.


its me...

Sunday, February 27, 2011

VOTE FOR OUR SCRAP BOOK!


hari jumaat lepas group kitorang hantar assignment Intro to Psychology.. puas giler buat~ time last touch up paling best.. kitorag (aku, shazzey, faisal & tengku) stay up giler2 dari kol 12,30 tgh malam sampai 8.30pg kat bilek faisal (hazim takde time tuh)... meriah giler wat scrap book... best2!!!

tnks a lot to faisal sbb design n arrange kan layout for every single page.... terbaek ah bro!! ^_^

so ak tak mo cakap panjang~ korang nilai ah sendiri.. insyallah 11Mac nie Department of Psychology nak buat PORTFOLIO DAY!!!! so datang la ramai2 kat HS Square tgk portfolio kitorang!!!

p/s: ini baru sebahagian muka surat scrapbook kitorang~ ak just tunjuk ak punyer bahagian... nnti next issue ak tunjuk sume muke surat k... ni ala ala teaser la kirenyerrrr.... hahah

chow dulu!!!
muke penat giler~ tengah pagi...


first page bahagian ak~ psychological disoder








NANTI KORANG VOTE SCRAPBOOK GROUP KITORANG TAW TIME PORTFOLIO DAY!!!


Saturday, January 1, 2011

Glamorama 1: KREATIF mcm aku... Kau Hadoo??

HOLA GUYS!!!!

huhu~ rasenye dah lame tak mencoret2 dlam blog nie... kirenye kalau ade yg tercoret di sini pastinya lebih meletop dari biasa... klu biase2 maleh ak nk update... haha... oke... ak dah makin merepek...

oke... memandangkan kita dah masuk tahun baharu... so semangat pon kene baharu kannnn.... tambah plak dah masuk sem 2.... alhamdulillah result sem satu melayakkan asip untuk major Mass Communication... insyallah akan specialize dalam Public Relation PR.... ^_^ perhubungan awam la kirenyerrr.... uruskan dato'2, CEO2... VIP2.. menteri2.... buat press conference (I LOIKEEEE MY FUTURE JOB)... kire kalau VIP ke... menteri2 bg ucapan tuh bukan derang yang buat... PR derang yg buat script ucapan.. uruskan presentation.. slide show... uruskan Press Conference.... dan juga menghubungkan antara syarikat dgn syarikat yg laen.... so credit to PR2 di dunia kerana anda yg menyebabkan bos anda naik pangkat.. lol...

btw, sem 2 nie dah keen start amek STATISTIC MASS COMMUNICATION.... ayooo!!!! biol2 asip kene korek buku add math SPM nk usha2 jalan kire... n buat beberape latihan matematik (yg mmg ak tak berkenan nk buat dulu) tnks to Wani (adik asip) sbb dye dah abes SPM.... so asip pinjam ah buku dye... lol... haha...

memandangkan sem nie makin berat subject.... makin bnyk nota kene buat.... makin banyak buku kene bace.. makin banyak slide kene print.. makin banyak term paper kene buat... so makin lame makin stress... maka... BAGAIMANA NAK HILANGKAN STRESS TIME BELAJAR??? haaaa!!!! kite kene jadik KREATIF!!!! baru rase seronok nak belajar.... baru rase seronok nk tgk nota.... dan sebagainya.... (makin banyak plak ak membebel ni)

ini hasilnya bile asip dah terlebih kretif~ hahhaha (perasan lol)... hanya untuk berkongsi... INI CARA SAYE..... CARA ANDA BAGAIMANA???? ^_^

JADUAL KELAS~ haaa!!!! meletop tak!!! jenuh oke nk potong, nk gunting kecik2 ni n tampal sekeping2... hanya org2 yg leceh2 mcm ak nie jek rajin benor nk mengadap mende2 nie.... haha
meriah LOL


LAPTOP~ dihias indah okeyhh!!!!
memandangkan asip belajar di Universiti Taman Ilmu & Budi....
haruslah laptopku dihias dengan taman bagai!!!! sticker2 gitewwww
chanteqqqq khenzzzz!!!! ^_^
PENCIL BOX BULU LEMBU~ pencil box kulit lembu tu pun harus menumpang glamor!!!
besar oke pencil box I.... kau adooo????


