.

its me...

Sunday, May 30, 2010

JOM JADI MAT JENIN!!!



"hey kamu!!! jangan asyik nak berangan je... kamu ingat dengan berangan tuh kamu boleh kaya ka? jangan haraplah... nanti jadi macam Mat Jenin baru kamu tahu!!! berangan je kerja!! lepastu MATI!"~
Ya!! berangan pun boleh jadi kaya, boleh berjaya, ada masalah ka??? itu respon saya~ Dialog diatas seringkali digunakan oleh kebanyakan orang-orang tua kita untuk menghalang kebanyakaan anak-anak muda khususnya perempuan yang mudah dikenali sebagai kaum kuat berangan untuk terus melakukan aktiviti yang boleh dikira sebagai hobi lazim mereka (kaum lelaki pun ada juga)... Kata mereka (orang-orang tua), berangan tidak membawa kemana-mana... Malah perilaku ini akan melambatkan kerja seharian anak-anak muda baik lelaki mahupun perempuan. Ya saya setuju jika mereka yang berangan ini menjalankan aktiviti sebegini pada masa yang salah~ kalau 24 jam nak berangan abang akak oiii~ parah laaaa....
DEFINISI
Berangan kita boleh definisikan sebagai ber angan-angan, atau proses mencipta angan, ataupun mencipta imaginasi... Salahkah jika kita dikatakan berangan?? mungkin jika penulis menggunakan mencipta imaginasi/ merancang masa hadapan mungkin lebih molek bunyinya... (sama seperti penggunaan frasa RIBA, yang di salutkan dengan frasa lain yang indah-indah seperti hadiah, bunga, dan sebagainya).. jadi salahkah jika merancang masa hadapan agar lebih teratur, sistematik dan terancang. Kata orang, "kita hanya merancang, Allah yang menentukan".. namun, jangan lah berangan di waktu yang salah~ berangan semasa kerja dan belajar contohnya mampu mengganggu kerja yang kita sedang lakukan sekarang. Berangan seperti itu yang selalunya ditegah oleh kebanyakan ibu bapa kita. BERANGAN TIDAK BERTEMPAT.... maka tidak salah jika kita berangan pada waktu yang betul...
KESIAN MAT JENIN
Selain itu berangan sering dikaitkan dengan cerita sastera lama MAT JENIN yang dikatakan sebagai seorang yang kuat berangan sehingga memakan dirinya sendiri. Katanya, Mat Jenin mati sebab buah kelapa jatuh menghimpap kepalanya semasa sedang berangan... Maka dengan itu, orang-orang dahulu kala membuat spekulasi mudah... Jika berangan, tidak akan kemana, malah akan MATI SIA-SIA!!!~ astaghfirullahalazim~ hidup mati semuanya di tangan tuhan... Cuma dalam kes Mat Jenin, die meninggal sebelum sempat menunaikan apa yang di angankan/ apa yang dirancangkan.... maka janganlah disalahkan berangan, dan jangan dijadikan kematian Mat Jenin sebagai hujah bodoh bagi menghukum mudah mereka-mereka yang kuat berangan!!!

PERSPEKTIF SAYA BERBEZA

Sebagai mahasiswa yang mempelajari sedikit sebanyak ilmu Psikologi, penulis memandang istilah berangan pada perspektif yang berbeza. Lain daripada manusia biasa (bosan menjadi manusia biasa), penulis menganggap aktiviti berangan merupakan satu cara mencipta imaginasi dan merancang perjalanan hidup. Yang pasti kita mesti berusaha untuk mendapatkan apa yang kita angankan, dan bukan duduk diam sahaja!!! Jika kita berangan untuk menggunakan handphone Blackberry yang berharga RM1,800.00 tetapi tiada usaha untuk mencari wang bagi mendapatkannya, itu cara yang salah!!!! Maka berangan anda hanyalah SIA-SIA!!! Sperti yang penulis tintakan sebentar tadi, berangan merupakan proses perancangan hidup dan Allah akan memberi apa yang kita angankan jika kita BERUSAHA~

