Mungkin ada sesetengah orang selalu bertanya kepada diri sendiri. "kenapa aku kena dekat dengan Allah?, biasa -biasa cukuplah" ataupun, "akukan dah solat 5 waktu, cukuplah tu"
Tapi adakah solat 5 waktu kita tu sempurna? ana rasa tak perlu ana panjangkan persoalan ini. Sekadar direnungkan artikel ini cukuplah. Mungkin ada di antara kita yang masih tak mengetahui kepentingan mendekatkan diri kepada Allah.
Maka, cukuplah sekadar ana membawa sebuah ceritera yang tiada penipuan melainkan benar belaka. Ana masih ingat kisah yang berlaku keatas diri ana sendiri.
Masa ana tingkatan 3, ana lemah subjek Pendidikan Islam (subtopik sirah). Ana selalu susah nak hafal bahagian sirah. Riwayat hiduplah, sumbangan tokoh islam, dan beberapa perkara penting yang ana rasa menyusahkan. Sedangkan masa tu PMR dah nak dekat. Ana risau sangat nak jawab bahagian tu. Jadi, ana ambil keputusan untuk buat qiamullail selalu. Ana mintak dengan Allah supaya beri ana cara supaya ana boleh selesaikan masalah ini. Makin dekat dengan PMR, ana makin banyak dekatkan diri dengan Allah. Ana risau sangat.
Beberapa hari sebelum PMR subjek Pendidikan Islam, ana bermimpi yang ana sedang baca buku rujukan pendidikan Islam bahagian Sirah subtopik mengenai dua orang tokoh (Abu Bkr dan Aisyah kalau tak silap ana). Bila ana bangun dari tidur, ana bacalah topik yang ana mimpi tu.
Sampai sahaja masa Pendidikan iSLAM... ALHAMDULILLAH! apa yang ana baca masa mimpi dan apa yang ana baca lepas bangun dari mimpi tu masuk dalam PMR. Lepas daripada tu, ana rasa bersyukur sangat dan ana makin yakin dan percaya Allah akan bantu ana jika ana dekatkan diri dengan-Nya. Dan keputusannya pun Alhamdulillah. Ana dapat A untuk subjek Pendidikan Islam.
Maka, ana rasa tidak perlu untuk ana huraikan lebih lanjut tentang kisah yang berlaku keatas diri ana sendiri. Ana rasa antum sendiri nampak. Cuba dan lihat hasilnya. Tidak perlu bayaran, hanya ketaatan.
Buat mana-mana insan yang menelaah laman ini, cubalah kita dekatkan diri dengan Allah. Dan ana yakin, setiap perbuatan ada hikmahnya. Buat rakan seperjuangan SPM 2008, dan adik-adik tingkatan tiga, inilah cerita sebenar dan cubalah sama-sama kita amalkan. Moga kejayaan masa hadapan akan dapat kita kongsi bersama.
Insyaallah... "Jika Allah kata jadi, maka jadilah"
Ingatlah... "Allah sentiasa mengingati kita, cuma kita yang lalai dan leka"
ingatan buat diriku jua
0 comments:
Post a Comment