by myself
erasing my thoughts a thousand times
don't look back an leave
don't find me again and live
take only the good memory
i become dull day by day

if we pass each other on the streets
act like you didn't see me

I'm sorry for those mean things i said
i had to...
i rather you hate me than
endure the pain with me
the five years i was with you were the best time of my life
thank you

Friday, October 24, 2008

La Tahzan!!

"maafkan ana"

Melihat kepada beberapa perubahan yang berlaku kepada diri ana dan beberapa orang rakan yang terdekat, ana ingin berkongsi beberapa perkara yang counselor ana (al-quran) cakap ngan ana dan ana rasakan mende ni baik untuk kita semua....

"Wahai orang-orang yan beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah bersama orang-orang yang sabar" al-baqarah 153

"(iaitu) rang yang berinfaq, baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-rang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan" Ali Imran 134

"(iaitu) orang-orang (yang mentaati Allah dan rasul) yang ketika ada orang-orang mengatakan kepadanya, "orang-orang (Quraisy) telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, kerana itu, takulah kepada mereka," ternyata (ucapan) itu menambah (kuat) iman mereka dan mereka menjawab, "cukuplah Allah (menjadi penolong) bagi kami dan Dia sebaik-baik pelindung" ali Imran 173

" Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta jangan pedulikan orang-orang yang bodoh" Al-A'raf 199

"Dan tidaklah sama kebaikan dengan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, sehingga orang yang ada rasa permusuhan antara kamu dan dia akan seperti teman yang setia" Fussilat 34

renung-renungkanlah...

Wednesday, October 15, 2008

Terima kasih teman...

Baru-baru ni layout ana agak suram sikit dan kurang pengisiannye... Semuanya sudah diluahkan dalam beberapa sajak yang dicoret di laman ini. Dan responnya agak menggalakkan. Beberapa orang di sekitar ana mula risau dengan perubahan ana yang berubah dari hari ke hari lantas menyerang ana dengan bertubi-tubi pertanyaan... "enta ok tak?" "Enta sihat ke?" "Ana risaulah tengok enta nih", "Ana rasa ana paham sajak enta tuh" dan beberapa persalan yang ana rasa tak perlu ditulis di sini... Tak kurang juga yang tak kisah... buat yang kisah, terima kasih sangat-sangat. Ana tukar layout ana warna oren atas kehendak teman ana yang tak nak tengok ana sedih dan jadi makin pelik... Kpd "orang tuh" thanks sesangat... Ana sengaja tulis post ni untuk teman-teman yang sedar perubahan ana. Hanya mereka yang mampu mentafsir akan dapat memahaminya. Walaupun ana masih rasakan yang jiwa ana "tak sihat", ana akan cuba-cuba untuk ceriakan diri ana di hadapan kalian semua... Mungkin kita takkan dapat membuang parut di dada, namun sekurang-kurangnya kita dapat lindunginya dari pandangan manusia...

Thanks!!! kepada insan-insan yang risau sesangat pasal ana...

Thursday, October 9, 2008

Biarku alih cintaku...

Hidupku hampa,
Diriku tak seceria insan biasa,
Kerna ku punya dosa,
Sedangkan hari itu untuk yang berjaya,
Megharungi nafsu dunia

Aku tekad,
Perjalananku mungkin sahaja panjang,
Ataupun sejengkal sahaja panjangnya,
Aku harus bangkit,
Cintaku harus ku alih pada-Nya
Harus ku jauhi hati si dia

Aku tak mungkin mencintai dia
Kerna ku sehina manusia,
Diriku mudah lalai dan alpa,
Kerna zahirnya kami serupa

Aku punya satu rahsia
Atau...
Satu ceritera yang menyimpan sejuta rahsia,
Namun takkan bisa dicungkil rahsia,
Kerna dosaku,
Dosaku dengan si dia

Biarku alih cintaku pada-Nya
Asalkan bersih hatiku dari noda,
Biarkan hatiku merana
Asalkan rahsia ini,
Tetap menjadi rahsia...

(tafsirlah apa yang korang nak tafsirkan...)

Friday, October 3, 2008

Warna hatiku

Post ni sangat sesuai dengan layout baru ana. Warna meambangkan hati. Warna juga ambang perasaan... Warna lambang segalanya... Kalau dulu, ana pakai layout warne hitam ade design kerawang warne merah: tandenye ana tengah ghairah berblog dan ingin lari dari warne kegemaran ana hijau... Bile ana tukar layout pink, maknenye hati ana tgh gembira dan berbunga-bunga.. entah kenapa mase piih design tu ana asyik tersenyum dan nak amik yang pink saje. Lepas raye sepatutnye kite gembira dan ceria. Sekurang2kurangnya ana piih warne hijau or teruskan dengan pink. Tapi entah kenapa ana piih warne hitam.. pelikkan? ana pun tak tahu... Kenapa ana amik warne hitam n ade gambar serigala? Mungkin ana mengharapkan serigala tu meraung untuk menzahirkan isi hati ana... Ana sedih ke? Dukacita? Terkilan? Geram? Pilu? Ana pun tak tahu... Siapa yang boleh tafsirkan? Mood ana berubah... makin hari ana makin pelik? Mungkin ana harus bersihkan sesuatu yang tersarang di benak... Tiada siapa yang tahu kerna.... sejuta aksara takkan mampu menterjemah gerimis di kalbu................ Maafkan aku sahabat-sahabatku, Layoutku tak seceria dahulu