Friday, August 29, 2008
Ada orang kata....
Ada orang kata...
Blog ana garang...
Ada orang kata...
Janganlah post macam tu...
Kenapa tulis nama Al-Amin ?
Nanti orang luar baca kan dah malu...
Ada orang kata...
Kalau nak tegur,
Tegurlah depan perhimpunan,
Ada orang tak kata,
Tapi kata kat mak kita,
Kenapa tak jumpa sahaja,
Kan habis cerita,
Tak perlulah nak berteka-teka orangnya...
Kalau nak kata,
Kata di hadapan sahaja
Akan kuterima...
luahan perasaanku, kalau nak comment, comment lah yer...
Thursday, August 21, 2008
Novel baru Ramlee Awang Mursyid!!! Gembiranya!!!
Masa tengah sibuk-sibuk edit blog, mak ana tengah baca akhbar Sinar Harian dan terbaca satu tajuk yang membuatkan ana teruja untuk turut membaca.
"Ramlee Awang Mursyid kembali dengan Trilogi Bagaikan Puteri?"
"Hah!! Mane? mane?" Ana terus bergegas untuk turut menyebok membaca..
dalam akhbar tu tulis, "Majlis pelancaran novel trilogi Bagaikan Puteri daripada novelis terkenal Ramlee Awang Mursyid terbitan Alaf 21 diadakan dengan meriah di hotel Singgahsana semalam"
"Wah!!! Bagikan Puteri dah keluar sambungan!!!" Ana terlalu gembira sampai tak boleh nak kata... Novel yang ku tunggu sambungannya dah keluar!!! (gembira sampai tatabahasa dalam blog ni pun berterabur. Harap maaf...)
"Tapi Asip kan SPM. Jangan lupa. Habiskan SPM dulu" Ibu terus merampas kegembiraanku.
"Hah!!! Kenapalah novel ni keluar masa SPM?" Hatiku mengeluh sendiri...
"Tapi... Ibu belikan kalau keputusan Trial SPM Asip bagus"
Hatiku berbunga kembali. Ana terus menyambung bacaanku yang tergendala sebentar tadi. Menurut akhbar tersebut, novel yang terbaru ni sambungan Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu yang berjudul Hijab Sang Pencinta.
"Wah syahdunya tajuk Novel tu. Tak sabar rasanya nak baca. Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu dah habis baca..."
"Kalau nak pinjam bagi tahulah ana, ana boleh pinjamkan!!"
Gembiranya!!!!!
Untukmu Al-Quds
Duhai teman.......
Marilah berjihad,
Agar bunga-bunga islam terus mekar,
Menjadikan dunia terus segar
Duhai teman.......
Marilah berjihad,
Dengan semangat ini,
Kita lawan kekejaman mereka,
Agar Al-Aqsa tidak di pijak,
Agar Alquds tidak di jajah
Duhai teman.......
Ini bukan gelak dan tawa,
Bukan juga masa gembira,
Musnahkan segala kata dan seloka,
Bersatu mara kita bersama
Duhai teman..........
Usah takut,
Usah gentar,
Kerna,
Allah sentiasa di sisi,
Setia hingga engkau pergi
Duhai teman.......
Syahidmu janganlah bimbang,
72 bidadari sentiasa menunggu
Disaat tumpahnya titisan pertama,
Gugurmu di bumi suci ini.
Tuesday, August 19, 2008
Murid kita & Selipar tandas
Hati ana terpanggil untuk mencoret beberapa perkara buat kita semua yang ana pasti kalian semuanya leka, buta, lalai dan alpa.
Ana rasa Tuan Haji (pengetua kita) baru je buat pengumuman pasal pemakaian selipar untuk tandas bangunan pejabat. Antum semua ingat tak? Buat yang ingat dan amalkan, tahniah. Tapi... yang tak ingat ni apa cerita! Takkan antum tak ingat kot... Takpelah kalau tak ingat... patut lah tandas yang dekat pejabat tu semacam je walaupun dah diletak selipar baru. Ana rasa baru beberapa minggu Tuan Haji buat ucapan tentang pemakaian kasut dalam tandas. Atas rasional yang tandas akan kotor dengan kasut murid-murid Al-Amin yang kotor lepas PJK dan sebagainya, maka selipar pun diletakkan.