BUKU NOTA AK~ (baru siap 2) lagi 2 akan menyusul
meriahhh oke... memandangkan asip agak demam KPop baru2 nie..
so nota Statistic haruslah dihias gambar Choi Siwon !!!!(Super Junior)
& nota Bahasa Melayu Lanjutan dihias gambar Chansung!!! (2PM)
just wait for my intro to fiqh n sociology note book!!! ^_^
siap balut oke!!!!



Tuesday, November 23, 2010

JOM MANFAATKAN CUTI BERSAMA!!!


KEM TAHFIZ AL-QURAN 2010!!!!


TARIKH: 5 DISEMBER sehingga 19 DISEMBER 20101
TEMPAT: Masjid Sultan Haji Ahmad Shah UIAM Gombak...
SURAH HAFALAN: Juzu' Amma
Umur: 10-13 tahun.....
YURAN: RM350 SAHAJA!!!!
KERJASAMA: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia & SHAHS Mosque

TERHAD 40 LELAKI & 40 PEREMPUAN SAHAJA!!!
SIJIL PENYERTAAN DISEDIAKAN
MAKANAN & TEMPAT TINGGAL DI SEDIAKAN!!!

Hubungi: Mahfudz Al-Hafiz 013- 2312117
Muhd Hasif Azizan 013-2172757

*bayaran kepada
UIAM Operating Account
14070000004716
Bank Muamalat Malaysia Berhad

Tuesday, June 22, 2010

HOW TO WEAR CARDIGAN 4 MEN


(1) Become acquainted with the many type of fits and cuts of cardigans out there. Cardigans can be single or double breasted, and they can also be fitted or loose. Cardigans can button all the way up, or they can button halfway creating a v-neckline. Other details, such as shawl collars, contrasting trims, and pockets are important to note too depending on one’s design aesthetics.

(2)
There are several ways to wear a cardigan in the workplace, in place of a normal sweater or a vest for instance. If you want to layer it underneath a blazer, make sure that the material is thin enough so it’s not too bulky. Safe colors to wear in the office are usually dark or muted color tones, nothing too bright or ostentatious.

(3)
When going out at night, you can wear a cardigan in lieu of a sweater or jacket. In this situation you can explore more with designs, colors, and pattern and steer away from the conservative structures that you would opt for in the office. Textured cardigans and shawl collar cardigans are big trends right now for menswear this fall/winter. Pairing these with a collared shirt and tie would look just as great as wearing them with a plain shirt.


(4)
To wear a cardigan casually, you can just throw it on over a plain t-shirt and allow it to drape over your body. You can even wear it partly buttoned up.


TIPS/ WARNING!!!

-Traditionally, the bottom button of the cardigan should not be buttoned up. But feel free to explore with whatever style aesthetic suits you!
-Cardigans are knitwear, as opposed to most jackets and outwear. Because of this, fold your cardigans and sweaters instead of hanging them to prevent the fabric from stretching.

import from this web: www.tvlesson.com

Sunday, May 30, 2010

JOM JADI MAT JENIN!!!



