.


its me...

Monday, October 27, 2008

Hampir ketemu cahaya

akan ku cuba
walau pedih di dada
walau sengsara di jiwa
walau hatiku merana
walau takut dihina

akan ku cuba
untuk bangkit semula
untuk kembali pada-Nya
untuk berpijak di bumi nyata
untuk menahan gelora di jiwa

akan ku cuba
walau aku jatuh berganda
walau kaget di panah mata
walau terpaksa bertegas muka
walau seksa manahannya

perjuangan ini belum selesai
selagi nafasku tidak dirungkai
selagi ada kamu untuk membelai
selagi ada sepohon pokok cermai
selagi ada sebidang tapak permai

perjuangan ini belum selesai
selagi aku mampu merangkak
atau di sisimu aku rebah
namun akan terus ku mengesot
untuk mencapai mayapada nyata
untuk mencapai syurga pencipta

perjuangan ini takkan pernah selesai
selagi aku belum bergelar wira
selagi harimau ini belum ku pancung kepalanya
belum ku potong kuku kakinya

perjuangan ini takkan pernah selesai
selagi ada kamu
selagi ada kawan dan rakan
kerna kamu sebaik teman
terima kasih kerana menjadi peneman
dikala aku keseorangan
terima kasih juga untukmu
kerana menjadi tamsilan diriku
kerna cahaya ini hampir kutemu


3.22 ptg (27/10) masa tunggu bas rapid hinggalah dalam bas
khas untuk peneman setia

5 comments:

Anonymous said...

..tamsilan-tamsilan-tamsilan..
!!huhu~~thanx so much..!!

hasifzizan said...

yup2
tamsilanku.....
tnks sesngat yer

Mohd Fahrulradzi said...

erw.. kena paksa comment.. so, ana comment lah yer,.,

sajak nie,., ade tersirat keyakinan untuk berubah,., bgs2,.,

salam,.,

A lady said...

err..;.;.;...haha..!!

Anonymous said...

J A N G A N P U T U S A S A ~ ! !