Tapi, ana peliklah dengan antum semua. kalau tak diberitahu takpelah. Masalahnya, selipar tu makcik dah letak dekat depan tandas sejurus perhimpunan mingguan tamat. Ana tengok selipar tu macam sedih je menunggu siapalah yang nak pakai 'dia'. Ana taknak lah kata murid Al-Amin ni pekak ataupun hilang ingatan. Dan ana taknak lah pula nafikan yang manusia ni pelupa sebab kalau ana cakap macam ni adalah orang komen: "Kita ni manusia, memang selalu buat silap", ataupun "kita kan manusia... Alahh... biasalah lupa", ataupun "Janganlah marah, ana terlupa jer"...
Wahai manusia yang wujud di bumi Al-Amin sekalian, cubalah kita belajar untuk mengingat sedikit. Kalau nak ingat perkara-perkara yang berat-berat tu masih lupa, bolehlah ana terima sikit. Tapi tentang satu je pengumuman yang Tuan Haji buat: "mulai sekarang, antum kena pakai selipar tandas" lupa jugak? Pelik-pelik. Ana tak suruh pun antum hafal satu teks ucapan Tuan Haji.
Masa hari Jumaat lepas, ana nak pergi tandas sebelum berangkat ke masjid (untuk solat Jumaat). Ana pun masuklah pakai selipar tandas tu. Keluar je dari tandas ana tengok orang lain pakai kasut je... Hai!! Baru berapa minggu dah lupa? Dari ting1-5 sama je. Pengawas ke tak pengawas ke tak payah nak ceritalah... Ana toleh je lagi sekali lagi, semua tandas penuh ade orang. Tapi yang menjadi persoalan sampai sekarang, selipar tu satu pun tak bersentuh. Semuanya ada empat pasang tapi satu pun tak kurang... Faham-faham sendiri lah yer.
Hai budak Al-Amin.... Nak kata pekak, tak pekak, buta tak buta, hilang ingatan takdelah pulak, Nak kata lembab, semuanya keputusan bagus-bagus.... Habis tu murid Al-Amin ni ape hah?
ingatan buat diriku jua...
Saturday, August 16, 2008
Selamat Hari Lahir 5 Salman Al-Farisi!!!
Ana rasa masih belum terlambat untuk ana ucapkan Selamat Hari lahir kepada semua murid 5 Salman Al-Farisi yang lahir dari bulan 1 hingga bulan 8. Semoga umur kalian diberkati Allah dan terus berada di dalam rahmatNya. Selamat Maju Jaya dalam SPM. Tunjukkan potensi dan sumbangan yang mampu antum berikan terhadap sekolah kita yang tercinta.
Buat Ust Idris Saleh (Penganjur Jamuan Hari Lahir Setahun 5 SAF) jasa ust tidak mampu kami balas kerana kami semua sedar yang kami tidak mampu untuk menghitung segala pengorbanan ust sepanjang kami di sini.
Buat semua rakan-rakan, Selamat Hari Lahir!!!!
Oh..... Membazirnya aku!
Kadang-kadang sesetengah insan suka berkata "Sesungguhnya membazir itu amalan syaitan" Tapi... kita pernah ke gunakan kata-kata ni untuk Muhasabah? Nasihat menasihati? Amalkan? ataupun gunakan untuk kita sesama kita? Jadi... izinkan ana mengambil kesempatan di sini untuk melakar sebuah ceritera yang ana alami sendiri dan baik untuk kita jadikan iktibar.
Masa tu, waktu malam. Ana pergi sekolah untuk solat hajat PMR dan SPM baru-baru ni. Lagi beberapa minit azan Isyak akan berkumandang, jadi ana pun teruslah ambil whudu' dekat tepi surau. Ana main bukak je paip air tu macam biasa dan mula ambil whudu'. Dekat sebelah ana ade seorang budak (dalam lingkungan 5/6 Tahun) Dia pun tengok je ana beberape kali sambil ambil whudu'. Ana pun senyum jelah. Bile ana tengok die pegang paip air tu semacam je ana ingatkan die tak tau buka paip air kat situ sebab macam tak keluar air. Bila ana tengok betul-betul..... Masyaallah! Budak tu tengah laraskan paip air tu supaya tak keluar air banyak-banyak. Nanti membazir.... Astaghfirullah.... Teruknye ana ni. Budak tu guna air tak banyak pun. Tapi ana.... Bukak paip macam tu jer...