"hey kamu!!! jangan asyik nak berangan je... kamu ingat dengan berangan tuh kamu boleh kaya ka? jangan haraplah... nanti jadi macam Mat Jenin baru kamu tahu!!! berangan je kerja!! lepastu MATI!"~
Ya!! berangan pun boleh jadi kaya, boleh berjaya, ada masalah ka??? itu respon saya~ Dialog diatas seringkali digunakan oleh kebanyakan orang-orang tua kita untuk menghalang kebanyakaan anak-anak muda khususnya perempuan yang mudah dikenali sebagai kaum kuat berangan untuk terus melakukan aktiviti yang boleh dikira sebagai hobi lazim mereka (kaum lelaki pun ada juga)... Kata mereka (orang-orang tua), berangan tidak membawa kemana-mana... Malah perilaku ini akan melambatkan kerja seharian anak-anak muda baik lelaki mahupun perempuan. Ya saya setuju jika mereka yang berangan ini menjalankan aktiviti sebegini pada masa yang salah~ kalau 24 jam nak berangan abang akak oiii~ parah laaaa....
DEFINISI
Berangan kita boleh definisikan sebagai ber angan-angan, atau proses mencipta angan, ataupun mencipta imaginasi... Salahkah jika kita dikatakan berangan?? mungkin jika penulis menggunakan mencipta imaginasi/ merancang masa hadapan mungkin lebih molek bunyinya... (sama seperti penggunaan frasa RIBA, yang di salutkan dengan frasa lain yang indah-indah seperti hadiah, bunga, dan sebagainya).. jadi salahkah jika merancang masa hadapan agar lebih teratur, sistematik dan terancang. Kata orang, "kita hanya merancang, Allah yang menentukan".. namun, jangan lah berangan di waktu yang salah~ berangan semasa kerja dan belajar contohnya mampu mengganggu kerja yang kita sedang lakukan sekarang. Berangan seperti itu yang selalunya ditegah oleh kebanyakan ibu bapa kita. BERANGAN TIDAK BERTEMPAT.... maka tidak salah jika kita berangan pada waktu yang betul...
KESIAN MAT JENIN
Selain itu berangan sering dikaitkan dengan cerita sastera lama MAT JENIN yang dikatakan sebagai seorang yang kuat berangan sehingga memakan dirinya sendiri. Katanya, Mat Jenin mati sebab buah kelapa jatuh menghimpap kepalanya semasa sedang berangan... Maka dengan itu, orang-orang dahulu kala membuat spekulasi mudah... Jika berangan, tidak akan kemana, malah akan MATI SIA-SIA!!!~ astaghfirullahalazim~ hidup mati semuanya di tangan tuhan... Cuma dalam kes Mat Jenin, die meninggal sebelum sempat menunaikan apa yang di angankan/ apa yang dirancangkan.... maka janganlah disalahkan berangan, dan jangan dijadikan kematian Mat Jenin sebagai hujah bodoh bagi menghukum mudah mereka-mereka yang kuat berangan!!!

PERSPEKTIF SAYA BERBEZA

Sebagai mahasiswa yang mempelajari sedikit sebanyak ilmu Psikologi, penulis memandang istilah berangan pada perspektif yang berbeza. Lain daripada manusia biasa (bosan menjadi manusia biasa), penulis menganggap aktiviti berangan merupakan satu cara mencipta imaginasi dan merancang perjalanan hidup. Yang pasti kita mesti berusaha untuk mendapatkan apa yang kita angankan, dan bukan duduk diam sahaja!!! Jika kita berangan untuk menggunakan handphone Blackberry yang berharga RM1,800.00 tetapi tiada usaha untuk mencari wang bagi mendapatkannya, itu cara yang salah!!!! Maka berangan anda hanyalah SIA-SIA!!! Sperti yang penulis tintakan sebentar tadi, berangan merupakan proses perancangan hidup dan Allah akan memberi apa yang kita angankan jika kita BERUSAHA~

Berangan juga mampu membuka imaginasi seseorang agar melangkau lebih jauh kehadapan. Bagi para penulis, novelis, atau cerpenis, berangan merupakan satu cara yang terbaik untuk memperoleh idea. Dengan berangan kita mampu memikirkan imaginasi yang melampaui batas kemanusiaan. Malah, berangan itu meruapakn satu AKTIVITI UNIK kerana hanya kita mampu berangan tentang kita dan tiada siapa mampu berangan untuk kita. Kadar tinggi rendah imaginasi juga berbeza mengikut kekerapan kita berangan kerana penulis percaya berangan merupakan satu aktiviti berfikir bagi memastikan otak kita sentiasa berjalan dan tidak lembab. Malah, orang-orang yang berangan juga dikatakan senantiasa ceria kerana selalu memikirkan hal-hal yang ceria dan indah-indah berbanding orang yang memikirkan masalah dunia.

