.


its me...

Thursday, April 2, 2009

Anda ingin BERCINTA??? .... (jom kongsi)


"Love is an action, not by a word"

anda ingin bercinta??? sesetengah manusia mudah untuk melafazkan cinta.... semurah ais-krim 50 sen??? dan rasa ingin menikmatinya sebelum ia cair??? atau sesedap coklat?? Sebenarnya, cinta yang dibina menggunakan cara yang betul, teliti dan sempurna serta melalui landasan yang betul tidak akan cair....

Penulis ada terbaca satu artikel yang menarik di halaqah.net (artikel ini telah dibaca sebanyak 408 kali oleh pelawat yang bertandang...) dan bercadang untuk berkongsi bersama..

kadangkala manusia sibuk bercinta, tetapi tak pernah bersedia untuk bercinta.....

maka, baca artikel ini supaya minda anda terbuka, juga untuk diri saya....

Baca, Faham, Renung, Amal!!!

Zaman remaja adalah zaman untuk mencari dan mengenal diri. Setelah akal semakin mampu untuk berfikir jauh. Sekurang-kurangnya sudah mengenal mana baik dan buruk, halal dan haram, najis dan yang suci, syurga dan neraka.

Umur sebegini, orang muda cenderung untuk hidup di dalam perkumpulan. Gemar juga untuk mencari penyelesaian di luar rumah dibandingkan dengan berbincang dengan ibu dan ayah. Dan ketika inilah jiwa sudah menyubur untuk mengenal apa itu cinta (berlainan jenis).

Mengapa bercinta?

Terkadang bercinta dengan sebab ikut-ikutan (kerana melihat kawan sedang 'bahagia'). Terkadang ia bercinta supaya 'pointer' selalu meningkat naik. Dan katanya agar ada teman yang dapat memberi nasihat. Alamat.. jika salah bercinta, bubur tidak akan kembali menjadi nasi..

Sebelum bercinta fikirkan perkara-perkara ini wahai orang muda :

1. Sudahkah anda bersedia untuk bercinta?

Adakah sudah bersedia menghadapi risiko di dalam percintaan? Adat orang mengatakan cinta itu bersatu, dan ada kalanya ia membutakan mata. Manakala yang tidak nampak jalannya habis hancur masa depan hidupnya.

Cinta tidak semestinya bersatu, ada kalanya ia terputus di tengah jalan. Dan ada kalanya ia berjaya sehingga ke jinjang pelamin. Risiko putus cinta selalu membuatkan manusia seolah-olah putus asa. Hilang hala tuju hidupnya. Entah berapa ramai yang sudah menamatkan nyawanya sendiri bila cinta nafsu lebih diharapkan dari cinta kepada Illahi.

2. Apa matlamat Anda bercinta?

* Mungkin untuk merosakkan anak gadis atau hati orang lain?
* Ikut-ikutan atau suka-suka sahaja?
* Untuk mencari pengganti pasangan yang telah pergi?
(tetapi sekiranya ia ingin kembali semula suatu hari nanti, anda dengan rela diri meninggalkan pasangan baru anda yang telah diberikan harapan?
* Sekadar cinta monyet yang tiada matlamat di masa hadapan?
* Untuk mendirikan rumah tangga yang membawa kasih sayang dan rahmat dari ALLah?

Orang yang mulanya bercinta - hatinya akan berbunga-bunga. Tidak ia sedar apa yang berlaku di sekelilingnya kerana disibukkan dengan apa yang dicintainya. Segalanya nampak cantik, molek, comel dan sempurna belaka. 'Pijak semut tidak mati'. Segalanya berjalan dengan penuh optimis dan positif. Lalu mungkin 'menipu diri sendiri' sudah menjadi pegangan agar hubungan berlangsung dengan menarik dan dapat dikekalkan.

Apabila perhubungan cinta anda mulai 'berkelap kelip' - mulalah anda akan berfikir semula akan buruk dan baiknya pasangan anda. Mungkin ketika ini anda akan berusaha mencari solusi. Sekiranya berjaya perhubungan anda akan berjalan seperti biasa. Dan sekiranya dalam bahaya, ia akan membawa kepada 'putus cinta'. Perkataan inilah yang menjadi penghancur jiwa, rasa kecewa, terhina, rendah diri, sakit hati, dendam, putus asa. Maka istilah-istilah cinta yang dahulunya berkisarkan fantasi, anda akan sedar ia bukanlah realiti.

Menjadi hipokrit satu perkara, iaitu masalah yang akan dibawa apabila hidup di dalam sebuah rumah di atas pernikahan yang sah. Segala-galanya yang 'cantik', 'molek' akan ditunjukkan juga sebagai satu hakikat yang perlu anda terima. Samada anda terima dengan terpaksa atau redha selamanya.