Berangan juga mampu membuka imaginasi seseorang agar melangkau lebih jauh kehadapan. Bagi para penulis, novelis, atau cerpenis, berangan merupakan satu cara yang terbaik untuk memperoleh idea. Dengan berangan kita mampu memikirkan imaginasi yang melampaui batas kemanusiaan. Malah, berangan itu meruapakn satu AKTIVITI UNIK kerana hanya kita mampu berangan tentang kita dan tiada siapa mampu berangan untuk kita. Kadar tinggi rendah imaginasi juga berbeza mengikut kekerapan kita berangan kerana penulis percaya berangan merupakan satu aktiviti berfikir bagi memastikan otak kita sentiasa berjalan dan tidak lembab. Malah, orang-orang yang berangan juga dikatakan senantiasa ceria kerana selalu memikirkan hal-hal yang ceria dan indah-indah berbanding orang yang memikirkan masalah dunia.

JADI, jangan takut untuk berangan!!!! Berangan mampu melakar masa hadapan... Ada orang mengatakan lebih baik membaca buku/novel/cerita daripada berangan... Pembaca sekalian, orang yang menulis juga berangan untuk mendapat idea bagi mencipta jalan cerita bagi novel-novel mereka. Anda sebenarnya membaca angan-angan penulis novel itu sendiri!!! KENAPA ANDA MEMBACA ANGAN-ANGAN ORANG JIKA ANDA BOLEH BERANGAN SENDIRI!!! Oleh itu, gunakan kretiviti anda untuk berangan dan mulakan menulis!!! (^_^)


HANYA ANDA MAMPU MELUKIS MASA HADAPAN ANDA SENDIRI!!! BERANGAN SAMBIL PEGANG PENA/ BERUS LUKISAN DAN MULAKAN KARYA KEHIDUPAN ANDA SEKARANG!!!!


INGAT!!!! berangan tanpa usaha TIADA GUNA!!!


INI BERDASARKAN SUDUT PANDANGAN SAYA... PENDAPAT ANDA PULA BAGAIMANA??

Thursday, May 27, 2010

Tazkiatunnafs~ BELAJAR DARI KANAK-KANAK


Kisah benar ini berlaku kepada diri penulis sendiri, yang rasanya boleh dijadikan iktibar buat kita semua. Kadangkala, kita sebagai manusia sering terlupa dan melakukan kesilapan. Namun, berdasarkan perspektif penulis, membicarakan bahawa "manusia tidak lari dari kesilapan" ataupun, kata-kata seperti "biaselah, kitakan manusia" serta ayat2 klise yang pelbagai merupakan satu 'eskapisme' bagi melarikan diri daripada mencapai kesempurnaan~

Ya, memang tidak dinafikan bahawa semua manusia tidak sempurna. Namun kita sekurang2nya harus berusaha untuk mencapai kesempurnaan kerana itu yang terbaik. Jadi sama-samalah kita hayati kisah benar yang di alami penulis agar yang baik dapat dijadikan iktibar buat kita semua...

Ketika azan zohor kedengaran, penulis bergegas ke surau berdekatan rumah bagi menunaikan kewajipan yang sepatutnya dilakukan oleh seluruh umat Islam yang wujud di muka bumi Allah ini. Sampai sahaja di surau, terus ke tempat whudu' bagi menyucikan diri sebelum melangkah masuk ke teratak agam Allah Subhanahu wata'ala. Kelihatan 2 orang kanak-kanak lelaki sedang berlari2 anak ke tandas bersebelahan tempat whudu'... tealatah mereka mencuit hati penulis seketika.

"Awak, awak nak kencing tak? kita nak kencing lah.... tak tahan" kanak2 lingkungan 6 tahun bertanya sambil tangannya terkepit-kepit di celah kangkang dan berdiri terkinja-kinja menahan kencing.

"Awak nak kencing, kencinglah. Kita tak nak lagi..." rakannya enggan mengikuti budak tersebut dan hanya di biarkan d hadapan tandas surau.

"Alah, kita kencinglah jom... tadi kan awak pon dah banyak minum air, cepatlah kencing sekali..."

"Tak nak lah, awak kencing jelah..." rakannya masih menggeleng kepala.

