.


its me...

Sunday, May 30, 2010

JOM JADI MAT JENIN!!!



"hey kamu!!! jangan asyik nak berangan je... kamu ingat dengan berangan tuh kamu boleh kaya ka? jangan haraplah... nanti jadi macam Mat Jenin baru kamu tahu!!! berangan je kerja!! lepastu MATI!"~
Ya!! berangan pun boleh jadi kaya, boleh berjaya, ada masalah ka??? itu respon saya~ Dialog diatas seringkali digunakan oleh kebanyakan orang-orang tua kita untuk menghalang kebanyakaan anak-anak muda khususnya perempuan yang mudah dikenali sebagai kaum kuat berangan untuk terus melakukan aktiviti yang boleh dikira sebagai hobi lazim mereka (kaum lelaki pun ada juga)... Kata mereka (orang-orang tua), berangan tidak membawa kemana-mana... Malah perilaku ini akan melambatkan kerja seharian anak-anak muda baik lelaki mahupun perempuan. Ya saya setuju jika mereka yang berangan ini menjalankan aktiviti sebegini pada masa yang salah~ kalau 24 jam nak berangan abang akak oiii~ parah laaaa....
DEFINISI
Berangan kita boleh definisikan sebagai ber angan-angan, atau proses mencipta angan, ataupun mencipta imaginasi... Salahkah jika kita dikatakan berangan?? mungkin jika penulis menggunakan mencipta imaginasi/ merancang masa hadapan mungkin lebih molek bunyinya... (sama seperti penggunaan frasa RIBA, yang di salutkan dengan frasa lain yang indah-indah seperti hadiah, bunga, dan sebagainya).. jadi salahkah jika merancang masa hadapan agar lebih teratur, sistematik dan terancang. Kata orang, "kita hanya merancang, Allah yang menentukan".. namun, jangan lah berangan di waktu yang salah~ berangan semasa kerja dan belajar contohnya mampu mengganggu kerja yang kita sedang lakukan sekarang. Berangan seperti itu yang selalunya ditegah oleh kebanyakan ibu bapa kita. BERANGAN TIDAK BERTEMPAT.... maka tidak salah jika kita berangan pada waktu yang betul...
KESIAN MAT JENIN
Selain itu berangan sering dikaitkan dengan cerita sastera lama MAT JENIN yang dikatakan sebagai seorang yang kuat berangan sehingga memakan dirinya sendiri. Katanya, Mat Jenin mati sebab buah kelapa jatuh menghimpap kepalanya semasa sedang berangan... Maka dengan itu, orang-orang dahulu kala membuat spekulasi mudah... Jika berangan, tidak akan kemana, malah akan MATI SIA-SIA!!!~ astaghfirullahalazim~ hidup mati semuanya di tangan tuhan... Cuma dalam kes Mat Jenin, die meninggal sebelum sempat menunaikan apa yang di angankan/ apa yang dirancangkan.... maka janganlah disalahkan berangan, dan jangan dijadikan kematian Mat Jenin sebagai hujah bodoh bagi menghukum mudah mereka-mereka yang kuat berangan!!!

PERSPEKTIF SAYA BERBEZA

Sebagai mahasiswa yang mempelajari sedikit sebanyak ilmu Psikologi, penulis memandang istilah berangan pada perspektif yang berbeza. Lain daripada manusia biasa (bosan menjadi manusia biasa), penulis menganggap aktiviti berangan merupakan satu cara mencipta imaginasi dan merancang perjalanan hidup. Yang pasti kita mesti berusaha untuk mendapatkan apa yang kita angankan, dan bukan duduk diam sahaja!!! Jika kita berangan untuk menggunakan handphone Blackberry yang berharga RM1,800.00 tetapi tiada usaha untuk mencari wang bagi mendapatkannya, itu cara yang salah!!!! Maka berangan anda hanyalah SIA-SIA!!! Sperti yang penulis tintakan sebentar tadi, berangan merupakan proses perancangan hidup dan Allah akan memberi apa yang kita angankan jika kita BERUSAHA~

Berangan juga mampu membuka imaginasi seseorang agar melangkau lebih jauh kehadapan. Bagi para penulis, novelis, atau cerpenis, berangan merupakan satu cara yang terbaik untuk memperoleh idea. Dengan berangan kita mampu memikirkan imaginasi yang melampaui batas kemanusiaan. Malah, berangan itu meruapakn satu AKTIVITI UNIK kerana hanya kita mampu berangan tentang kita dan tiada siapa mampu berangan untuk kita. Kadar tinggi rendah imaginasi juga berbeza mengikut kekerapan kita berangan kerana penulis percaya berangan merupakan satu aktiviti berfikir bagi memastikan otak kita sentiasa berjalan dan tidak lembab. Malah, orang-orang yang berangan juga dikatakan senantiasa ceria kerana selalu memikirkan hal-hal yang ceria dan indah-indah berbanding orang yang memikirkan masalah dunia.

JADI, jangan takut untuk berangan!!!! Berangan mampu melakar masa hadapan... Ada orang mengatakan lebih baik membaca buku/novel/cerita daripada berangan... Pembaca sekalian, orang yang menulis juga berangan untuk mendapat idea bagi mencipta jalan cerita bagi novel-novel mereka. Anda sebenarnya membaca angan-angan penulis novel itu sendiri!!! KENAPA ANDA MEMBACA ANGAN-ANGAN ORANG JIKA ANDA BOLEH BERANGAN SENDIRI!!! Oleh itu, gunakan kretiviti anda untuk berangan dan mulakan menulis!!! (^_^)


HANYA ANDA MAMPU MELUKIS MASA HADAPAN ANDA SENDIRI!!! BERANGAN SAMBIL PEGANG PENA/ BERUS LUKISAN DAN MULAKAN KARYA KEHIDUPAN ANDA SEKARANG!!!!


INGAT!!!! berangan tanpa usaha TIADA GUNA!!!


INI BERDASARKAN SUDUT PANDANGAN SAYA... PENDAPAT ANDA PULA BAGAIMANA??

0 comments: