.


its me...

Saturday, September 13, 2008

Tandas kita siri 3: Dah lali disengat


Merenung kembali beberapa siri tandas kita yang lepas, penulis gemar melihat beberapa respon masyarakat hari ini. Ada yang menyokong, ada yang geleng kepala, tidak kurang pula yang hanya membaca. Namun, siri kali ini sedikit berbeza intipatinya. Untuk pengetahuan kalian, siri kali merupakan kesinambungan isu tandas yang lepas. Jika kalian terlupa, ingat sahaja Isu selipar yang hangat komennya suatu masa dahulu. Pasti ingat bukan? Maka, mari kita kembali mengintai perkembangan isu ini.

Selepas beberapa minggu peraturan pemakaian selipar di dalam tandas sekolah, sudah ada makluman di hadapan pintu tandas mengenai denda sebanyak RM 1 terhadap mana-mana individu yang didapati tidak memakai selipar yang disediakan. Tahniah penulis ucapkan kepada individu yang memikirkan cara untuk mendenda murid-murid kita yang degil. Namun jika diteliti dengan lebih lanjut, siapakah yang akan memastikan murid kita mengikuti peraturan ini? Dan siapakah yang memastikan bahawa murid kita akan membayar denda tersebut jika mereka melanggar peraturan? Pengawas? Guru mingguan? Kakak jaga? ataupun makcik sapu?

Itu baru satu kes yang penulis pertikaikan. Jika didalami lagi isu ini, apa kata kita berfikir sejenak tentang selipar yang diletakkan di hadapan tandas sekolah kita. Nampak? Pernah bilang tak ada berapa pasang? Buat yang tak pernah bilang, cukup untuk penulis memberitahu bahawa setiap bilik air di bangunan pejabat sekolah ada 4 pasang. Itu kiraan dahulu. Cuba lihat sekarang. Ada berapa? sepasang? dua? ataupun tiada?

Pernah sekali penulis ingin menunaikan hajat di tandas bangunan pejabat, tetapi dalam keadaan yang "tidak tahan" itulah penulis terpaksa mencari selipar di setiap pelusuk luar tandas sebelum masuk ke dalam. Penulis mengharapkan sepasang pun mencukupi untuk dijadikan alas. Namun, penulis hanya menemui 2 'keping' selipar bahagian kanan sahaja. Kenapa tak cukup sepasang? Yang lain di mana? Baru beberapa minggu dah hilang semua? Pelik-pelik... Suka betul selipar tandas kita berjalan ya? Bak kata pepatah jauh perjalanan luas pengalaman... Tapi selipar tandas pun perlukan pengalaman? Musykil,musykil... Agaknya selipar tandas kita ke mana? Mungkin ini bukan isu serius bagi sesetengah pihak namun apabila difikirkan kembali, siapa yang gatal kaki bawa keluar selipar tandas kita dari bilik air? Nak tahu penulis jumpa satu lagi selipar dekat mana? Bawah pokok, belakang makmal sekolah... Percaya tak?

Satu kes yang pelik. Tetapi selipar bawah pokok tu ditulis tkt3. Maknanya selipar dekat tandas tingkat 3 kan? Kenapa ada di bawah? Seusai menunaikan hajat, baru penulis sedar selipar kanan yang penulis sarung di kaki kiri itu selipar tkt2. Maknanya selipar tu sepatutnya berada di tandas tingkat 2. Kan sudah terbukti selipar kita pandai berjalan. Alahai murid kita...

Baru dua kes, nak lihat lagi satu kes? Semasa menunggu masuk waktu peperiksaan percubaan Sejarah, penulis memilih pondok depan kelas tingkatan 3 untuk membuat sedikit revisi. Cukup sekadar membelek beberapa muka surat rasanya sudah cukup untuk menghuraikan kebimbangan terhadap kertas Sejarah. Sekilas pandangan kearah tandas kita, penulis terkedu melihat beberapa individu menggunakan tandas sebagai laluan daripada belakang sekolah, (bahagian bilik persediaan makmal) untuk ke kelas. Nak guna tidak mengapa. Tetapi kenapa sampai menggunakan kasut tatkala hendak melaluinya. Kan bagus jika mereka menggunakan selipar yang dah disediakan. Kalau dah malas sangat, guna sahaja laluan lain sudah cukup untuk mengurangkan dosa kita. Daripada menyusahkan makcik nak menyental lantai dan dinding tandas, lebih baik kita gunakan laluan lain. Nak menegur tidak berkesempatan. Maklumlah, nak masuk periksa...

Jelas realiti tandas kita? Untuk pengetahuan kalian, penulis dah penat sebenarnya menyentuh isu ini. Tetapi atas kesedaran dan tanggungjawab menegur, kenelah lakukan. Nampaknya hanya ini sahaja yang penulis mampu lakukan. Sekadar menulis rasanya penulis sudah lakukan yang terbaik. Daripada kita membebel tak tentu arah, lebih baik kita lakukan sesuatu yang menyedarkan semua pihak. Dan kepada kalian yang sedang membaca, adakah kalian sudah lakukan sesuatu? Fikir lah ya...

Biasalah.... Murid kita dah lali disengat,

3 comments:

-Amin HaR- said...

Assalam..
fuhhhh...dashyat juga isu tandas ini..
Rse nya..
kenapa sgt mereka tidak guna selipar yg disediakan..sbb mereka kata "Saya nk cepat laa"..
lagi 1..."leceh la nk tuka2 selipar nih..~!!"
lagi 1..."Saya bukan hendak kotorkan pn tandas ini!!.."

A lady said...

Salam alaika.
wah...tandas siri 3 dah keluar...
bagus2.teruskan usaha untuk mengurangkan masalah2 tandas bnn ni ye...ana terperasan jugak ada sepasang selipar bersepah kat tangga...
selipar dah maju...~seLipaR beRkaKi

A lady said...

no responden? hmm.;.;...sek ren pn seliparnya bertulis "smiaa tngkt3" hohoo.;.;..mmg dahsyat.perasan pn sejak iktikaf baru2 ni. malu btol. dr tingkat 3, berjalan ke sek ren.
selipar : "aku lebih menghargai org yang nak gunakan aku drpd mereka yg membiarkan aku di tepi-tepi tong smpah.bersepah bawah pondok.waduh2.;.;.."