"Jomlah kencing.... kita tak tahan nie.. kita kencing sama-sama ea... jangalah malu..." pelbagai cara cuba dilakukan untuk memaksa kawannya. Rakannya masih menggeleng..

"Kalau macam tuh, kita jelah kencing... awak tunggu sini taw" budak tersebut berjalan tergedik-gedik menahan kencing terus ke bilik air.

"eh awak!! ade doa lah kat atas tuh!!" terpacul dari mulut rakannya...

"doa?? alamak, macam mana nie, kalau tak baca doa tak boleh masuk ke???" mukanya berubah risau.

rakannya hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu...

"alaahhhh~ mane kita tahu bace doa.... macam mana nie???"


"abang.... abang boleh tolong bacakan doa tak???" budak kecik itu bertanya padaku. Aku yang baru menyinsing seluar terhenti seketika..

"hmmm~ boleh" aku hanya tersenyum.


"adik ikut abang baca taw.." kanak-kanak tersebut hanya mengangguk. Ku bacakan dia doa agar boleh diikutinya. Doa yang agak panjang bagi kanak-kanak itu, ku potong-potongkan bacaannya agar mudah dilafazkan.
"aminnn~ dah, boleh masuk..." aku kembali tersenyum melihat telatah mereka.

"Awak tunggu kita taw!!!" pesannya kepada rakan sebelum meluru masuk ke tandas...
Selepas kejadian tersebut, penulis termenung seketika. Kanak-kanak berumur 6 tahun enggan masuk ke dalam tandas kerana tidak tahu membaca doa. Bagaimana pula dengan kita?? Yang sudah reti baca, berfikir dan sudah dihitung dosa pahalanya??? Pernahkah kita terfikir seperti mana kanak-kanak tersebut berfikir???

Jadi, siapa yang mengajar siapa??? Penulis sendiri berasa agak malu ketika berlaku kejadian tersebut.
Teringat kisah 2 cucu Rasulullah mengajar orang tua mengambil whudu'...


Jika kejadian sebegini berlaku kepada anda, apa reaksi anda???


KOMEN JANGAN TAK KOMEN...

Wednesday, May 26, 2010

SAYA MENGIDAM FISH KING!!!!

salam~ sebenarnye penulis agak sebuk kebelakangan ini, maka agak kurang masa untuk mengupdate blog ini... tp kali nie ada post yang best!!!! ngeeee~ pasal makan.. hehehe... semalam, penulis ibu dan abah sempat pergi ke Pizza Hut Wangsa Maju untuk Lunch~ saja nak ubah selera, nak ubah angin... heheh.

nie gambar2 kami.... MENU SEMALAM:
• 2 Pasta Perfetto (Fettucine Creamy Carbonara & Spaghetti Prown Olio)
• 1 Regular ROYAL MASALA pizza
• 4 Soup-of-the-day
• 4 pcs Garlic Breadstix
• 1 pitcher of Pepsi

ENJOY!!!!
JOM PEGI PIZZA HUT WANGSA MAJU!!! BESAR & SELESA NAK MAKAN!!! yummy!!!
KLU MAKAN RAMAI2 LAGI BEST SBB BANYAK TEMPAT!!!!!
JOM LAH!!!!

PROMOTION NOW!!!! LETS GRAB!!!!

mmmm!!!! lazatnye!!! nak yang nie!!! nak yang nie!!! nak yang nie!!!!

Abah!!!!! Hasief nak nie!!!! NAK FISH KING!!! NAK FISH KING!!! NAK FISH KING!!!!!
tp abah nak ROYAL MASALA jugak.... :(


KIRI: Fettucine Creamy Carbonara, KANAN: Spaghetti Prown Olio
Spaghetti Prown Olio sedap owhhhh!!!!~ udang die... mmmmm!!!!! yummy!!!! (^_^)



ibu & abah makan!!!!!

