Sesetengah orang tak terima kekalahan,
Sesetengah orang tak pernah terima kekecewan,
Sesetengah orang tak pernah terima perpisahan,
Sesetengah orang tak pernah terima perubahan...
Kali ini penulis kembali untuk berbicara bagi membuka mata manusia... Maaf atas ketidak aktifan blog ini selama beberapa bulan yang lepas... Malah sarat dengan beberapa sajak aneh yang merencatkan perjalanan hidup penulis. Terus kepada tajuk utama, penulis rasakan agak menarik untuk menyentuh isu ini... penerimaan..
Minggu lepas, penulis telah memulakan perjalanan hidup sebagai pelajar lepasan SPM dan bekerja di sebuah sekolah sebagai PA (personalan assistant) yang ditugaskan untuk mengagihkan dan mengurus kemasukan murid tingkatan empat dan pakej pilihan.. Bukan untuk menghebohkan tentang kerjaya, sebaliknya mengajak anda semua untuk kita meneliti ibrah disebalik peristiwa ini. Semasa sibuk menguruskan pakej, penulis seringkali didatangi murid2 sekolah tersebut yang ingin mendaftarkan diri ke dalam pakej tingkatan 4.
Tatkala melihat susunan kelas yang hampir disiapkan penulis, ramai yang mengeluh kerana tidak puas hati dengan susunan kelas masing-masing. Rata-ratanya mengeluh kerana tidak bersama dengan rakan lama mereka. Masing-masing ingin berada dalam kumpulan masing-masing. Sesetengah daripada mereka takut dan tidak selesa dengan kumpulan yang lain. Sesetengah daripada mereka juga ada yang tidak berani untuk bersaing apabila penulis meletakkan murid yang cemerlang dan meraih 9A dalam PMR... Kata mereka masih belum bersedia. "Takut kalau-kalau mereka dikalahkan oleh murid-murid tersebut"... Alasan basi dan tidak munasabah.
Selain itu, ada yang mengeluh kerana tidak dapat bersaing dengan rakan mereka yang berlainan kelas.. Untuk pengetahuan anda (murid2 ting 4), sekolah tidak meggunakan sistem nombor dalam kelas menjelang peperiksaan bagi tingkatan 4 dan 5 atas rasional "kita berlainan pakej walaupun berada dalam kelas yang sama". Maka sistem pemarkahan agak dilihat kurang adil.. Oleh itu, kita akan bersaing mengikut berapa banyak A dan mengikut pakej...
Kenapa kita tak cuba nak menerima yang kita ditempatkan dengan sesetengah individu yang kita lihat sebagai orang-orang yang bijak pandai? Bukankah itu merupakan peransang untuk kita memperbaiki diri kita? Yang pandai memberi alasan pasti berkata "aku tak bersedia lagi untuk lawan dengan dia" Ah... alasan lama. Malah ada juga sesetengah yang tak nak menerima apabila terpaksa berjauhan daripada kumpulan mereka.. setelah 3 tahun berada dalam kelas yang sama, takkan tak nak tukar angin baru?... Jika kita tak sekelas tidak bermakna kita tak berkawan bukan??Dan masih dalam satu kumpulan sahabat yang setia...
Ada sesetengah kelas yang penulis terpaksa asingkan kumpulan pengawas disebabkan peratus kekuatan untuk mengawal kelas berbeza-beza... Ingat senang? nak kenal pasti kekuatan bukannya mudah.. Ada pengawas yang 2x5 dengan pelajar biasa..malah lagi teruk. Jadi terpaksa dirombak kekuatan mereka.. ada juga kumpulan yang terlalu kuat sehingga kumpulan pengawas yang lain terlalu lemah.. dalam konteks pengawas, kita ada tanggungjawab sendiri untuk mengawal kelas berbanding murid biasa yang kurang tanggungjawab mereka.. Jangan syok sendiri pulak...
Sepanjang penulis belajar di sekolah, tingkatan 4 dan 5 yang penulis lalui merupakan tingkatan yang bergerak dalam satu jemaah (batch) kerana kita yang menguruskan sistem di sekolah dan menjadi contoh kepada adik-adik... Bukan bergerak mengikut kelas!!!
