.


its me...

Showing posts with label love. Show all posts
Showing posts with label love. Show all posts

Thursday, May 7, 2009

cinta "free trial"

huhuhuhuu... dah lama rasenye penulis tak keluarkan artikel tulisan sendiri, selama ni asyik keluarkan artikel orang lain, tulis siket2 n gambar jer... ditambah dengan beberapa kesibukan yang melampau membuatkan penulis langsung tidak berkesempatan menelaah blog ini mahupun chatbox yang meninggalkan jejak rakan-rakan seperjuangan... oklah, renungkan topik ni, yg HS tu akan dimuat naik kemudian...

Pernah dengar cinta "free trial"???? rasanya memang anda tidak pernah dengar sebab frasa ini dicipta sendiri oleh penulis setelah sekian lama menelaah cinta monyet manusia yang tidak berkekalan... memandangkan kita berada dalam dunia serba moden dan canggih, elok kiranya kita mencipta frasa baru yang mengikut arus globalisasi... sekiranya kita membuat beberapa perbandingan, ada beberapa persamaan antara cinta "free trial" dengan trial/ cubaan yang kita dapat ketika membuat turun (download) apa sahaja perisian (software) daripada laman sesawang.

Manusia yang menelusuri laman sesawang kebiasaannya akan menggunakan free trial selama beberapa tempoh (samada 30 minit/ 1 jam/ 30 hari)... selesai menggunakan perisian tersebut, mereka perlu membayar untuk mendapatkan perisian secara menyeluruh dan lengkap. Kebanyakan trial yang diberikan tidak diberikan fungsinya secara 100% bagi memancing pengguna supaya membeli perisian tersebut.

Sebelum itu, mengapa penulis tidak mengistilahkan cinta sebegini sebagai cinta "sample"?? Cuba kita fahami bersama, analoginya begini... katakan saya jumpa "sample" minyak wangi di kedai, dan menggunakannya, jika selesa dengannya saya akan membelinya, tetapi jika tidak, saya akan tolak ketepi. Namun, saya sudah menggunakannya dan menikmati aromanya yang mengasyikkan serta memikat sepelusuk lubang hidung... Lain dengan free trial software yang diberikan, kita hanya diberi beberapa tempoh untuk mencuba, dan tidak dapat menikmatinya secara 100% disebabkan beberapa halangan-halangan serta sekatan yang dikenakan. Jika ingin menikmatinya, perlu beli dahulu baru kesemua fungsinya dapat digunakan...

Cuba kita adaptasi dalam dunia realiti, manusia sekarang akan menggunakan perisian cinta "free trial" untuk berjinak-jinak dengan cinta dan mula untuk mendekati dan menyelesakan diri (gambaran untuk berkenalan/ couple kot).. Sesetengah orang akan rasa selesa dan meneruskan langkah seterusnya dengan membeli seluruh perisian tersebut (gambarkan sebagai mas kahwin), maka hapuslah segala sekatan-sekatan yang dikenakan semasa menggunakan "free trial" (gambaran terhadap ikhtilat, aurat, halal dan haram perhubungan)... tapi mereka sudah berjaya, maka kita tolak ke tepi. Yang kita ingin bincangkan adalah bagi yang tidak berjaya dalam perisian cinta A dan kemudian terjumpa perisian cinta B yang kita lihat lebih elok darpiada A.... kita tinggalkan perisian cinta A begitu sahaja dan menggunakan trial yang lain.. samada trial perisian A tidak serasi dengan kita atau kita yang tidak serasi dengan perisian tersebut. Sesetengah manusia hanya merasa free trial selama sebulan dua atau beberapa tahun. dan kemudian perisian tersebut tidak membenarkan kita menggunakan atau membelinya mungkin atas alasan tidak cukup syarat sebagai pengguna, contohnya tak cukup umur.

Maka, apa yang kita dapat lihat di sini?? cinta "free trial" yang tak berjaya hanya akan membazirkan masa. Mungkin ada yang merasakan ianya tidak membazir kerana sekurang-kurangnya kita mencuba. Sungguhpun begitu, jika kita fikirkan dari awal, kan lebih elok jika kita cari beberapa info sebelum menggunakannya (buat research).. atau menggunakan "search engine" (enjin pencarian) untuk mencari yang betul- betul berkualiti dan berkenan di hati??? Tidak perlu untuk "free trial" (couple/ rapat-rapat) dalam kes ini!!! Cari info, lihat dari jauh, buat research, tanya orang yang berpengalaman dalam menggunakan perisian cinta (semestinya ibu bapa anda). Jika puas hati dan benar-benar faham, silakan.....

