.


its me...

Thursday, May 27, 2010

Tazkiatunnafs~ BELAJAR DARI KANAK-KANAK


Kisah benar ini berlaku kepada diri penulis sendiri, yang rasanya boleh dijadikan iktibar buat kita semua. Kadangkala, kita sebagai manusia sering terlupa dan melakukan kesilapan. Namun, berdasarkan perspektif penulis, membicarakan bahawa "manusia tidak lari dari kesilapan" ataupun, kata-kata seperti "biaselah, kitakan manusia" serta ayat2 klise yang pelbagai merupakan satu 'eskapisme' bagi melarikan diri daripada mencapai kesempurnaan~

Ya, memang tidak dinafikan bahawa semua manusia tidak sempurna. Namun kita sekurang2nya harus berusaha untuk mencapai kesempurnaan kerana itu yang terbaik. Jadi sama-samalah kita hayati kisah benar yang di alami penulis agar yang baik dapat dijadikan iktibar buat kita semua...

Ketika azan zohor kedengaran, penulis bergegas ke surau berdekatan rumah bagi menunaikan kewajipan yang sepatutnya dilakukan oleh seluruh umat Islam yang wujud di muka bumi Allah ini. Sampai sahaja di surau, terus ke tempat whudu' bagi menyucikan diri sebelum melangkah masuk ke teratak agam Allah Subhanahu wata'ala. Kelihatan 2 orang kanak-kanak lelaki sedang berlari2 anak ke tandas bersebelahan tempat whudu'... tealatah mereka mencuit hati penulis seketika.

"Awak, awak nak kencing tak? kita nak kencing lah.... tak tahan" kanak2 lingkungan 6 tahun bertanya sambil tangannya terkepit-kepit di celah kangkang dan berdiri terkinja-kinja menahan kencing.

"Awak nak kencing, kencinglah. Kita tak nak lagi..." rakannya enggan mengikuti budak tersebut dan hanya di biarkan d hadapan tandas surau.

"Alah, kita kencinglah jom... tadi kan awak pon dah banyak minum air, cepatlah kencing sekali..."

"Tak nak lah, awak kencing jelah..." rakannya masih menggeleng kepala.

"Jomlah kencing.... kita tak tahan nie.. kita kencing sama-sama ea... jangalah malu..." pelbagai cara cuba dilakukan untuk memaksa kawannya. Rakannya masih menggeleng..

"Kalau macam tuh, kita jelah kencing... awak tunggu sini taw" budak tersebut berjalan tergedik-gedik menahan kencing terus ke bilik air.

"eh awak!! ade doa lah kat atas tuh!!" terpacul dari mulut rakannya...

"doa?? alamak, macam mana nie, kalau tak baca doa tak boleh masuk ke???" mukanya berubah risau.

rakannya hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu...

"alaahhhh~ mane kita tahu bace doa.... macam mana nie???"


"abang.... abang boleh tolong bacakan doa tak???" budak kecik itu bertanya padaku. Aku yang baru menyinsing seluar terhenti seketika..

"hmmm~ boleh" aku hanya tersenyum.


"adik ikut abang baca taw.." kanak-kanak tersebut hanya mengangguk. Ku bacakan dia doa agar boleh diikutinya. Doa yang agak panjang bagi kanak-kanak itu, ku potong-potongkan bacaannya agar mudah dilafazkan.
"aminnn~ dah, boleh masuk..." aku kembali tersenyum melihat telatah mereka.

"Awak tunggu kita taw!!!" pesannya kepada rakan sebelum meluru masuk ke tandas...
Selepas kejadian tersebut, penulis termenung seketika. Kanak-kanak berumur 6 tahun enggan masuk ke dalam tandas kerana tidak tahu membaca doa. Bagaimana pula dengan kita?? Yang sudah reti baca, berfikir dan sudah dihitung dosa pahalanya??? Pernahkah kita terfikir seperti mana kanak-kanak tersebut berfikir???

Jadi, siapa yang mengajar siapa??? Penulis sendiri berasa agak malu ketika berlaku kejadian tersebut.
Teringat kisah 2 cucu Rasulullah mengajar orang tua mengambil whudu'...


Jika kejadian sebegini berlaku kepada anda, apa reaksi anda???


KOMEN JANGAN TAK KOMEN...

6 comments:

Anonymous said...

seronok cerita kamu..dijadikan iktibar kpd kita semua...

Rashid Salim said...

best best...

itulah cerita yg mengajar kita...

pengalaman....

hasifzizan said...

huhuh... tnks abg rashid.. (^_^) pengalaman banyak mengajar kita erti hidup.. tak kira lah samada pengalaman itu pahit ataupun manis... namun ia tetap mengajar kita untuk menjadi lebih baik... (^_^)

A lady said...

respect sama lu

hasifzizan said...

tnks azah~ kadang kala budak2 adalah guru terbaik... sebab mereka suci, tak kotor macam kita yg dah besar panjang nie~ walaupun mereka tak tahu apa2... tapi ilmu tu semua datang dari ALLAH~ so takde sape boleh perlekehkan sesiapa~

F Yusof said...

a good experience kan :))