Perlakuan budak tu buat hati ana tersentuh. Kenapa ana guna banyak air sedangkan anggota whudu' ana dan dia sama jer? Anggota whudu die tetap kena walaupun dia guna sikit air....
Melihat daripada perlakuan tersebut, ana terus kecikkan air sebab malu dengan diri sendiri.
Itulah dakwah... pada ana, budak tu tak perlu pun cakap dekat ana. Dengan perlakuan pun dah cukup. Dan ana sangat kagum kepada ibu dan bapa budak tu sebab berjaya mendidik anak mereka untuk tidak membazir. Tahniah buat mereka.... Dan buat 'Daie Kecil' yang tegur ana masa tu, terima kasih dan semoga Allah dapat membalas perbuatan enta. Amin...
Ingatlah.... "Syaitan Suka Mengajak Kita menjadi rakan-rakanya"
Jangatlah kita membazir ya!!!!
Kawan-kawanku & PLKN
Seusai mesej itu dibaca, handphone kakak ana dijadikan mangsa memandangkan phone ana habis kredit. Semak punya semak... X dapat pergi! fuh... lega sikit...(ada yang suka dan ada yang sebaliknya. Ikut diri masing-masing lah). Tapi ana takut silap masukkan no Ic, jadi ana buatlah lagi sekali... fuh... sah x dapat!
Ana pun dengan serta merta buat sejud syukur kat ruang tamu rumah ana... hehehe... gembira sangat lah tu.
Esok kat sekolah... heboh pasal PLKN. Banin masing-masing buat handphone abg Sarep macam handphone sendiri sebab teruja sangat nak tahu keputusan. Tanya kat banat... banyak juga kena pergi... 12 wirawati terpilih!!!
1) Wan Nur Ira Izzati 2 ) Qurratu Aini
3) Nur Farah Fatinah 4 ) Nur Aminah K
5) Syazana Zahidah 6 ) Wan Nur Aqilah
7) Athirah M. Sha 8 ) Siti Atiqah
9) Qistina Nafisah Iman 10) Wan Nur Mardhiah
11) Nasuha 12) Siti Maryam
Wira pilihan
1) Al-Hasan 2) Abu Dzar 3)Omar Abd Rahman
Dengar kata Syafiqah nak pohon sendiri PLKN sebab dia tak terpilih. Betul ker?.... Good luck Syafiqah!!!!!
Tapi banin agak pelik dengan sistem perkhidmatan SMS ini sebab ramai tak kena. Siapa-siapa yang boleh sahkan ketulenan perkhidmatan ini silalah bagi tahu ya!!!
Jadi kepada yang dah terpilih. Selamat Maju Jaya!!! Harumkan nama Al-Amin dengan akhlak, penampilan dan kepimpinan murid Al-Amin serta batch Caliph 14...
pesanan ikhlas dari president Caliph 14
Misi Tercapai!!! Bahagianya!!!
Hari ni ana rasa gembira sangat! Sebab... Pusat Tusyen Saujana Gemilang nak buat tajaan iklan untuk SEMAIAN 2008! Jadi... akan bertambahlah sponsor Semaian. Bahagianya!!!
Pagi tadi, Ammarf2 datang jumpa ana dan bagi tahu yang Pusat Tusyen Saujana Gemilang (PTSG) nak buat tajaan iklan. Nak yang bahagian Hard cover pula tu. Lagilah mahal!!! Tapi pagi tu tak set lagi harga iklan untuk hard cover. (Thanks to Ammar)
Masa rehat tadi jumpa Azah, Azlina dan Cikgu Salina. Bincanglah pasal harga. Azlina nak RM1000. Cikgu nak RM400, Azah nak RM500, tapi ana nak RM450. Last sekali ambil harga antara cikgu, ana dan Azah. (Azlina punya harga tak termasuk sebab tak munasabah). Cikgu suruh ana call PTSG untuk bincang pasal harga. Cikgu suruh ana sebab cikgu tak nak Ammarf2 call. Cikgu kata suara dia lemak berkrim (Bahaya tu!). Cikgu kata ana punya suara, suara komersial. Hehehe... (jangan marah) Lagilah bahagia!