Sestengah orang juga akan rasa bersyukur atas kesempatan diberikan peluang untuk menggunakan "free trial" memandangkan tidak pernah menggunakannya. Dalam bahasa mudah, tak pernah merasa cinta... tapi perlu ke???

Kesimpulannya cukup mudah, isu ini subjektif dan banyak pandangan akan dilontarkan, penulis tidak katakan bahawa penulis betul, atau salah, sekadar pandangan. Sesuatu pandangan itu boleh diterima jika dialasi dengan rasional yang kukuh serta hujah yang terang dan dapat difahami.. Gelanggang perdebatan dibuka!!!!!

Thursday, April 2, 2009

Anda ingin BERCINTA??? .... (jom kongsi)


"Love is an action, not by a word"

anda ingin bercinta??? sesetengah manusia mudah untuk melafazkan cinta.... semurah ais-krim 50 sen??? dan rasa ingin menikmatinya sebelum ia cair??? atau sesedap coklat?? Sebenarnya, cinta yang dibina menggunakan cara yang betul, teliti dan sempurna serta melalui landasan yang betul tidak akan cair....

Penulis ada terbaca satu artikel yang menarik di halaqah.net (artikel ini telah dibaca sebanyak 408 kali oleh pelawat yang bertandang...) dan bercadang untuk berkongsi bersama..

kadangkala manusia sibuk bercinta, tetapi tak pernah bersedia untuk bercinta.....

maka, baca artikel ini supaya minda anda terbuka, juga untuk diri saya....

Baca, Faham, Renung, Amal!!!

Zaman remaja adalah zaman untuk mencari dan mengenal diri. Setelah akal semakin mampu untuk berfikir jauh. Sekurang-kurangnya sudah mengenal mana baik dan buruk, halal dan haram, najis dan yang suci, syurga dan neraka.

Umur sebegini, orang muda cenderung untuk hidup di dalam perkumpulan. Gemar juga untuk mencari penyelesaian di luar rumah dibandingkan dengan berbincang dengan ibu dan ayah. Dan ketika inilah jiwa sudah menyubur untuk mengenal apa itu cinta (berlainan jenis).

Mengapa bercinta?

Terkadang bercinta dengan sebab ikut-ikutan (kerana melihat kawan sedang 'bahagia'). Terkadang ia bercinta supaya 'pointer' selalu meningkat naik. Dan katanya agar ada teman yang dapat memberi nasihat. Alamat.. jika salah bercinta, bubur tidak akan kembali menjadi nasi..

Sebelum bercinta fikirkan perkara-perkara ini wahai orang muda :

1. Sudahkah anda bersedia untuk bercinta?

Adakah sudah bersedia menghadapi risiko di dalam percintaan? Adat orang mengatakan cinta itu bersatu, dan ada kalanya ia membutakan mata. Manakala yang tidak nampak jalannya habis hancur masa depan hidupnya.

Cinta tidak semestinya bersatu, ada kalanya ia terputus di tengah jalan. Dan ada kalanya ia berjaya sehingga ke jinjang pelamin. Risiko putus cinta selalu membuatkan manusia seolah-olah putus asa. Hilang hala tuju hidupnya. Entah berapa ramai yang sudah menamatkan nyawanya sendiri bila cinta nafsu lebih diharapkan dari cinta kepada Illahi.

2. Apa matlamat Anda bercinta?

* Mungkin untuk merosakkan anak gadis atau hati orang lain?
* Ikut-ikutan atau suka-suka sahaja?
* Untuk mencari pengganti pasangan yang telah pergi?
(tetapi sekiranya ia ingin kembali semula suatu hari nanti, anda dengan rela diri meninggalkan pasangan baru anda yang telah diberikan harapan?
* Sekadar cinta monyet yang tiada matlamat di masa hadapan?
* Untuk mendirikan rumah tangga yang membawa kasih sayang dan rahmat dari ALLah?

Orang yang mulanya bercinta - hatinya akan berbunga-bunga. Tidak ia sedar apa yang berlaku di sekelilingnya kerana disibukkan dengan apa yang dicintainya. Segalanya nampak cantik, molek, comel dan sempurna belaka. 'Pijak semut tidak mati'. Segalanya berjalan dengan penuh optimis dan positif. Lalu mungkin 'menipu diri sendiri' sudah menjadi pegangan agar hubungan berlangsung dengan menarik dan dapat dikekalkan.

