.


its me...

Tuesday, August 19, 2008

Murid kita & Selipar tandas


Webfetti.com

Hati ana terpanggil untuk mencoret beberapa perkara buat kita semua yang ana pasti kalian semuanya leka, buta, lalai dan alpa.

Ana rasa Tuan Haji (pengetua kita) baru je buat pengumuman pasal pemakaian selipar untuk tandas bangunan pejabat. Antum semua ingat tak? Buat yang ingat dan amalkan, tahniah. Tapi... yang tak ingat ni apa cerita! Takkan antum tak ingat kot... Takpelah kalau tak ingat... patut lah tandas yang dekat pejabat tu semacam je walaupun dah diletak selipar baru. Ana rasa baru beberapa minggu Tuan Haji buat ucapan tentang pemakaian kasut dalam tandas. Atas rasional yang tandas akan kotor dengan kasut murid-murid Al-Amin yang kotor lepas PJK dan sebagainya, maka selipar pun diletakkan.

Tapi, ana peliklah dengan antum semua. kalau tak diberitahu takpelah. Masalahnya, selipar tu makcik dah letak dekat depan tandas sejurus perhimpunan mingguan tamat. Ana tengok selipar tu macam sedih je menunggu siapalah yang nak pakai 'dia'. Ana taknak lah kata murid Al-Amin ni pekak ataupun hilang ingatan. Dan ana taknak lah pula nafikan yang manusia ni pelupa sebab kalau ana cakap macam ni adalah orang komen: "Kita ni manusia, memang selalu buat silap", ataupun "kita kan manusia... Alahh... biasalah lupa", ataupun "Janganlah marah, ana terlupa jer"...

Wahai manusia yang wujud di bumi Al-Amin sekalian, cubalah kita belajar untuk mengingat sedikit. Kalau nak ingat perkara-perkara yang berat-berat tu masih lupa, bolehlah ana terima sikit. Tapi tentang satu je pengumuman yang Tuan Haji buat: "mulai sekarang, antum kena pakai selipar tandas" lupa jugak? Pelik-pelik. Ana tak suruh pun antum hafal satu teks ucapan Tuan Haji.

Masa hari Jumaat lepas, ana nak pergi tandas sebelum berangkat ke masjid (untuk solat Jumaat). Ana pun masuklah pakai selipar tandas tu. Keluar je dari tandas ana tengok orang lain pakai kasut je... Hai!! Baru berapa minggu dah lupa? Dari ting1-5 sama je. Pengawas ke tak pengawas ke tak payah nak ceritalah... Ana toleh je lagi sekali lagi, semua tandas penuh ade orang. Tapi yang menjadi persoalan sampai sekarang, selipar tu satu pun tak bersentuh. Semuanya ada empat pasang tapi satu pun tak kurang... Faham-faham sendiri lah yer.

Hai budak Al-Amin.... Nak kata pekak, tak pekak, buta tak buta, hilang ingatan takdelah pulak, Nak kata lembab, semuanya keputusan bagus-bagus.... Habis tu murid Al-Amin ni ape hah?


ingatan buat diriku jua...

10 comments:

Unknown said...

manusia2..aku pon same je kot.heh

Nawi Zharif said...

tulis kt sini x sumer orang bace...
cube cakap waktu perhimpunan(ayat kakak ana)

A lady said...

ala...ana pun alami cm nta jgak.masuk ngan selipar.then nampak org pakai kasut selamba aje..lagipun, kami [banat] alami masalah sikit. sbb, terpaksa tanggal stokin. lagi bahaya sbb kkadang bnn yg suka lalu tangga banat akan ternampak..

hasifzizan said...

banat ade alasan... banin ape plak alasan yer??? sndiri fikir lah

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Garangnya akh?Realitinya begitu.Cuba gunakan bahasa yang lebih baik dan terkesan.Wa jadilhum billati hia ahsan.Berbantah-bantah dengan cara yang baik.Syukran tazkirah tentang selipar dan kasut.Ada manfaatnya.Renungan bersama.

Anonymous said...

Teguran byk caranya..maybe aulad lebih sukakan naseehat bukan teguran.Hasif maybe guna ayat pedas supaya semua sedar.Penulisan dia menggambarkan kekecewaan melihat kegagalan dalam melaksanakan arahan yang mudah.Kesimpulan:masing-masing banyak cara nak nahi mungkar.Cara-cara ini mengikut kesesuaian mad'u lah.. Tak semestinya kita lembut memanjang dan tak semestinya kita berkasar memanjang.~juz opinion dr junior..

hasifzizan said...

thanks naseemussobah n aulad. Moga ada banyak lg orang Comment sbb ana nk tau pndgn majoriti. Yg ana sdey sbb ade org jumpe mak ana n citer pasal kegarangan ana dlm blog ni. smpai skrg ana x tau sape. mak ana x nk bg tau...... T.T

garang sgt ker????

Anonymous said...

agaklah......hasif garang..?? kene kluar dalam SEM**** nih..nway, kegarangan kkdang kena ada.penulisan ni ana dah survey. Setakat ni, memang penggunaan bahasa agak kasar tapi, kkdang PERLU agar semua SEDAR..!! :] syafakallah..jgn terlalu fikirkanlah.kalau komentar belakang-belakang yang MEMAKSA diri anta menunggu serta mencari semula keterangan daripada pengomen,usah dilayan.jadikan pedoman.apa pn, gunakan plan makan untuk reduce TENSION..satu medium yang bagus..tapi jgn sampai... "bulat pau kerana inti, bulat******" faham2 lah..salam!!

hasifzizan said...

"bulat pau kerana inti bulat hasif kerana tension!!!" terpaksa guna plan makan banyak sbb tension... sdey2