.


its me...

Wednesday, October 29, 2008

entahlah aku pn tak tahu

kenapa aku hampir jatuh
bila aku cuba bangkit?
kenapa aku hampir berundur
bila ku cuba kedepan?
kenapa aku hampir kehilangan
bila aku perlukan sokongan?
kenapa aku hampir suram
bila aku mencari yang terang?

kenapa aku ditinggalakan
tatkala aku baru cuba merangkak
kenapa aku dibiarkan
tatkala aku baru cuba bertatih?
kenapa?
kenapa?
kenapa!!!

jika tidak katakan tidak
jika bantu katakan bantu
jika upaya hulurkan sahaja
jika tidak diam sahaja

mungkin aku tersalah pilih cermin
yang retak,
sumbing,
atau yang usang...

entahlah aku makin keliru
siapa kawan, siapa teman,
siapan rakan, dan siapa lawan
dan salah itu,
adakah salah aku ataupun kamu?

aku makin percaya
hanya ALLAH yang berupaya
menjadi peneman setia

biarlah aku berjuang seorang diri
walau kau tiada di sisi
kerna aku pasti
kau belum mengerti

~catatan buat peneman setia yang mahu berundur~

2 comments:

Afham Fuad said...

hmm...

Anonymous said...

ehem....;.;.;..wht have i xpected?? hua~hua...