.


its me...

Sunday, September 7, 2008

Tandas kita siri 2: kembali menyengat!



gambar sekadar hiasan

Sengaja melepaskan tekanan peperiksaan percubaan SPM 2008, penulis kembali menyentuh papan kekunci komputer riba untuk mencoret beberapa yang agak menarik untuk dibincangkan. Dengan pendekatan yang berbeza, penulis mengharapkan agar mampu membuat beberapa perubahaan terhadap isu-isu yang lepas. Topik kali ini penulis rasakan agak menyeluruh dan tidak menyerang mana-mana organisasi memandangkan penulis berpendirian bahawa topik ini perlu diambil berat oleh semua pihak. Penulis juga telah terjumpa beberapa 'bloggers' yang turut memuatkan topik yang sama dalam blog mereka. Lihat sahaja blog theriderinblack.blogspot.com sudah mampu menggambarkan keseriusan isu ini.

Semasa hendak menunaikan solat Jumaat di satu tempat, penulis sengaja singgah di sebuah tandas bagi menunaikan qada' hajat dan beberapa perkara yang tidak perlu dinyatakan di sini. Buka sahaja pintu tandas yang pertama, sehelai stoking yang berlumpur dan kotor sedia menanti. Hilang selera nak melepas, penulis buka pula pintu yang kedua. Kali ni sepasang stoking pula menjadi penyambut tetamu! Kondisinya tetap sama, berlumpur, basah dan kotor. Hanya mampu memandang sebelah mata, penulis terus membuka pintu tandas yang ketiga... Astaghfirullah! yang "dalam" tu pun ditinggalkan begitu sahaja? Pelik-pelik. Kalau yang tu pun ditinggalkan, agaknya balik pakai apa? Fikir-fikirlah ya!

Itu baru isu barang-barang yang tertinggal atau sengaja ditinggalkan. Belum lagi kita teliti isu vandalisme yang berlaku di tandas kita. Dengan pintu yang rosak di sini dan di sana, serta paip yang hilang daripada pili serta pam tandas yang tidak mungkin berfungsi, penulis semakin pelik dengan keadaan tandas kita hari ini. Agaknya apa yang dibuat dalam tandas sehingga boleh rosak sebegitu rupa? Bukankah tandas digunakan untuk melepaskan apa yang patut, tapi kenapa sampai ada sesetengah tandas yang teruk kelihatannya apabila botol pun beleh disumbatkan dalam mangkuk tandas. Pelik benar manusia zaman kini. Jika nak disentuh mengenai tandas yang tak dipam, rasanya semuanya sudah arif tentang isu ini. Geli dan meloyakan.

Kadang-kadang, manusia memang sukar ditafsir. Lihat sahaja beberapa tandas yang diconteng dari atas hinggalah ke bawah. Yang berkarya, bersajak pun ada. Itu belum lagi kita intai tandas-tandas yang penuh dengan mesej-mesej yang menawarkan beberapa perkhidmatan yang menjijikkan. Bermula dengan mesej tentang urut, ubat kuat, tukar tiub tayar hinggakan ada yang tidak segan silu memaparkan nombor telefon yang ingin berkenalan dan beberapa perkhidmatan "istimewa" untuk dilanggan. Alahai manusia, murahnya identiti kalian... Lebih membarah kelihtannya apabila ada individu yang sanggup melukis gambar-gambar yang tidak senonoh yang jelas menunjukkan hilangnya intristik sesuatu tamadun yang penat dibina tokoh-tokoh lampau. Ubahlah jika kamu yang melakukannya. Siapa makan cili dia yang terasa pedas. Kalau tak makan, taklah pedas, tapi kalau dah makan tapi tak rasa pedas juga tak tahulah

Alahai tandas kita.....

4 comments:

Unknown said...

kalo nk sng x paya pki toilet da.korek lubang je mcm zaman dulu.ok whaat.baru rase nikmat ade toilet

A lady said...

~~pedas!makan sambal iftar tadi..! :]
komponen AZALINA jarang lagi ke teratak usang. Kami dah tak merayap. Sebab kerengga dah datang.
Ingatkn gambar tu dalam toilet banin. Terkejut je.Nasib baik tandas kita tak koma lagi.Nnt terpaksalah berundur ke penghujung kurun ke-15(mcm zaman dulu).

Mohd Fahrulradzi said...

perh,., power gler kamu hasif,., tahniah2,., patut buat edisi siasat versi hasif,., huhuhu,.,

-Amin HaR- said...

Walamak ai..
Hasif dilema Tandas ke..
selipar tandar...~lukisan tandas...~
fuh..

Org x terpike pn nk wat tajok blog cenggituh..
ni lah contoh betape prihatinnye abg F5 kite kepada sekolah...phew~
tahniah..