.


its me...

Friday, December 19, 2008

Tahanan Rindu

Benar aku pesalah
dalam ceritera ini,
aku hanya mampu merenung sepi
biarkan jarum masa menjadi jeriji
tahan aku dari berlari
biarkan iman terus mengikat hati
agar terus ku sabar menanti

jika tuhan takdirkan kamu untukku
kita akan bertemu
bersama melerai rindu
menyulam benang emas cinta

jika tidak,
lebih rela kau bersamanya
menganyam tikar asmara
agar senang duduk berdua

dalam tadahan ini,
sentiasa ku kepil namamu
moga kau tenang dan bahagia
moga kau aman dan ceria
terima kasih kerna berada di sisi
kerna ku tahu kau lebih mengerti

biarkan rindu ini sarat ditahan bersama
kerna ku pasti
bianglala ini akan menolak kabus gerimis senja
seni cinta akan kita lakar bersama
tatkala hampir kutemu cahaya

jika kita halal bersama,
bersabarlah
rindu ini akan kita kongsi bersama...

11/12/08 10.28 pagi....
ok tak sajak ni?? ini bukan perasaan ana tau!!! just bru belajar nak tulis sajak yang berbunga2.. sajak ana slama ni mcm hambar je... kritikan di alu-alukan...

14 comments:

Nurfatmah Nabilah Kamarulzaman said...

salam..

ish3, kritikan di alu-alu kan? hahaha, kan baru belajar nk mantapkan sajak, buat ape nk org kritik,. mayb just bg cdngan bolehla.. kan3?

mmm.. nway, sajak nie agak j*w*n*.. hahaha, xdelah.. tp, mmg btul pun.. :D bg analah, selalunya penulis sajak kne ade feeling bile nk tulis.. so... abg hasif mesti tgh lalala~~ hehehe, xgituh? nanana~~

ok2.. bestlah baca sajak2 abang.. salam~~

hasifzizan said...

tak kesahlah, cadangan ker, kritikan ker... asalkan bleh mantapkn sjak ana...

hahahhah. pndai nabilah teka... mase ni abang agak lalalalal~~... biarlah... abaikan pasal feeling....

hasifzizan said...

tak tak tak!!! abg tak lalala~~ siapelah kiter.... huhuhuuhu....

Anonymous said...

gunakan penulisan sebagai medium penyampaian...dan ketahuilah kita diambang jahiliyyah!! kekuatan ilmu lebih ampuh berbading kekuatan peribadi...maka?? fikirkanlah....

gunakan blog untuk pengisian berguna agar kita mampu melahirkan peribadi muslim sejati...mulalah dr awal,, INDIVIDU MUSLIM~~

semangat berdakwah perlu bangkit dlm diri!! ayuh!! apa lagi syabab2 sekalian?? gerakkan blog anda dengan sebaiknya.. dan ingat,, malaikat kiri dan kanan mencatit.. ALLAH ITU MAHA MELIHAT, MENDENGAR DN MEMERHATI :)

hasifzizan said...

yes!!!! mmg ana nk kembali serius dalam bidang penulisan dakwah....

NI JUST NAK WARMING UP!!!!

Mohd Fahrulradzi said...

cam kaza comment,., sajak dah mantap,., tp, kalau bleh juruskan sajak tuh lebih kepada penyampaian dakwah and kepentingan deen,., bgus berfeeling,., tp, biarlah feeling tuh feeling utk bangunkan islam, bangkitkan muslim and sebarkan dakwah,., jgn terlalu fokuskan penulisan sajak and puisi kepada prospek cinta,., unless, prospek yg anta bawak lebih kepada cinta illahi,., jgn cinta manusiawi,., serius ana cakap,., anta ader bakat,., bakat yang tak ramai orang ade,., bakat menulis, bersajak, bercakap, berdebat and len2,., so, itu sebenarnye aset kepada diri anta,., takkan nak biar jek,., or gune untuk tujuan len? x kan? so, juruskan lah lagi lebih mendalam kepada subjek2 yg berkaitan dengan islam,., insyaallah,.,

~salam ^_^

p/s: naseehat lagi sebab anta cakap ni just warm up,., padan tuh, dah dekat 4 5 sajak pasal cinta2 nie,., hahaha,.,

ingat yer,., cinta tuh banyak cabang nyer,., and cinta kepada ALLAH yg paling penting,., ^_^

Duhai akhi, Duhai ukhti,.,
cinta diri kenal nurani,.,
cinta insani kelak terhenti,.,
cinta illahi kekal abadi,.,

~petikan puisi,.,

hasifzizan said...

TNKS LURHAF KOMEN.....
NI JUST WARM UP...ana just nk carik feeling sblum bwat novel..cube untuk hayati cinta manusia... salahkah??? klu salah,komenlah lagi...

JUST WARM UP!!!!!

malas lh layan korang nie...

assalamualaikum....

Anonymous said...

Salam alayk...
Ya akh, jika air nan jernih bertakung kat satu-satu tempat tak gerak-gerak, maka air itu akan rosak, busuk, jadi tempat pembiakan nyamuk aedes, dsb. Oleh itu, Allah jadikan sungai itu mengalir. Hatta manusia buat kolam kumbahan najis pun ada dibuat sistem supaya air itu boleh bergerak.

Begitu juga jika ada secawan air diletakkan di sisi najis haiwan yang baunya busuk teramat, dan dibiarkan selama beberapa lama, udah tentu kita sendiri tak lalu nak minum kerana bimbang air tersebut tercemar.

