Tuesday, September 30, 2008
Just fo you!!!
Ana mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA & MAAF ZAHIR BATIN!!!! kepada mana2 individu yang mengenali diriku... Kepada rakan2, guru2, kaum kerabatku hatta makcik kantin dan kak jaga di Al-Amin... Maafkan daku dan halalkan makan minumku (terutamanya makcik kantin sbb die yg slalu masak)
Sunday, September 28, 2008
Cinta tak berdebu
Cinta tak berdebu,
Warnanya merah selalu,
Sentuhannya selembut baldu,
Tumbuhnya mekar tidakkan layu...
Cinta tak berdebu,
Cinta suci tanpa diganggu,
Didahulukan pada-Nya yang satu,
Barulah Rasul, kemudiannya ibu...
Cinta tak berdebu,
Masanya menikam kesumat rindu,
Jika Iman pengalas kalbu,
Cintanya segar, imannya tepu...
Cinta tak berdebu,
Satu imtihan untuk seribu impian,
Setangkai penderitaan untuk sejambak kebahagiaan,
Sebekas lentera untuk setempayan kegelapan,
Seuntai akad untuk serangkai kesucian...
Cinta tak berdebu,
Seribu buku takkan mampu menterjemah hikayat di kalbu,
Takkan mampu menghurai rangkaian aksara sekhalis salju,
Kerana cunta ini,
Cinta tak berdebu...
Jumaat, 26 september2008
2.46 petang, Surau Kompleks Al-Amin Gombak
(Mase tunggu kawan untuk iktikaf)
Warnanya merah selalu,
Sentuhannya selembut baldu,
Tumbuhnya mekar tidakkan layu...
Cinta tak berdebu,
Cinta suci tanpa diganggu,
Didahulukan pada-Nya yang satu,
Barulah Rasul, kemudiannya ibu...
Cinta tak berdebu,
Masanya menikam kesumat rindu,
Jika Iman pengalas kalbu,
Cintanya segar, imannya tepu...
Cinta tak berdebu,
Satu imtihan untuk seribu impian,
Setangkai penderitaan untuk sejambak kebahagiaan,
Sebekas lentera untuk setempayan kegelapan,
Seuntai akad untuk serangkai kesucian...
Cinta tak berdebu,
Seribu buku takkan mampu menterjemah hikayat di kalbu,
Takkan mampu menghurai rangkaian aksara sekhalis salju,
Kerana cunta ini,
Cinta tak berdebu...
Jumaat, 26 september2008
2.46 petang, Surau Kompleks Al-Amin Gombak
(Mase tunggu kawan untuk iktikaf)
Saturday, September 13, 2008
Tandas kita siri 3: Dah lali disengat
Merenung kembali beberapa siri tandas kita yang lepas, penulis gemar melihat beberapa respon masyarakat hari ini. Ada yang menyokong, ada yang geleng kepala, tidak kurang pula yang hanya membaca. Namun, siri kali ini sedikit berbeza intipatinya. Untuk pengetahuan kalian, siri kali merupakan kesinambungan isu tandas yang lepas. Jika kalian terlupa, ingat sahaja Isu selipar yang hangat komennya suatu masa dahulu. Pasti ingat bukan? Maka, mari kita kembali mengintai perkembangan isu ini.
Selepas beberapa minggu peraturan pemakaian selipar di dalam tandas sekolah, sudah ada makluman di hadapan pintu tandas mengenai denda sebanyak RM 1 terhadap mana-mana individu yang didapati tidak memakai selipar yang disediakan. Tahniah penulis ucapkan kepada individu yang memikirkan cara untuk mendenda murid-murid kita yang degil. Namun jika diteliti dengan lebih lanjut, siapakah yang akan memastikan murid kita mengikuti peraturan ini? Dan siapakah yang memastikan bahawa murid kita akan membayar denda tersebut jika mereka melanggar peraturan? Pengawas? Guru mingguan? Kakak jaga? ataupun makcik sapu?
Itu baru satu kes yang penulis pertikaikan. Jika didalami lagi isu ini, apa kata kita berfikir sejenak tentang selipar yang diletakkan di hadapan tandas sekolah kita. Nampak? Pernah bilang tak ada berapa pasang? Buat yang tak pernah bilang, cukup untuk penulis memberitahu bahawa setiap bilik air di bangunan pejabat sekolah ada 4 pasang. Itu kiraan dahulu. Cuba lihat sekarang. Ada berapa? sepasang? dua? ataupun tiada?
Pernah sekali penulis ingin menunaikan hajat di tandas bangunan pejabat, tetapi dalam keadaan yang "tidak tahan" itulah penulis terpaksa mencari selipar di setiap pelusuk luar tandas sebelum masuk ke dalam. Penulis mengharapkan sepasang pun mencukupi untuk dijadikan alas. Namun, penulis hanya menemui 2 'keping' selipar bahagian kanan sahaja. Kenapa tak cukup sepasang? Yang lain di mana? Baru beberapa minggu dah hilang semua? Pelik-pelik... Suka betul selipar tandas kita berjalan ya? Bak kata pepatah jauh perjalanan luas pengalaman... Tapi selipar tandas pun perlukan pengalaman? Musykil,musykil... Agaknya selipar tandas kita ke mana? Mungkin ini bukan isu serius bagi sesetengah pihak namun apabila difikirkan kembali, siapa yang gatal kaki bawa keluar selipar tandas kita dari bilik air? Nak tahu penulis jumpa satu lagi selipar dekat mana? Bawah pokok, belakang makmal sekolah... Percaya tak?