~ROYAL MASALA~

Suke betol ibu makan Garlic Bread Stick cecah Mushroom Soup

KAMI 3 ORANG~ MAKAN UNTUK 4 HIDANGAN... erkkk~
LICIN!!!!!! HAHAHA

WALAUPUN DAH MELANTAK, tapi saya still nak FISH KING JUGAK!!!! HUHUHU... nasib baek abah belanja... next time, NAK MELANTAK FISH KING JUGAK!!!! , pakai duet sendiri plak lerrr... hikhikhik (^_^)

Wednesday, May 12, 2010

HARI IBU - Ini Cara KAMI!!!


assalamualaikum... rasanya tak banyak yang perlu di katakan dalam post kali ini... harap2nya masih belum terlambat untuk penulis mengucapkan selamat hari IBU kepada SEMUA IBU-IBU DI DUNIA!!!! pada hari ahad yang lepas, penulis dan saudara mara, pakcik makcik yang lain sempat berkumpul di Hulu Yam untuk meraikan semua ibu2 Keluarga Haji Kassim... yang terutamanya untuk meraikan Tok Mak yg menyambutnya tanpa Tok Bah di sisi... semoga roh Tok Bah (Haji Kassim Ahmad) tenang di sisi orang2 yang soleh... aminnn~ insyaallah...

jadi, ini sebahagian gambar2 kami... JOM MANDI & BBQ!!!!

SEWA CHALET
PASANG KHEMAH
MMMM~ NI BLOG AK, KLU TER'INTERFRAME TAKPE KAN?? HEHEBUKA MAJLIS OLEH AYAH CHU
HARIZ BACA TARANUM, THEN SATU FAMILY IBU NASYEED UNTUK TOK MAK... HIHIHIPOTONG KEK, AUNT MAZNAH YG BUAT, AISYAH HIAS... HUHU
KAK LONG, FIRST CUCU TOKMAK YG BERGELAR IBU!!!

MANDI!!! YEAY!!!! MERIAH JEK KAK NADIA.. HUHUH
BBQ TIME!!!

SEMPAT TANGKAP GAMBAR "THE NEW GENERATION OF KASSIM FAMILY"
SEPUPU-SEPUPUKU: FARISYA, ADAM, AISYAH
ANAK BUAHKU: YAHYA

LASTLY, KAMI AKHIRI PROGRAM DENGAN BACAAN DOA!!!!
THATS ALL!!!

INI CARA KAMI,
CARA ANDA PULA BAGAIMANA???

Saturday, May 8, 2010

SABAR + USAHA, = BERJAYA...


Tiba-tiba tergerak hati untuk bertinta hari ni... Mungkin ada benda yang perlu di curah... ya, pasti ada benda...

Sebelum memulakan langkah ke surau untuk menunaikan fardhu zohor, penulis mendapat mendapat SMS daripada rakan penulis "Omar abd Rahman".... katanya sedang kursus NDO, untuk bisnes Score A dan dalam proses 'mengayat' rakan-rakannya yang lain untuk turut sama... wah!!! maju Omar sekarang ea.... dah nak dapat downline... penulis yang baru memulakan bisnes yang sama pun masih terkial-kial mencari downline... HEBAT!!!! dalam hati, ada juga rasa cemburu untuk bersaing.... huhuhu... tiba-tiba diri ni terasa "down"... :(

"hmmmm, bilelah ak nak dapat downline nie... "

malah tiba-tiba terimbau mesej rakan usahawan yang lain, abg Hairulnizam... yang telah berjaya membawa beberapa rakannya ke kursus BOOM di ZRB MC... Tahniah jugak abg!!!... padahal, kami memulakan bisnes pada masa yang sama... pernah jugak ku mengadu kat abg Hairul, katanya
"mungkin belum lagi... insyaallah, nanti adelah, entah-entah Sief punyer nanti lagi banyak dari abg.."
insyaallah amin........

sejenak terfikir.... bukan semua orang rezekinya sama...Usahanya, atau mungkin Nasib juga berbeza...


ada orang...
NASIB 30% + USAHA 70% = BERJAYA!!!
ada orang...
NASIB 10% + USAHA 90% = BERJAYA!!!
ada orang...
NASIB 50% + USAHA 50% = BERJAYA!!!
tp mungkin aku.....
NASIB TIADA + USAHA ??? = ????

jadi.... untuk BERJAYA, USAHAKU HARUS 100%!!!!
takpe Sief, CUBA CUBA & CUBA!!!