3. Mengapa Anda Bercinta?

* Kerana ALLah?
* Kerana cantik rupanya? Mancung hidung, kumisnya tebal? Badannya serupa model?
- yang pasti semuanya ini tidak kekal lama. Berapa ramai wanita yang menghidapi sakit barah kulit kerana taksubnya kepada yang dinamakan 'KECANTIKAN' ? Berapa ramai pula yang sanggup berhutang, mengorbankan identiti seorang Muslimah dan Muslim kerana tertarik dengan namanya KEMODENAN?
* Kerana duitnya? Harta yang bertimbun?
* Kerana empunya diri itu sendiri?
* Kerana Agamanya?
Ia akan di bawa di dunia dan akhirat. Tetapi ramai juga yang terjerumus di lembah hina. Kerana yang dibawa rupanya selama ini adalah nafsu tetapi disolek dengan nama Agama.

Anda akan dapat apa yang anda niatkan. Ingat perjalanan cinta sesama manusia amat jauh, dan mungkin juga dekat, ataupun ia satu perjalanan yang tidak pasti.

4. Apa Modal Untuk Bercinta?

* Adakah dengan modal air liur? Atau jari jemari menulis sms?

Sedarkah anda? apabila bercinta dan anda meletakkan sesuatu di dalam hati seseorang. Ini telah memberikan ia pengharapan baru dalam hidupnya. Dan ia akan berusaha untuk mencapainya. Jika cinta anda sekadar cinta monyet, cinta untuk merosakkan anak orang, ikut-ikutan dan hanya menjadikan orang lain sebagai batu galas - CINTA NAFSU. Eloklah lupakan sahaja. Anda hanya akan menjadikan diri anda sendiri bahan fitnah yang akan orang ingat sampai bila-bila.

Sedarkah anda? Mahligai perkahwinan itu memerlukan pengorbanan bukan sahaja dari segi jari jemari dan air liur. Tetapi lebih dari itu adalah modal ilmu untuk mendirikan sebuah keluarga yang beragama, cintakan ALLah dan rasul-Nya. Modal harta iaitu pekerjaan dari sumber rezeki yang halal untuk anda berikan kepada isteri, dan anak-anak. Modal hati dan perasaan untuk dikongsi, difahami, kesabaran dan sebagainya.

5. Berapa Lama Anda Ingin Bercinta?

* Seminggu?
* Sebulan?
* Tiga, empat tahun?
* Sehingga habis belajar?
* Cinta hingga ke akhirat?


Apabila anda bercinta, setiap pasangan pastinya ingin mengetahui sampai bilakah mereka akan bercinta? Dan apabila perhubungan itu diketahui oleh sang ibu dan ayah, tentunya mereka akan bertanya bila pula tarikh merisik, pertunangan dan perkahwinan pula akan dijalankan? Dan tentunya kaum kerabat pula akan tertanya-tanya, dengan siapa anda berkawan. Mungkin ada yang sudah diusung ke hulu dan hilir - orang kampung pun sudah mulai berbisikan. Walaupun anda sangkakan di bandar orang bersikap tidak ambil peduli. Tetapi malaikat di kiri dan kanan tetap juga menulis catatan..

6. Kos Cinta

* Duit yang anda habiskan semata-mata untuk sidia - telefon (sms, mms, chat etc), bil elektrik, bil internet,
* Masa yang anda korbankan untuk sidia
* Hati dan perasaan


Sikap Matang Dalam Mencari Cinta

Wahai pemuda dan pemudi, menyebut perkataan cinta sesama manusia itu mudah, tetapi untuk melaksanakannya amatlah payah. Bercinta bukan menjadi tiket yang menghalalkan anda menyerahkan jasad kehormatan anda. Bukan juga bermakna anda sudah menjadi juara dan normal sebagaimana insan lain yang bercinta (sudah fahamkah erti cinta yang sebenarnya?). Anda rosak kerana cinta? - ia adalah kesalahan anda sendiri di dalam menterjemahkan cinta yang suci dan abadi. Semaklah semula adatnya bagaimana RasuluLlah menyalurkan perasaan cinta.

Jika berbaloi dengan bercinta - anda dapat merasai hidup bahagia serta mendapat keredhaan ALlah kerana matlamat anda jelas, anda sedia redha dengan kemungkinan yang berlaku serta tidak menyalahkan taqdir, perjalanan cinta tidak melanggar batas syarak. Maka silalah untuk bercinta.

Fikirkan.. Dalam masa bercinta, bagaimana hubungan kita dengan ALlah dan manusia serta makhluk yang lain? Semakin baik ataupun semakin jauh dan terus menjurang. Adakah ia menjadikan kita hamba ALlah yang bertaqwa ataupun hamba ALlah yang derhaka?

Sumber (klik untuk lawat) :
http://jarumemas.blogspot.com/ atau halaqah.net

10 comments:

imiazra said...

so, bercinta sblm kawen tnpa melanggar syarak boleh ke..??

hasifzizan said...

let me think first....

mane ble cinta sblum kawen... sbb kiter tk tau adakah biler kiter dh bercinta, kita takkan melanggar syarak... tak de jaminan klu kita cinta sblum kahwen, akan terjaga...

ape2 mende bleh terjadi.....

klu suke, bagitahu kat mak...
"mak, saye ske kat !@@#$%$^#^%"...
cam gitu...

klu lelaki, suruh mak lamar je trus...

klu pmpuan.... btau je, klu die stuju, kahwen trus....

kan lebih indah cinta lepas kahwin... lagi halal...