Ya akh, ayuh kita jadi air yang mengalir di celah-celah batu nan cantik lagi suci, agar kita berguna buat jagat manusia - boleh diminum,digunakan untuk bersuci, dan dsb...

Menghayati cinta manusia tak salah. Kita perlu menghayati agar kita mampu memberikan ubat terbaik bagi mengubati masalah cinta manusia dalam masyarakat kita la ni. Ye la, yang cinta songsangnya, cinta tak ikut syarie nye, dan blablabla semua menuntut kita menghayatinya demi mencari jalan penyelesaiannya.

Namun, yang salahnya bila kita jadi alpa. Seimbangkanlah penghayatan tu, kerna keseimbangan itu hukum alam. Ana yakin anta tak ada masalah mengimbangkan ini.

Cepat-cepatlah buat novel cinta berteraskan islam, semoga dapat memberikan nur buat masyarakat kita hari ini.
Warm up lah cepat-cepat. Heh, baru je habis SPM takkanlah perlu warm up lama-lama.

p/s: ana memang tak habis2 dgn perumpamaan air, mengambil sempena pepatah arab yang dikembangkan...

Anonymous said...

LINA!!!!!!! syukran alaik!!!!!

-Amin HaR- said...

membetuli bukan membuta tuli

hasifzizan said...

syukran atas komen anti... (azlina)
dingin air yang mengalir d sisimu...
tenang air mendengar kicauanmu..
sejuk atma..
tenang jiwa..

insyaallah ana akan cipta novel yang membuka hati n mata manusia tntang alam yang membimbangkan hari ini...

doakan agar ana x terpesong dari jalan allah ...

ameeen

Rahman D said...

salam hasif..apa kahabar..lama tak dengar citor??hehhe...leh ana komen sikit tak..hehe..lebih kepada perungkaian sahaja dan penambah baikkan...kita pun sama2 belajar utk memperbaiki tulisan kan...hehe

Baiklah... sajak ini penulis cuba menperlihatkan tema kasih-sayang dan rindu.Rindu ini bertitik tolak daripada satu ikatan yang kuat yang dipisahkan oleh jarak masa untuk bersama. Sedikit komen mengenai penggunan 'huruf besar' di setiap permulaan rangkap dan juga penggunaan tanda baca perlu diperbaiki lagi...walaupun sajak semmgnya berunsur bebas,namun nilai estatika tatabahas perlu dijaga.Seterusnya,pengguna kata ganti diri nama seperti (aku,kamu,ku)sedikit sebanyak mencacatkan sajak ini.Kecacatan ini akan mengganggu rima sajak ini dan konstrasinya menjadi hilang.
cth:

"jika tuhan takdirkan kamu untukku
kita akan bertemu..."

Penggunakan kata-kata klise juga sedikit menghilangkan nilai puitis untuk puisi ini.
cth:
moga kau tenang dan bahagia
moga kau aman dan ceria

percubaan yang baik dengan menggunakan Anafora,namun dengan mengunakan ayat yg klise membuatkan sajak ini hilang kepuitisannya.

Seterusnya,penggunakan berulang kali.contohnya istilah "bersama" rasanya perlu diambil kira juga.Perkara ini akan mengganggu nilai puitis sesebuah sajak.

Terdapat sedikit kecelaruan pada rangkap ke-3 dan rankap 5

cth rangkap-3

jika tidak,
lebih rela kau bersamanya.

-"bersamanya" istilah ini merujuk kepada manusia.Bersama manusia yang lain.Seolah-olah penulis ini memgambarkan kesanggupannya melepaskan orang yang dirinduinya kepada orang lain.Perkara ini kerana isitilah "Jika Tidak" di sini merujuk kepada rangkap di atas iaitu jika takdirnya tidak kesampaian untuk mendapatkan org yang dirinduinya.

Namun rangkap ke-5 menceritakan pada baris :

"biarkan rindu ini sarat ditahan bersama."

-Maksud "bersama" disini ialah walaupun penulis dan org yang dirinduinya tidak ditakdirkan bersama namun mereka masih menahan rindu dan masih berharap mereka ini akan dipersatukan juga.

Akhir rangkap,penulis ingin mengecilkan skop sajak melalui baris ini:

"jika kita halal bersama"

Perkataan halal di sini merujuk kepada hubungan yang sah.
Tetapi penggunaan istilah "JIKA" dihadapan baris menunjukkan hubungan mereka pada ketika ini tertolak atas sebab tertentu.

Dan rasanya istilah "halal" tidak berapa sesuai digunakan di sini kerana mungkin penafsiran seseorang akan berubah kepada benda yang lain.

Apa-apa pun tahniah kepada anta kerana cuba mengarang sajak.Rasanya kalau di'edit' sikit2 insyaAllah akan jadi lebih baik..Lepas itu blh hantar ke majalah ke,surat khabar ke...

Minta maaf kalau terpanjang sangat,sekadar komen ikhlas dan boleh menjadi penambah baikkan kepada anta dan org lain termasuk ana jugak...hehe..Okey cuti2 nih byk2 la menulis sajak...

Wassalam

Anonymous said...

wow!! panjang dr komen azah pd sajak yg lalu..perh!! respect2

hasifzizan said...

tanks... terima kasih sesangat!!! ana khabr baik je... tnks komen ana hargai sesangat.. harap dapat bantu ana dlm mende2 camnie... ape yg anta trjemahkn sumenye betui... ana rase klu orang tak faham sajak ana, bace komen anta pn bleh faham..hehehe

tkde pn yang salah.. akhirnye ape yg ana nk smpaikan dalam sajak ni ade gak orang faham.. alhamdulillah..