JADI, jangan takut untuk berangan!!!! Berangan mampu melakar masa hadapan... Ada orang mengatakan lebih baik membaca buku/novel/cerita daripada berangan... Pembaca sekalian, orang yang menulis juga berangan untuk mendapat idea bagi mencipta jalan cerita bagi novel-novel mereka. Anda sebenarnya membaca angan-angan penulis novel itu sendiri!!! KENAPA ANDA MEMBACA ANGAN-ANGAN ORANG JIKA ANDA BOLEH BERANGAN SENDIRI!!! Oleh itu, gunakan kretiviti anda untuk berangan dan mulakan menulis!!! (^_^)


HANYA ANDA MAMPU MELUKIS MASA HADAPAN ANDA SENDIRI!!! BERANGAN SAMBIL PEGANG PENA/ BERUS LUKISAN DAN MULAKAN KARYA KEHIDUPAN ANDA SEKARANG!!!!


INGAT!!!! berangan tanpa usaha TIADA GUNA!!!


INI BERDASARKAN SUDUT PANDANGAN SAYA... PENDAPAT ANDA PULA BAGAIMANA??

Thursday, May 27, 2010

Tazkiatunnafs~ BELAJAR DARI KANAK-KANAK


Kisah benar ini berlaku kepada diri penulis sendiri, yang rasanya boleh dijadikan iktibar buat kita semua. Kadangkala, kita sebagai manusia sering terlupa dan melakukan kesilapan. Namun, berdasarkan perspektif penulis, membicarakan bahawa "manusia tidak lari dari kesilapan" ataupun, kata-kata seperti "biaselah, kitakan manusia" serta ayat2 klise yang pelbagai merupakan satu 'eskapisme' bagi melarikan diri daripada mencapai kesempurnaan~

Ya, memang tidak dinafikan bahawa semua manusia tidak sempurna. Namun kita sekurang2nya harus berusaha untuk mencapai kesempurnaan kerana itu yang terbaik. Jadi sama-samalah kita hayati kisah benar yang di alami penulis agar yang baik dapat dijadikan iktibar buat kita semua...

Ketika azan zohor kedengaran, penulis bergegas ke surau berdekatan rumah bagi menunaikan kewajipan yang sepatutnya dilakukan oleh seluruh umat Islam yang wujud di muka bumi Allah ini. Sampai sahaja di surau, terus ke tempat whudu' bagi menyucikan diri sebelum melangkah masuk ke teratak agam Allah Subhanahu wata'ala. Kelihatan 2 orang kanak-kanak lelaki sedang berlari2 anak ke tandas bersebelahan tempat whudu'... tealatah mereka mencuit hati penulis seketika.

"Awak, awak nak kencing tak? kita nak kencing lah.... tak tahan" kanak2 lingkungan 6 tahun bertanya sambil tangannya terkepit-kepit di celah kangkang dan berdiri terkinja-kinja menahan kencing.

"Awak nak kencing, kencinglah. Kita tak nak lagi..." rakannya enggan mengikuti budak tersebut dan hanya di biarkan d hadapan tandas surau.

"Alah, kita kencinglah jom... tadi kan awak pon dah banyak minum air, cepatlah kencing sekali..."

"Tak nak lah, awak kencing jelah..." rakannya masih menggeleng kepala.

"Jomlah kencing.... kita tak tahan nie.. kita kencing sama-sama ea... jangalah malu..." pelbagai cara cuba dilakukan untuk memaksa kawannya. Rakannya masih menggeleng..

"Kalau macam tuh, kita jelah kencing... awak tunggu sini taw" budak tersebut berjalan tergedik-gedik menahan kencing terus ke bilik air.

"eh awak!! ade doa lah kat atas tuh!!" terpacul dari mulut rakannya...