Satu kes yang pelik. Tetapi selipar bawah pokok tu ditulis tkt3. Maknanya selipar dekat tandas tingkat 3 kan? Kenapa ada di bawah? Seusai menunaikan hajat, baru penulis sedar selipar kanan yang penulis sarung di kaki kiri itu selipar tkt2. Maknanya selipar tu sepatutnya berada di tandas tingkat 2. Kan sudah terbukti selipar kita pandai berjalan. Alahai murid kita...
Baru dua kes, nak lihat lagi satu kes? Semasa menunggu masuk waktu peperiksaan percubaan Sejarah, penulis memilih pondok depan kelas tingkatan 3 untuk membuat sedikit revisi. Cukup sekadar membelek beberapa muka surat rasanya sudah cukup untuk menghuraikan kebimbangan terhadap kertas Sejarah. Sekilas pandangan kearah tandas kita, penulis terkedu melihat beberapa individu menggunakan tandas sebagai laluan daripada belakang sekolah, (bahagian bilik persediaan makmal) untuk ke kelas. Nak guna tidak mengapa. Tetapi kenapa sampai menggunakan kasut tatkala hendak melaluinya. Kan bagus jika mereka menggunakan selipar yang dah disediakan. Kalau dah malas sangat, guna sahaja laluan lain sudah cukup untuk mengurangkan dosa kita. Daripada menyusahkan makcik nak menyental lantai dan dinding tandas, lebih baik kita gunakan laluan lain. Nak menegur tidak berkesempatan. Maklumlah, nak masuk periksa...
Jelas realiti tandas kita? Untuk pengetahuan kalian, penulis dah penat sebenarnya menyentuh isu ini. Tetapi atas kesedaran dan tanggungjawab menegur, kenelah lakukan. Nampaknya hanya ini sahaja yang penulis mampu lakukan. Sekadar menulis rasanya penulis sudah lakukan yang terbaik. Daripada kita membebel tak tentu arah, lebih baik kita lakukan sesuatu yang menyedarkan semua pihak. Dan kepada kalian yang sedang membaca, adakah kalian sudah lakukan sesuatu? Fikir lah ya...
Biasalah.... Murid kita dah lali disengat,
Sunday, September 7, 2008
Tandas kita siri 2: kembali menyengat!
Semasa hendak menunaikan solat Jumaat di satu tempat, penulis sengaja singgah di sebuah tandas bagi menunaikan qada' hajat dan beberapa perkara yang tidak perlu dinyatakan di sini. Buka sahaja pintu tandas yang pertama, sehelai stoking yang berlumpur dan kotor sedia menanti. Hilang selera nak melepas, penulis buka pula pintu yang kedua. Kali ni sepasang stoking pula menjadi penyambut tetamu! Kondisinya tetap sama, berlumpur, basah dan kotor. Hanya mampu memandang sebelah mata, penulis terus membuka pintu tandas yang ketiga... Astaghfirullah! yang "dalam" tu pun ditinggalkan begitu sahaja? Pelik-pelik. Kalau yang tu pun ditinggalkan, agaknya balik pakai apa? Fikir-fikirlah ya!
Itu baru isu barang-barang yang tertinggal atau sengaja ditinggalkan. Belum lagi kita teliti isu vandalisme yang berlaku di tandas kita. Dengan pintu yang rosak di sini dan di sana, serta paip yang hilang daripada pili serta pam tandas yang tidak mungkin berfungsi, penulis semakin pelik dengan keadaan tandas kita hari ini. Agaknya apa yang dibuat dalam tandas sehingga boleh rosak sebegitu rupa? Bukankah tandas digunakan untuk melepaskan apa yang patut, tapi kenapa sampai ada sesetengah tandas yang teruk kelihatannya apabila botol pun beleh disumbatkan dalam mangkuk tandas. Pelik benar manusia zaman kini. Jika nak disentuh mengenai tandas yang tak dipam, rasanya semuanya sudah arif tentang isu ini. Geli dan meloyakan.
Kadang-kadang, manusia memang sukar ditafsir. Lihat sahaja beberapa tandas yang diconteng dari atas hinggalah ke bawah. Yang berkarya, bersajak pun ada. Itu belum lagi kita intai tandas-tandas yang penuh dengan mesej-mesej yang menawarkan beberapa perkhidmatan yang menjijikkan. Bermula dengan mesej tentang urut, ubat kuat, tukar tiub tayar hinggakan ada yang tidak segan silu memaparkan nombor telefon yang ingin berkenalan dan beberapa perkhidmatan "istimewa" untuk dilanggan. Alahai manusia, murahnya identiti kalian... Lebih membarah kelihtannya apabila ada individu yang sanggup melukis gambar-gambar yang tidak senonoh yang jelas menunjukkan hilangnya intristik sesuatu tamadun yang penat dibina tokoh-tokoh lampau. Ubahlah jika kamu yang melakukannya. Siapa makan cili dia yang terasa pedas. Kalau tak makan, taklah pedas, tapi kalau dah makan tapi tak rasa pedas juga tak tahulah
Alahai tandas kita.....
Subscribe to:
Posts (Atom)