~pesanan buat semua, untuk diriku juga~

A lady said...

soalan poknik : awak semua tidur pukul brp??

jwaban mereka : kol 10,11,1 1/2...~~

poknik : pertama kali saya dgr ade org tahu dia tidur pkul brp!

kah3.. analoginya cm gitu lah~

soalan "adakah awak mencintai ssorg?" itu subjektif mengikut keadaan dan kkdang diri kita sndiri tak tahu jwpn nyer.. ada org kalau dia bercinta, smgt dia cinta ekstrem.. ada org, kalau dia rse dia cinta ssorg, dia buat2 tak layan.. ada org dia terasa dia cinta ramai org..tp dlm hati je..

manusia~

tp kalau ikut logik akal ah, org yg kawin ni pn b4 dia kawin mstila dia cintai org yang dia nak kawen..

takkan lah tok kadi tanya, "awak nak kawen dgn dia?"
jwpn org yg tak cintai bakal isterinya : "saya bnci dia tp saya nak kawen dgn dia"

logically, cinta itu takde kne mngena dgn melanggar syarak. yg melanggar syarak itu ialah jika pencinta melalui jalan yang salah dan tak reti urus perasaan cintanya..

cinta itu fitrah. anugerah allah. tipu lah jika anda tak pernah mencintai ssorg sebelum anda berkahwin~
wallahu a'lam.

hasifzizan said...

nice comment....

maksud ana cinta sblum kawen tu cinte yg "couple, pegang2, gedik, n dsb" mmg fitrah manusia nk bercinta kan??

mmg tk salah pn cinta as long as kite jage... klu kite ske org tuh, tp kite just diam, tkde sape akan tahu...(tp banyak kes die nk btau kt kawan die sbb die trlalu rase gembira)... gilok...

"org yang dapat kawal perasaan adalah orang yang hebat"

kekadang ade sesetengah orang bile dh berkecimpung dlm sesuatu yg die minat or keje, sampai tk pikey pn nk cinta....

kekadang ade orang rase die cinta kat 2 atau 3 orang, tp kekadang die rase nk kawen yang sorang je...

kekadang ade orng tk perasan yg derang saling mencintai, tp tk pernah tau pun...

kekadang ade orang tau orang tk ske die, tp die nak gak ske orang tuh...

kekadang orang cinta kat seseorang tuh sbb tengok gaya die cakap je.... atau kebaikan die, kerajinan or ape2lah yang bleh menambat hati die...

kekadang ade orang cinta seseorang tuh sbb pikey orng tuh macam ade dlm mimpi die...

kekadang orang tuh cinta seseorang sbb die banyak tolong kiter, caring n sbgnyer...

cinta ni pelikkan???

ape yg kite bleh buat, untuk mende2 yg pelik camnie... just doa supaya allah permudahkan jalan...

jika dia ditakdirkan untuk kita, mintak allah jaga hubungan nie... pastikan allah lindungi kita...

"ana tabik kepada orang yang bleh kawal cinta"

imiazra said...

faham2.. dgr tu kwn2ku.. kawal la cinta anda. huhu.. ust,jgn salah faham tau.ana still org yg bleh kawal cinta..tabik X3

hasifzizan said...

cinta n kasih sayang mmg indah, jika disertai dgn benteng keimanan...maka cinta anda tk macam brtepuk sblah tangan....

mcm pnah dengar ayat nih....

Idris Bin Saleh said...

CINTA KERANA ALLAH...
MENCINTAI MAKHLUK TIDAK SALAH...
TETAPI
MENCINTAI MAKHLUK MELEBIHI CINTA ALLAH ADALAH SYIRIK...
CINTA SESEORANG SEHINGGA MELAKUKAN MAKSIAT (MELANGGAR LARANGAN ALLAH) TERNYATA MENEMPAH NERAKA...

CINTAILAH ALLAH DENGAN SEPENUH HATI...
NANTI MAKHLUK JUGA MENCINTAI ANDA

CINTAI MAKHLUK SEPENUH JIWA RAGA...
MUNGKIN ANDA TERLEPAS DARIPADA DICINTAI ALLAH..

hasifzizan said...

wah!!!! komen mantop daripade org yang berpengalaman...

terima kasih ust idris!!!!
kami ni tkde pengalamn, huhuhuhuh

ana ske dengar bile ust cerite dalam kelas macam mane ust bleh jumpe n kahwen ngan isteri ust.... bukan sume ade pengalaman camtu... kan, kan??

Asif said...

Mencintai Makhluk Allah tak salah sebelum kahwin.
Bercinta itu yang salah sebelum kahwin. Mencintai didasari fitrah, bercinta mengundang fitnah.

Awau said...

Karim bermadah pujangga pula :D

yang zahir cuma padah,
yang sirri itu indah,
gerimis dan taufan
itu biasa
biarlah tenang
pada keluhan
tersimpan rahsia
dalam nafas kehambaan