.


its me...

Thursday, May 7, 2009

cinta "free trial"

huhuhuhuu... dah lama rasenye penulis tak keluarkan artikel tulisan sendiri, selama ni asyik keluarkan artikel orang lain, tulis siket2 n gambar jer... ditambah dengan beberapa kesibukan yang melampau membuatkan penulis langsung tidak berkesempatan menelaah blog ini mahupun chatbox yang meninggalkan jejak rakan-rakan seperjuangan... oklah, renungkan topik ni, yg HS tu akan dimuat naik kemudian...

Pernah dengar cinta "free trial"???? rasanya memang anda tidak pernah dengar sebab frasa ini dicipta sendiri oleh penulis setelah sekian lama menelaah cinta monyet manusia yang tidak berkekalan... memandangkan kita berada dalam dunia serba moden dan canggih, elok kiranya kita mencipta frasa baru yang mengikut arus globalisasi... sekiranya kita membuat beberapa perbandingan, ada beberapa persamaan antara cinta "free trial" dengan trial/ cubaan yang kita dapat ketika membuat turun (download) apa sahaja perisian (software) daripada laman sesawang.

Manusia yang menelusuri laman sesawang kebiasaannya akan menggunakan free trial selama beberapa tempoh (samada 30 minit/ 1 jam/ 30 hari)... selesai menggunakan perisian tersebut, mereka perlu membayar untuk mendapatkan perisian secara menyeluruh dan lengkap. Kebanyakan trial yang diberikan tidak diberikan fungsinya secara 100% bagi memancing pengguna supaya membeli perisian tersebut.

Sebelum itu, mengapa penulis tidak mengistilahkan cinta sebegini sebagai cinta "sample"?? Cuba kita fahami bersama, analoginya begini... katakan saya jumpa "sample" minyak wangi di kedai, dan menggunakannya, jika selesa dengannya saya akan membelinya, tetapi jika tidak, saya akan tolak ketepi. Namun, saya sudah menggunakannya dan menikmati aromanya yang mengasyikkan serta memikat sepelusuk lubang hidung... Lain dengan free trial software yang diberikan, kita hanya diberi beberapa tempoh untuk mencuba, dan tidak dapat menikmatinya secara 100% disebabkan beberapa halangan-halangan serta sekatan yang dikenakan. Jika ingin menikmatinya, perlu beli dahulu baru kesemua fungsinya dapat digunakan...

Cuba kita adaptasi dalam dunia realiti, manusia sekarang akan menggunakan perisian cinta "free trial" untuk berjinak-jinak dengan cinta dan mula untuk mendekati dan menyelesakan diri (gambaran untuk berkenalan/ couple kot).. Sesetengah orang akan rasa selesa dan meneruskan langkah seterusnya dengan membeli seluruh perisian tersebut (gambarkan sebagai mas kahwin), maka hapuslah segala sekatan-sekatan yang dikenakan semasa menggunakan "free trial" (gambaran terhadap ikhtilat, aurat, halal dan haram perhubungan)... tapi mereka sudah berjaya, maka kita tolak ke tepi. Yang kita ingin bincangkan adalah bagi yang tidak berjaya dalam perisian cinta A dan kemudian terjumpa perisian cinta B yang kita lihat lebih elok darpiada A.... kita tinggalkan perisian cinta A begitu sahaja dan menggunakan trial yang lain.. samada trial perisian A tidak serasi dengan kita atau kita yang tidak serasi dengan perisian tersebut. Sesetengah manusia hanya merasa free trial selama sebulan dua atau beberapa tahun. dan kemudian perisian tersebut tidak membenarkan kita menggunakan atau membelinya mungkin atas alasan tidak cukup syarat sebagai pengguna, contohnya tak cukup umur.

Maka, apa yang kita dapat lihat di sini?? cinta "free trial" yang tak berjaya hanya akan membazirkan masa. Mungkin ada yang merasakan ianya tidak membazir kerana sekurang-kurangnya kita mencuba. Sungguhpun begitu, jika kita fikirkan dari awal, kan lebih elok jika kita cari beberapa info sebelum menggunakannya (buat research).. atau menggunakan "search engine" (enjin pencarian) untuk mencari yang betul- betul berkualiti dan berkenan di hati??? Tidak perlu untuk "free trial" (couple/ rapat-rapat) dalam kes ini!!! Cari info, lihat dari jauh, buat research, tanya orang yang berpengalaman dalam menggunakan perisian cinta (semestinya ibu bapa anda). Jika puas hati dan benar-benar faham, silakan.....

Sestengah orang juga akan rasa bersyukur atas kesempatan diberikan peluang untuk menggunakan "free trial" memandangkan tidak pernah menggunakannya. Dalam bahasa mudah, tak pernah merasa cinta... tapi perlu ke???

Kesimpulannya cukup mudah, isu ini subjektif dan banyak pandangan akan dilontarkan, penulis tidak katakan bahawa penulis betul, atau salah, sekadar pandangan. Sesuatu pandangan itu boleh diterima jika dialasi dengan rasional yang kukuh serta hujah yang terang dan dapat difahami.. Gelanggang perdebatan dibuka!!!!!

4 comments:

Karim the 1st said...

salam penulis.

walaupun 'pengguna' tu melalui perisian free trial, dan tertarik untuk membeli, kita tak boleh kata bila dia dah beli dan dapat fungsi sepenuhnya, dia akan terus selamat. maybe tuan pencipta software tu akan kata, "oh mamat ni tak percaya dari awal tentang perisian aku. dia NAK TRY dulu baru nak beli. cis sungguh"

ramai orang yg couple dan kata, "kami akan teruskan sampai berkahwin." so orang lain nampak dorang ni bagus. walaupun couple, mereka tetap berkahwin. ye memang halal selepas nikah. agak2 hubungan yg dimulakan dgn sesuatu yg 'haram' akan diberkati ke?

asas rumah tangga tu kurang kukuh sebab dimulakan dgn sesuatu yg tidak diredhai oleh Allah. harap takde orang yg masih fikir, couple dulu baru kahwin. bila dah kahwin, kita selamat. seelok2nya kita buat mcm penulis cakap. search dulu, then terus beli. tak payah nak try2. bukan apa, takut Allah tak redha je. naudzubillah.

sekadar meluahkan pendapat. :)

hasifzizan said...

yup2.. sbb tu penulis kate... senang citer tk yah free trial, just buy!!!! (tk yah couple la tuh)

anyway, tnks karim the 1st

A wisher said...

i loveeeeeeeeeeeeee!!
asip!jumpe kat klas hs!
i x jd lah nk tuka course,,

L said...

ana tak berapa suka analogi ni. hanya pendapat.