"doa?? alamak, macam mana nie, kalau tak baca doa tak boleh masuk ke???" mukanya berubah risau.

rakannya hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu...

"alaahhhh~ mane kita tahu bace doa.... macam mana nie???"


"abang.... abang boleh tolong bacakan doa tak???" budak kecik itu bertanya padaku. Aku yang baru menyinsing seluar terhenti seketika..

"hmmm~ boleh" aku hanya tersenyum.


"adik ikut abang baca taw.." kanak-kanak tersebut hanya mengangguk. Ku bacakan dia doa agar boleh diikutinya. Doa yang agak panjang bagi kanak-kanak itu, ku potong-potongkan bacaannya agar mudah dilafazkan.
"aminnn~ dah, boleh masuk..." aku kembali tersenyum melihat telatah mereka.

"Awak tunggu kita taw!!!" pesannya kepada rakan sebelum meluru masuk ke tandas...
Selepas kejadian tersebut, penulis termenung seketika. Kanak-kanak berumur 6 tahun enggan masuk ke dalam tandas kerana tidak tahu membaca doa. Bagaimana pula dengan kita?? Yang sudah reti baca, berfikir dan sudah dihitung dosa pahalanya??? Pernahkah kita terfikir seperti mana kanak-kanak tersebut berfikir???

Jadi, siapa yang mengajar siapa??? Penulis sendiri berasa agak malu ketika berlaku kejadian tersebut.
Teringat kisah 2 cucu Rasulullah mengajar orang tua mengambil whudu'...


Jika kejadian sebegini berlaku kepada anda, apa reaksi anda???


KOMEN JANGAN TAK KOMEN...

Wednesday, May 26, 2010

SAYA MENGIDAM FISH KING!!!!

salam~ sebenarnye penulis agak sebuk kebelakangan ini, maka agak kurang masa untuk mengupdate blog ini... tp kali nie ada post yang best!!!! ngeeee~ pasal makan.. hehehe... semalam, penulis ibu dan abah sempat pergi ke Pizza Hut Wangsa Maju untuk Lunch~ saja nak ubah selera, nak ubah angin... heheh.

nie gambar2 kami.... MENU SEMALAM:
• 2 Pasta Perfetto (Fettucine Creamy Carbonara & Spaghetti Prown Olio)
• 1 Regular ROYAL MASALA pizza
• 4 Soup-of-the-day
• 4 pcs Garlic Breadstix
• 1 pitcher of Pepsi

ENJOY!!!!
JOM PEGI PIZZA HUT WANGSA MAJU!!! BESAR & SELESA NAK MAKAN!!! yummy!!!
KLU MAKAN RAMAI2 LAGI BEST SBB BANYAK TEMPAT!!!!!
JOM LAH!!!!

PROMOTION NOW!!!! LETS GRAB!!!!

mmmm!!!! lazatnye!!! nak yang nie!!! nak yang nie!!! nak yang nie!!!!

Abah!!!!! Hasief nak nie!!!! NAK FISH KING!!! NAK FISH KING!!! NAK FISH KING!!!!!
tp abah nak ROYAL MASALA jugak.... :(


KIRI: Fettucine Creamy Carbonara, KANAN: Spaghetti Prown Olio
Spaghetti Prown Olio sedap owhhhh!!!!~ udang die... mmmmm!!!!! yummy!!!! (^_^)



ibu & abah makan!!!!!

~ROYAL MASALA~

Suke betol ibu makan Garlic Bread Stick cecah Mushroom Soup

KAMI 3 ORANG~ MAKAN UNTUK 4 HIDANGAN... erkkk~
LICIN!!!!!! HAHAHA

WALAUPUN DAH MELANTAK, tapi saya still nak FISH KING JUGAK!!!! HUHUHU... nasib baek abah belanja... next time, NAK MELANTAK FISH KING JUGAK!!!! , pakai duet sendiri plak lerrr... hikhikhik (^_^)