Awal-awal kedatangan iklan sebegini, kadar kelucahan/ yang merangsang nafsu tidaklah kelihatan ketaranya... Namun, iklan-iklan yang dikatakan "untuk tontonan umum" yang dihiasi gambaran lucah hanya di fahami golongan dewasa, tetapi menjadi tanda tanya dalam kalangan kanak-kanak.... Kadangkala, pada awalnya tiada siapa yang perasan, namun jika diteliti sedalamnya, perkembangan iklan sebegini semakin luar biasa evolusinya. Kanak-kanak yang sedang melalui fasa pembesaran sangat mempunyai perasaan ingin tahu yang mendalam, akan cuba untuk mencari maksud tersirat disebalik iklan-iklan sebegini... Jikalau tersilap langkah, silap tunjuk ajar, silap penerangan, silaplah pemahamanya.. Tambahan pula, anak-anak yang tiada bimbingan akan mencari-cari dengan sendiri dan akhirnya mungkin terjumpa yang "lain"... yang sepatutnya mereka tidak lihat pada fasa perkembangan sebegini. Minda kotor remaja yang mudah berkembang, akan merancakkan lagi pemikiran melencong daripada menonton iklan asalnya... Ahhh!!! tidak perlu berdolak dalih lagi, malah rasanya tidak perlu berlapik bicara, kita selongkar satu persatu iklan Malaysia.
CONTOH IKLAN PELIK & JELIKIklan pertama yang mungkin boleh dikatakan perintis, iklan broadband sebuah sebuah syarikat... Popular dengan trademark "POTONG"nya, maka tidak perlu diberitahu syarikat mana. Mulanya, memang tidak salah bercerita tentang memotong talian internet di rumah dah menukarnya kepada broadband. Namun cara pembawakannya yang "luar biasa" mula menjadi tarikan... Apakah perlu iklan sebegitu??? Adakah syarikat broadband yang lain tidak laku jika hanya membuat iklan yang biasa- biasa sahaja?? Rasanya, broadband tidak menggunakan iklan sebegini tetap memperoleh keuntungan, malah sambutannya lebih hangat daripada broadband yang satu ni... Jadi apa cerita sebenarnya??? Tiada idea mencipta iklan kah?
Iklan kedua muncul mula memaparkan adengan yang lebih meloyakan... Iklan "Pinggan Batik Percuma" keluaran syarikat ubat gigi... Menggelikan seolah olah tiada modal untuk membuat iklan, justeru menampakkan murahnya identiti iklan Malaysia dengan paparan yang TIADA MORAL... kisah si isteri yang mempunyai pinggan batik berwarna merah dan ingin merebut pinggan batik milik si suami yang berwarna biru di dapur sehingga timbul adengan cubit mencubit... Mungkin fikir mereka hendak menampakkan kemesraan suami isteri.. Namun jika kemesraan yang tak sepatutnya di tonton perlukan di tunjukkan???.. Yang peliknya, tiada tempat lain ke nak cubit daripada cubit puting dada si suami (maaf tak berlapik) tuh???? Tak boleh ke cubit kat tangan ke, cubit kat pinggang ke, perut ke, yang tangan tuh meliar sangat nak menerkam puting dada suami tu KENAPA???? Dahla entah betul entah tidak mereka tuh suami isteri yang sah... Kalau suami isteri setakat dalam iklan sahaja, apekah gila dan tiada bermoral nak cubit dada orang??? TERUK!!! iklan Malaysia sekarang... Iklan Ubat Gigi yang mempromosikan pinggan batik percuma... TIADA KAITAN LANGSUNG DALAM IKLAN!!!!
Iklan ketiga SEMAKIN MEMBARAH... Iklan Keropok yang mengandungi khasiat sepatutnya ditonjolkan khasiatnya.. Ini tidak, memaparkan adengan makan keropok dalam kereta tengah-tengah malam tepi hutan... Lebih teruk apabila ditambah dengan bunyi/ suara yang dikeluarkan oleh perempuan dengan nada yang "agak" MENGHAIRAHKAN... sengaja memancing penonton dengan bunyi dan suasana malam semata-mata untuk bercerita tentang keropok.. MANA GAMBARAN KHASIATNYA??? kenapa kena makan keropok malam-malam dalam kereta & kat hutan??? tak boleh makan kat rumah ke???? Penulis melihat bahawa iklan yang lama tentang keropok tersebut lebih baik daripada iklan yang terbaru ni... Produknya tetap sama, namun iklan dahulu lebih bermoral... Apa dah jadi Iklan Malaysia???? Kenapa tidak dikekalkan sahaja kualiti iklan sedia ada??? iklan dibawah merupakan iklan pertama yang lebih elok berbanding iklan sekarang...
(video iklan keropok keluaran pertama, iklan keluaran terbaru apa cerita???)
Iklan keempat... Semakin hangat sejak minggu ini... "SAYA SUKA LUBANG!!!" yang juga merupakan iklan keropok.... dalam iklan tersebut, HABIS SEMUA LUBANG HENDAK DI JOLOK.... macam orang gila pun ada nak jolok sume lubang, orang tengah minum air, orang tengah main seruling, tengah set rambut bergulung-gulung, semuanya hendak dijolok... hinggakan perempuan sebelahnya memandang pelik (part akhir) ketika tangannya ke bawah hendak menjolok.... keropok kentang yang berlubang tu..... Kalau dulu, dalam iklannya, sering mempromosikan ayat "keropok berbentuk cincin R*ll*r C*ast*r!!!" Kenapa sekarang ditukar kepada "KEROPOK BERLUBANG??? Ada tarikan lebihkah????? pening, peningggg.. @_@
KALAU DULU...Dulu, iklan mee segera Maggi, di tarik balik iklannya daripada televisyen & akhbar (Iklan Kami Tabik Penggemar Mee Maggi!!!) atas sebab makanan tersebut mengandungi msg, tiada khasiat dan menggalakkan rakyat Malaysia menikmati makanan tidak berkhasiat.... Maka ianya tidak dibenarkan menjdi iklan dan mencipta isu hangat suatu masa dahulu. Tetapi iklan tersebut yang tidak mengandungi sebarang unsur-unsur lucah tetap dilarang untuk dipaparkan di media... Sekarang, apa sudah jadi???? iklan berkhasiat, tetapi ada unsur lucah yang tidak bermoral TIADA SEBARANG TINDAKAN???? Apakah perspektif manusia yang sebenarnya, isu khasiat kah??? atau isu lucah??? atau kedua-duanya sekali????
APA TINDAKAN KITA??? MEDIA??? KERAJAAN???
Sekarang jelas bukan??? Jadi apa tindakan kita?? Reaksi media??? Kerajaan takkan senyap saja??? Kata nak melahirkan modal insan, kalau Malaysia melambakkan iklan lucah, nak lahirkan insan bagaimana???? Kalau sibuk nak lahirkan masyarakat minda kelas pertama, tapi iklan kita berminda lebih teruk dari minda kelas ke-tiga, apa reaksi Malaysia???? Diam Sahaja????
APA PENDAPAT KALIAN WARGA MALAYSIA???
2 comments:
haiyaaaaa
abg rasyid~ pening n manusia zaman sekarang... huhu
Post a Comment