Sunday, May 2, 2010

Iklan Malaysia Berbaur LUCAH!!!- Apa Sudah Jadi??

Kebelakangan ini, penulis cukup panas hati dengan beberapa iklan Malaysia yang makin pelik dan kadangkala tak masuk dek akal... Malah, tak pernah terlintas dalam otak sekalipun bahawa iklan sebegini akan terpacul di kaca televisyen Malaysia kita. Dangkal sangat kah pemikiran pereka iklan di Malaysia??? Sehingga iklan-iklan yang biasa, sudah menjadi luar biasa? Produk yang sihat diiklankan dengan suasana/ keadaan yang mampu meransang dan berbaur lucah??? Mana reaksi media? Tiadakah lembaga penapisan untuk iklan, jika tapisan filem kita ada lembaganya??

Awal-awal kedatangan iklan sebegini, kadar kelucahan/ yang merangsang nafsu tidaklah kelihatan ketaranya... Namun, iklan-iklan yang dikatakan "untuk tontonan umum" yang dihiasi gambaran lucah hanya di fahami golongan dewasa, tetapi menjadi tanda tanya dalam kalangan kanak-kanak.... Kadangkala, pada awalnya tiada siapa yang perasan, namun jika diteliti sedalamnya, perkembangan iklan sebegini semakin luar biasa evolusinya. Kanak-kanak yang sedang melalui fasa pembesaran sangat mempunyai perasaan ingin tahu yang mendalam, akan cuba untuk mencari maksud tersirat disebalik iklan-iklan sebegini... Jikalau tersilap langkah, silap tunjuk ajar, silap penerangan, silaplah pemahamanya.. Tambahan pula, anak-anak yang tiada bimbingan akan mencari-cari dengan sendiri dan akhirnya mungkin terjumpa yang "lain"... yang sepatutnya mereka tidak lihat pada fasa perkembangan sebegini. Minda kotor remaja yang mudah berkembang, akan merancakkan lagi pemikiran melencong daripada menonton iklan asalnya... Ahhh!!! tidak perlu berdolak dalih lagi, malah rasanya tidak perlu berlapik bicara, kita selongkar satu persatu iklan Malaysia.

CONTOH IKLAN PELIK & JELIK
Iklan pertama yang mungkin boleh dikatakan perintis, iklan broadband sebuah sebuah syarikat... Popular dengan trademark "POTONG"nya, maka tidak perlu diberitahu syarikat mana. Mulanya, memang tidak salah bercerita tentang memotong talian internet di rumah dah menukarnya kepada broadband. Namun cara pembawakannya yang "luar biasa" mula menjadi tarikan... Apakah perlu iklan sebegitu??? Adakah syarikat broadband yang lain tidak laku jika hanya membuat iklan yang biasa- biasa sahaja?? Rasanya, broadband tidak menggunakan iklan sebegini tetap memperoleh keuntungan, malah sambutannya lebih hangat daripada broadband yang satu ni... Jadi apa cerita sebenarnya??? Tiada idea mencipta iklan kah?

(PROMOSI PINGGAN BATIK PERCUMA, IKLANNYA BAGAIMANA???)

Iklan kedua muncul mula memaparkan adengan yang lebih meloyakan... Iklan "Pinggan Batik Percuma" keluaran syarikat ubat gigi... Menggelikan seolah olah tiada modal untuk membuat iklan, justeru menampakkan murahnya identiti iklan Malaysia dengan paparan yang TIADA MORAL... kisah si isteri yang mempunyai pinggan batik berwarna merah dan ingin merebut pinggan batik milik si suami yang berwarna biru di dapur sehingga timbul adengan cubit mencubit... Mungkin fikir mereka hendak menampakkan kemesraan suami isteri.. Namun jika kemesraan yang tak sepatutnya di tonton perlukan di tunjukkan???.. Yang peliknya, tiada tempat lain ke nak cubit daripada cubit puting dada si suami (maaf tak berlapik) tuh???? Tak boleh ke cubit kat tangan ke, cubit kat pinggang ke, perut ke, yang tangan tuh meliar sangat nak menerkam puting dada suami tu KENAPA???? Dahla entah betul entah tidak mereka tuh suami isteri yang sah... Kalau suami isteri setakat dalam iklan sahaja, apekah gila dan tiada bermoral nak cubit dada orang??? TERUK!!! iklan Malaysia sekarang... Iklan Ubat Gigi yang mempromosikan pinggan batik percuma... TIADA KAITAN LANGSUNG DALAM IKLAN!!!!

