.


its me...

Thursday, August 21, 2008

Novel baru Ramlee Awang Mursyid!!! Gembiranya!!!




Masa tengah sibuk-sibuk edit blog, mak ana tengah baca akhbar Sinar Harian dan terbaca satu tajuk yang membuatkan ana teruja untuk turut membaca.

"Ramlee Awang Mursyid kembali dengan Trilogi Bagaikan Puteri?"

"Hah!! Mane? mane?" Ana terus bergegas untuk turut menyebok membaca..

dalam akhbar tu tulis, "Majlis pelancaran novel trilogi Bagaikan Puteri daripada novelis terkenal Ramlee Awang Mursyid terbitan Alaf 21 diadakan dengan meriah di hotel Singgahsana semalam"

"Wah!!! Bagikan Puteri dah keluar sambungan!!!" Ana terlalu gembira sampai tak boleh nak kata... Novel yang ku tunggu sambungannya dah keluar!!! (gembira sampai tatabahasa dalam blog ni pun berterabur. Harap maaf...)

"Tapi Asip kan SPM. Jangan lupa. Habiskan SPM dulu" Ibu terus merampas kegembiraanku.

"Hah!!! Kenapalah novel ni keluar masa SPM?" Hatiku mengeluh sendiri...

"Tapi... Ibu belikan kalau keputusan Trial SPM Asip bagus"

Hatiku berbunga kembali. Ana terus menyambung bacaanku yang tergendala sebentar tadi. Menurut akhbar tersebut, novel yang terbaru ni sambungan Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu yang berjudul Hijab Sang Pencinta.

"Wah syahdunya tajuk Novel tu. Tak sabar rasanya nak baca. Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu dah habis baca..."

"Kalau nak pinjam bagi tahulah ana, ana boleh pinjamkan!!"
Gembiranya!!!!!

5 comments:

Unknown said...

dah keluar! haha lama gila baru nak keluar. kena beli ni. sunan tak sunan. rindu gila. tapi mcm dah lupa je 2 novel yg lama uh. kena baca balik la kot. heh

A lady said...

hehe....kne baca nih...nak pinjam..!!cop dulu..

Anonymous said...

sej btol ke nih? crite mcm reality

hasifzizan said...

x btol rasenyer, gabungan realiti, semasa, unsur tradisional, dan sedikit rencah tambahan daripada imaginasi Ramlee Awang Mursyid yg kreatif. Oh Ramlee Awang Mursyid ku...

safiahkd said...

Ade ke buku Hijab Sang Pencinta? bawak balik kampung.. nak bace!! hehe..