Nak dijadikan cerita, ana pun call PTSG, ana kata harga iklan RM400. Dengar nada suara dia macam takde persaan je. (Murah sangat ke?) Esok orang tu nak datang sekolah bawak cek! Bahagianya! Hari ni call, esok datang dengan cek! Mana tak bahagia!
Lepas PTSG setuju, dia mintak ana buatkan appointment dia dengan pengetua, (padahal dia tak tahu yang call dia ni student, bukan P/A pengetua. hehehe....) ana pun buat-buatlah macam bukan student. Terus aturkan appoinment yang dia nak pada pukul 8.30 pagi esok.
Habis je call PTSG, ana terus call kak Yanie untuk bagitau pasal appointment tu. Ceewwah! Bahagianya!
Esok tak sabarnya!! PTSG nak datang bawak cek!!! Bahagianya!!! Ada orang kata suara ana suara komersial....jangan marah... heheheh
Pentingkah kita mendekatkan diri kepada Allah?
Tapi adakah solat 5 waktu kita tu sempurna? ana rasa tak perlu ana panjangkan persoalan ini. Sekadar direnungkan artikel ini cukuplah. Mungkin ada di antara kita yang masih tak mengetahui kepentingan mendekatkan diri kepada Allah.
Maka, cukuplah sekadar ana membawa sebuah ceritera yang tiada penipuan melainkan benar belaka. Ana masih ingat kisah yang berlaku keatas diri ana sendiri.
Masa ana tingkatan 3, ana lemah subjek Pendidikan Islam (subtopik sirah). Ana selalu susah nak hafal bahagian sirah. Riwayat hiduplah, sumbangan tokoh islam, dan beberapa perkara penting yang ana rasa menyusahkan. Sedangkan masa tu PMR dah nak dekat. Ana risau sangat nak jawab bahagian tu. Jadi, ana ambil keputusan untuk buat qiamullail selalu. Ana mintak dengan Allah supaya beri ana cara supaya ana boleh selesaikan masalah ini. Makin dekat dengan PMR, ana makin banyak dekatkan diri dengan Allah. Ana risau sangat.
Beberapa hari sebelum PMR subjek Pendidikan Islam, ana bermimpi yang ana sedang baca buku rujukan pendidikan Islam bahagian Sirah subtopik mengenai dua orang tokoh (Abu Bkr dan Aisyah kalau tak silap ana). Bila ana bangun dari tidur, ana bacalah topik yang ana mimpi tu.
Sampai sahaja masa Pendidikan iSLAM... ALHAMDULILLAH! apa yang ana baca masa mimpi dan apa yang ana baca lepas bangun dari mimpi tu masuk dalam PMR. Lepas daripada tu, ana rasa bersyukur sangat dan ana makin yakin dan percaya Allah akan bantu ana jika ana dekatkan diri dengan-Nya. Dan keputusannya pun Alhamdulillah. Ana dapat A untuk subjek Pendidikan Islam.
Maka, ana rasa tidak perlu untuk ana huraikan lebih lanjut tentang kisah yang berlaku keatas diri ana sendiri. Ana rasa antum sendiri nampak. Cuba dan lihat hasilnya. Tidak perlu bayaran, hanya ketaatan.
Buat mana-mana insan yang menelaah laman ini, cubalah kita dekatkan diri dengan Allah. Dan ana yakin, setiap perbuatan ada hikmahnya. Buat rakan seperjuangan SPM 2008, dan adik-adik tingkatan tiga, inilah cerita sebenar dan cubalah sama-sama kita amalkan. Moga kejayaan masa hadapan akan dapat kita kongsi bersama.
Insyaallah... "Jika Allah kata jadi, maka jadilah"
Ingatlah... "Allah sentiasa mengingati kita, cuma kita yang lalai dan leka"
ingatan buat diriku jua
Sumpah, Pengawas dan Sampah?