Iklan ketiga SEMAKIN MEMBARAH... Iklan Keropok yang mengandungi khasiat sepatutnya ditonjolkan khasiatnya.. Ini tidak, memaparkan adengan makan keropok dalam kereta tengah-tengah malam tepi hutan... Lebih teruk apabila ditambah dengan bunyi/ suara yang dikeluarkan oleh perempuan dengan nada yang "agak" MENGHAIRAHKAN... sengaja memancing penonton dengan bunyi dan suasana malam semata-mata untuk bercerita tentang keropok.. MANA GAMBARAN KHASIATNYA??? kenapa kena makan keropok malam-malam dalam kereta & kat hutan??? tak boleh makan kat rumah ke???? Penulis melihat bahawa iklan yang lama tentang keropok tersebut lebih baik daripada iklan yang terbaru ni... Produknya tetap sama, namun iklan dahulu lebih bermoral... Apa dah jadi Iklan Malaysia???? Kenapa tidak dikekalkan sahaja kualiti iklan sedia ada??? iklan dibawah merupakan iklan pertama yang lebih elok berbanding iklan sekarang...


(video iklan keropok keluaran pertama, iklan keluaran terbaru apa cerita???)

Iklan keempat... Semakin hangat sejak minggu ini... "SAYA SUKA LUBANG!!!" yang juga merupakan iklan keropok.... dalam iklan tersebut, HABIS SEMUA LUBANG HENDAK DI JOLOK.... macam orang gila pun ada nak jolok sume lubang, orang tengah minum air, orang tengah main seruling, tengah set rambut bergulung-gulung, semuanya hendak dijolok... hinggakan perempuan sebelahnya memandang pelik (part akhir) ketika tangannya ke bawah hendak menjolok.... keropok kentang yang berlubang tu..... Kalau dulu, dalam iklannya, sering mempromosikan ayat "keropok berbentuk cincin R*ll*r C*ast*r!!!" Kenapa sekarang ditukar kepada "KEROPOK BERLUBANG??? Ada tarikan lebihkah????? pening, peningggg.. @_@

KALAU DULU...Dulu, iklan mee segera Maggi, di tarik balik iklannya daripada televisyen & akhbar (Iklan Kami Tabik Penggemar Mee Maggi!!!) atas sebab makanan tersebut mengandungi msg, tiada khasiat dan menggalakkan rakyat Malaysia menikmati makanan tidak berkhasiat.... Maka ianya tidak dibenarkan menjdi iklan dan mencipta isu hangat suatu masa dahulu. Tetapi iklan tersebut yang tidak mengandungi sebarang unsur-unsur lucah tetap dilarang untuk dipaparkan di media... Sekarang, apa sudah jadi???? iklan berkhasiat, tetapi ada unsur lucah yang tidak bermoral TIADA SEBARANG TINDAKAN???? Apakah perspektif manusia yang sebenarnya, isu khasiat kah??? atau isu lucah??? atau kedua-duanya sekali????

APA TINDAKAN KITA??? MEDIA??? KERAJAAN???
Sekarang jelas bukan??? Jadi apa tindakan kita?? Reaksi media??? Kerajaan takkan senyap saja??? Kata nak melahirkan modal insan, kalau Malaysia melambakkan iklan lucah, nak lahirkan insan bagaimana???? Kalau sibuk nak lahirkan masyarakat minda kelas pertama, tapi iklan kita berminda lebih teruk dari minda kelas ke-tiga, apa reaksi Malaysia???? Diam Sahaja????

APA PENDAPAT KALIAN WARGA MALAYSIA???