Apabila perhubungan cinta anda mulai 'berkelap kelip' - mulalah anda akan berfikir semula akan buruk dan baiknya pasangan anda. Mungkin ketika ini anda akan berusaha mencari solusi. Sekiranya berjaya perhubungan anda akan berjalan seperti biasa. Dan sekiranya dalam bahaya, ia akan membawa kepada 'putus cinta'. Perkataan inilah yang menjadi penghancur jiwa, rasa kecewa, terhina, rendah diri, sakit hati, dendam, putus asa. Maka istilah-istilah cinta yang dahulunya berkisarkan fantasi, anda akan sedar ia bukanlah realiti.

Menjadi hipokrit satu perkara, iaitu masalah yang akan dibawa apabila hidup di dalam sebuah rumah di atas pernikahan yang sah. Segala-galanya yang 'cantik', 'molek' akan ditunjukkan juga sebagai satu hakikat yang perlu anda terima. Samada anda terima dengan terpaksa atau redha selamanya.

3. Mengapa Anda Bercinta?

* Kerana ALLah?
* Kerana cantik rupanya? Mancung hidung, kumisnya tebal? Badannya serupa model?
- yang pasti semuanya ini tidak kekal lama. Berapa ramai wanita yang menghidapi sakit barah kulit kerana taksubnya kepada yang dinamakan 'KECANTIKAN' ? Berapa ramai pula yang sanggup berhutang, mengorbankan identiti seorang Muslimah dan Muslim kerana tertarik dengan namanya KEMODENAN?
* Kerana duitnya? Harta yang bertimbun?
* Kerana empunya diri itu sendiri?
* Kerana Agamanya?
Ia akan di bawa di dunia dan akhirat. Tetapi ramai juga yang terjerumus di lembah hina. Kerana yang dibawa rupanya selama ini adalah nafsu tetapi disolek dengan nama Agama.

Anda akan dapat apa yang anda niatkan. Ingat perjalanan cinta sesama manusia amat jauh, dan mungkin juga dekat, ataupun ia satu perjalanan yang tidak pasti.

4. Apa Modal Untuk Bercinta?

* Adakah dengan modal air liur? Atau jari jemari menulis sms?

Sedarkah anda? apabila bercinta dan anda meletakkan sesuatu di dalam hati seseorang. Ini telah memberikan ia pengharapan baru dalam hidupnya. Dan ia akan berusaha untuk mencapainya. Jika cinta anda sekadar cinta monyet, cinta untuk merosakkan anak orang, ikut-ikutan dan hanya menjadikan orang lain sebagai batu galas - CINTA NAFSU. Eloklah lupakan sahaja. Anda hanya akan menjadikan diri anda sendiri bahan fitnah yang akan orang ingat sampai bila-bila.

Sedarkah anda? Mahligai perkahwinan itu memerlukan pengorbanan bukan sahaja dari segi jari jemari dan air liur. Tetapi lebih dari itu adalah modal ilmu untuk mendirikan sebuah keluarga yang beragama, cintakan ALLah dan rasul-Nya. Modal harta iaitu pekerjaan dari sumber rezeki yang halal untuk anda berikan kepada isteri, dan anak-anak. Modal hati dan perasaan untuk dikongsi, difahami, kesabaran dan sebagainya.

5. Berapa Lama Anda Ingin Bercinta?

* Seminggu?
* Sebulan?
* Tiga, empat tahun?
* Sehingga habis belajar?
* Cinta hingga ke akhirat?


Apabila anda bercinta, setiap pasangan pastinya ingin mengetahui sampai bilakah mereka akan bercinta? Dan apabila perhubungan itu diketahui oleh sang ibu dan ayah, tentunya mereka akan bertanya bila pula tarikh merisik, pertunangan dan perkahwinan pula akan dijalankan? Dan tentunya kaum kerabat pula akan tertanya-tanya, dengan siapa anda berkawan. Mungkin ada yang sudah diusung ke hulu dan hilir - orang kampung pun sudah mulai berbisikan. Walaupun anda sangkakan di bandar orang bersikap tidak ambil peduli. Tetapi malaikat di kiri dan kanan tetap juga menulis catatan..