Di sini ana nak menimbulkan sedikit persoalan. Takkan antum tak ingat kot? Kan pendek janji yang antum buat. Takkan tak ingat. Ana pelik. Kenapa antum tak perasan langsung sampah yang penuh kat Al-Amin tuh? Nampak atau buat-buat tak nampak? Cuba fikirkan balik. Tak rasa berdosa ke kalau kita dah janji tapi tak nak tunaikan (ana bukanlah bagus sangat tapi cubalah kita renungkan balik). Bukannya banyak sangat pun janji yang kita buat. Sekolah nak sampah sifar. Tapi... kenapa takde orang nak kutip sampah? Walaupun kita tak buang sampah, tapi kenapa kita tak nak kutip? Ana rasa sekolah dah sediakan banyak tong sampah. Dekat dataran sekolah ada satu. Dekat tepi setiap tandas ada satu. Dekat setiap tingkat (bangunan pejabat sekolah) ada satu. Dekat setiap tingkat (bangunan pusat sumber) ada dua. Dalam dewan seminar ada dua. Setiap kelas ada satu. Dekat tempat whudu' banat ada satu. Dekat tempat whudu' banin ada satu. (carilah sendiri yang selebihnya). Kan banyak tu. Kenapa sekolah kita masih ada sampah? Kalau nak salahkan murid sekolah rendah, takkan kita nak berkira?. Mungkin ada salah mereka, ada salah kita dan salah siapa yang selebihnya, fikirlah sendiri.
Tapi kalau kita yang mulakan dulu. Bukan ke bagus tu? Buat semua pengawas yang menelaah laman ini, kan bagus kalau kita yang "berbaju hijau" ni mulakan dulu. Ana bukan nak mengata mana-mana pihak. Ana pun pengawas. Bila ana tengok takde satu pun (secara majoriti) pengawas yang sanggup berbongkok mengutip sampah, ana masih tertanya-tanya sampai sekarang. Semua orang dah lupa ke dengan sumpah yang kita sama-sama lafazkan. Ataupun sumpah tu sendiri dah jadi sampah?.
Memanglah sampah di Al-Amin tu banyak, tapi... kalau semua pengawas kutip (sekurang-kurangya satu jika antum malas sangat), kan sampah di Al-Amin tu kurang sedikit. Kalau semua pengawas kutip sampah, ana jamin semua murid akan rasa malu dan turut sama kutip. Kan bagus kalau semua murid Al-Amin sama-sama membongkok kutip sampah. Aman sikit sekolah ini. Kalau pengawas tak mulakan dahulu, macam mana murid lain nak buat. Macam mana kita nak lahirkan murid yang SOLEH WA MUSLEH? Ana merayu sangat-sangat. Tolonglah kita fikirkan balik. Ana tak kata semua pengawas memungkiri janji tu, tapi cuba bilang sendiri. Bilang pakai satu tangan pun boleh. Tak perlu pun dua-dua tangan untuk bilang. Ana rasa antum sendiri nampak yang mana majoriti, yang mana minoriti.
Dah sedar? Ataupun tak sedar-sedar lagi? Apa kata kita muhasabah sebentar... Kalau kita yang "berbaju hijau" ni tak jalankan apa yang kita dah janji. Macam mana semua murid nak ikut? Macam mana masalah disiplin nak selesai? Macam mana visi dan misi sekolah nak tercapai? (ana rasa x perlu kita ulang misi dan visi sekolah sebab dah berkali-kali diulang) Ana ni bukanlah nak mengata mana-mana pihak. Tapi sekadar teguran, nasihat, dan muhasabah sesama kita yang tidaklah sehebat mana. Buat semua murid sekolah, sama-samalah kita selamatkan sekolah ini dari diselubungi kekotoran. Bantulah sesama kita agar kita mampu menaikkan martabat sekolah dalam apa jua aspek. Bantulah juga para pengawas dalam mengurangkan kes disiplin dalam kalangan murid.
ingatlah:
"Jika anda membantu pengawas, anda membantu sekolah"
"Jika anda membantu sekolah, anda membantu Islam"
kerana sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak inilah wadah penyebaran Islam.......