Mungkin penulisan ini tidak perlu dipanjang lebarkan lagi kerana anda semua sudah besar dan mampu memikirkan sendiri... Kalau tak boleh nak fikir jugak tak tahulah...
Perhatian!!! senarai nama kelas dah di hantar kepada Ketua Jabatan Ilmu Utama dan Ketua Jabatan Hal Ehwal murid untuk diluluskan bersama.. Perubahan di bawah kuasa mereka dan keputusan muktamad milik mereka sekarang... Bukan di tangan saya... Mereka berhak membuat perubahan kelas dan pakej jika anda didapati tidak layak...
p/s... Pasti ade yang tak puas hati... hentamlah kalau nak hentam.. saya sedia..
Saturday, January 10, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
Bravo Hasif...tak sangka ini cabaran anta masa buat list tu. Ramai yang mengacau rupanya. Padan le ada parent yang tanya cikgu dan tau anak dia dapat ke tidak rayuan list tu. Kalau ikut cikgu fizik chem dan bio, memang yang fail science dan maths atau salah satu tu tak boleh langsung ambil pakej 1 atau 2. Harap harap dia orang dah tengok buku teks subjek2 tu. baru tau senang ke susah... lepas tu nanti terhegeh hegeh jumpa cikgu nak tukar pakej....dia ingat senang nak buat list tu
wa!!!! tanks cegu... mmg banyak giler gangguan.. biler derang tk datang kat ana, ana buat keje skejap jer... biler derang dtg, lambat keje ana jadik... sume nk duduk dlm satu geng jek...
anyway tnks cegu... klu ana tk keje ni manelah ana nk tau betape peningnye cekgu bwat mende ni selama bertaun2...
derang ingat klu 9A je mesti amek pakej 1... klu 8 A amek pakej 2... derang ingat pakej 3 ngan 4 tu pakej cikai2 jer??
masalh betui derang tuh
saye sokong.walopon x bpe phm psl bab2 admin tu, tp the rest saye amat sokong.
budak2 pemikiran cetek lagi... ana de gak bincang2 ngn amin, kesimpulan daripada prbincangan kitorang... budak2 ni pemikiran cam dewasa (kononlah kan) tapi tindakan cam kanak-kanak... so, akhirnye tetap cam kanak-kanak gak n tk jadik ape2...
senarai nama dan kelas bdak f1 pun ana handle lah.. tp dalam 3 hari je..smpi boleh hafal~~ errmm,, assist c latipah. k salam.
mase korang cuti akhir taun, ana pn handle kelas f1 tau!!! imbangkan kelas f1 yg trlebih n terkurang...
sukarelawan....huhuhuhu..
tp bile dh naik skolah, ana tgk nu'aimah dh gnti anti... 24 jm duk kt tmpat cegu latipah tu
hmm, betul, pakej 3 ngan 4 pun sebenarnya mencabar. dalam dunia ni yang kaya raya sebenarnya yang datang dari aliran ni lah. businessman! kan hasif...
kah3.. kaza n hasif handle nama-nama f1.. nabilah? pembersih pejabat... huhu :D
nway, thanks ziarah blog.. :) salam~~
yup... nmpak sgtlah minda derang ni tk trbukak lagi.... tkpe2 nnti kite bukaaaaaaakk minda derang tuh puas2...
Nabilah- kemas pejabat yer?? bagus2.. pahala tuh.. hehehe. anyway goodluck pmr yer... studi betui2.. jgn memain dh... lg pn nabilah kn pndai.. ana tk kesah..
pakej 3-4 uhh!!~~
btol ah cikgu...ust hasni slalu pesan~~
tp bg org yg pakej 1-2 nih...takkan aah nak gi tmbh lagi subj2 di pakej3-4 smate2 nak kaya kan? lgpn rejeki itu di tgn ALLAH
mmg ade je yg tmbh subj2 pakej 3-4..tp tak rmi..itu super mind nyer org ler yg amik sume subjek kat sek nih..haha..
spe?? adela~~ tabiiiik hOrmat
Post a Comment