Di sini ana nak menimbulkan sedikit persoalan. Takkan antum tak ingat kot? Kan pendek janji yang antum buat. Takkan tak ingat. Ana pelik. Kenapa antum tak perasan langsung sampah yang penuh kat Al-Amin tuh? Nampak atau buat-buat tak nampak? Cuba fikirkan balik. Tak rasa berdosa ke kalau kita dah janji tapi tak nak tunaikan (ana bukanlah bagus sangat tapi cubalah kita renungkan balik). Bukannya banyak sangat pun janji yang kita buat. Sekolah nak sampah sifar. Tapi... kenapa takde orang nak kutip sampah? Walaupun kita tak buang sampah, tapi kenapa kita tak nak kutip? Ana rasa sekolah dah sediakan banyak tong sampah. Dekat dataran sekolah ada satu. Dekat tepi setiap tandas ada satu. Dekat setiap tingkat (bangunan pejabat sekolah) ada satu. Dekat setiap tingkat (bangunan pusat sumber) ada dua. Dalam dewan seminar ada dua. Setiap kelas ada satu. Dekat tempat whudu' banat ada satu. Dekat tempat whudu' banin ada satu. (carilah sendiri yang selebihnya). Kan banyak tu. Kenapa sekolah kita masih ada sampah? Kalau nak salahkan murid sekolah rendah, takkan kita nak berkira?. Mungkin ada salah mereka, ada salah kita dan salah siapa yang selebihnya, fikirlah sendiri.
Tapi kalau kita yang mulakan dulu. Bukan ke bagus tu? Buat semua pengawas yang menelaah laman ini, kan bagus kalau kita yang "berbaju hijau" ni mulakan dulu. Ana bukan nak mengata mana-mana pihak. Ana pun pengawas. Bila ana tengok takde satu pun (secara majoriti) pengawas yang sanggup berbongkok mengutip sampah, ana masih tertanya-tanya sampai sekarang. Semua orang dah lupa ke dengan sumpah yang kita sama-sama lafazkan. Ataupun sumpah tu sendiri dah jadi sampah?.
Memanglah sampah di Al-Amin tu banyak, tapi... kalau semua pengawas kutip (sekurang-kurangya satu jika antum malas sangat), kan sampah di Al-Amin tu kurang sedikit. Kalau semua pengawas kutip sampah, ana jamin semua murid akan rasa malu dan turut sama kutip. Kan bagus kalau semua murid Al-Amin sama-sama membongkok kutip sampah. Aman sikit sekolah ini. Kalau pengawas tak mulakan dahulu, macam mana murid lain nak buat. Macam mana kita nak lahirkan murid yang SOLEH WA MUSLEH? Ana merayu sangat-sangat. Tolonglah kita fikirkan balik. Ana tak kata semua pengawas memungkiri janji tu, tapi cuba bilang sendiri. Bilang pakai satu tangan pun boleh. Tak perlu pun dua-dua tangan untuk bilang. Ana rasa antum sendiri nampak yang mana majoriti, yang mana minoriti.
Dah sedar? Ataupun tak sedar-sedar lagi? Apa kata kita muhasabah sebentar... Kalau kita yang "berbaju hijau" ni tak jalankan apa yang kita dah janji. Macam mana semua murid nak ikut? Macam mana masalah disiplin nak selesai? Macam mana visi dan misi sekolah nak tercapai? (ana rasa x perlu kita ulang misi dan visi sekolah sebab dah berkali-kali diulang) Ana ni bukanlah nak mengata mana-mana pihak. Tapi sekadar teguran, nasihat, dan muhasabah sesama kita yang tidaklah sehebat mana. Buat semua murid sekolah, sama-samalah kita selamatkan sekolah ini dari diselubungi kekotoran. Bantulah sesama kita agar kita mampu menaikkan martabat sekolah dalam apa jua aspek. Bantulah juga para pengawas dalam mengurangkan kes disiplin dalam kalangan murid.
ingatlah:
"Jika anda membantu pengawas, anda membantu sekolah"
"Jika anda membantu sekolah, anda membantu Islam"
kerana sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak inilah wadah penyebaran Islam.......
0 comments:
Post a Comment