6. Kos Cinta

* Duit yang anda habiskan semata-mata untuk sidia - telefon (sms, mms, chat etc), bil elektrik, bil internet,
* Masa yang anda korbankan untuk sidia
* Hati dan perasaan


Sikap Matang Dalam Mencari Cinta

Wahai pemuda dan pemudi, menyebut perkataan cinta sesama manusia itu mudah, tetapi untuk melaksanakannya amatlah payah. Bercinta bukan menjadi tiket yang menghalalkan anda menyerahkan jasad kehormatan anda. Bukan juga bermakna anda sudah menjadi juara dan normal sebagaimana insan lain yang bercinta (sudah fahamkah erti cinta yang sebenarnya?). Anda rosak kerana cinta? - ia adalah kesalahan anda sendiri di dalam menterjemahkan cinta yang suci dan abadi. Semaklah semula adatnya bagaimana RasuluLlah menyalurkan perasaan cinta.

Jika berbaloi dengan bercinta - anda dapat merasai hidup bahagia serta mendapat keredhaan ALlah kerana matlamat anda jelas, anda sedia redha dengan kemungkinan yang berlaku serta tidak menyalahkan taqdir, perjalanan cinta tidak melanggar batas syarak. Maka silalah untuk bercinta.

Fikirkan.. Dalam masa bercinta, bagaimana hubungan kita dengan ALlah dan manusia serta makhluk yang lain? Semakin baik ataupun semakin jauh dan terus menjurang. Adakah ia menjadikan kita hamba ALlah yang bertaqwa ataupun hamba ALlah yang derhaka?

Sumber (klik untuk lawat) :
http://jarumemas.blogspot.com/ atau halaqah.net

Sunday, March 8, 2009

Pengapit Tangkap Muat!!!

suasana di masjid Badlishah Jalan Parit 6 Simpang Lima menjadi kecoh seketika... (kawasan rumah pengantin lelaki)

"cepatlah, dah lambat dah ni!!!" suara abah mula membingit...

"ye..ye.. jup" Hasif mula bersuara

"make up tu cepatlah sikit..." suara abah kembali meleret, masih bengang dengan make up yang datang lambat... sesat kot...

"ok, siap" abg firdaus bingkas keluar dari masjid. kak long masih membetulkan selendang dan tiaranya... syakilah yang me"make up" kak long mula mengemaskan make up boxnye..

abang firdaus mula mengeluarkan payung dan kipas pengantin dari keretanya, lantas diserahkan kepada kak Nadia (sepupuku)... kak Nadia, menyerahkan satu kepada ku..

"eh.." nape ni?? hasif kebingungan...

"bukan hasif pengapit abng firdaus ke" kak Nadia yang menjadi pengapit kak long mula bertanya..

"bukan ke abng Jabar jad pengapit? masa belah kita kan abng Jabar (adik abng firdaus) jadi pengapit die... jup eh Hasif tanye abng firdaus"....

"abng, sape yang jadi pengapit abng??" Hasif terus menyerang dengan soalannya..

"Hasiflah, sape lagi?" abng firdaus menjawab selamba...

"huh?!!" hasif mula bingung... masa di rumah tak pernah sebut pun... dah sampai sini baru nak kata?? dah la orang pakai kemeja je... ade ke pengapit pakai kemeja??? lantaklah....

kereta terus dipacu laju oleh abah ke jalan parit 6 1/2, hasif masih berdebar, kepalanya bingung... ade ke pengapit pakai kemeja?? pengapit moden kot....

keluar sahaja dari kereta, hasif terus berjumpa kak Nadia... "kak Nadia, mana ade pengapit pakai baju kemeja dan seluar slack!!!" teburai perut kak Nadia menahan gelak...

pengajaran: Bagi tahu awal2, nanti...kalau bagi tahu awal kan boleh pakai baju elok2 . habis gelabah... tapi pengalaman yang manis tanpa di sengajakan...

P/s: Maaf atas struktur bahasa yang lemah... agak kelam kabut... huhuhuh ni gambar di rumah pengantin lelaki, gambar lain akan dimuat naik kemudian... maaf yer... internet ni leceh je..

-dipersilakan untuk komen, ini cerita benar... tp dalam komen jangan tanya bila pulak Hasif nk kahwin, nanti ada yang pipi berdarah jugak kang!!!! hahahah.. gurau je..

Friday, December 19, 2008

Tahanan Rindu

Benar aku pesalah
dalam ceritera ini,
aku hanya mampu merenung sepi
biarkan jarum masa menjadi jeriji
tahan aku dari berlari
biarkan iman terus mengikat hati
agar terus ku sabar menanti

jika tuhan takdirkan kamu untukku
kita akan bertemu
bersama melerai rindu
menyulam benang emas cinta

jika tidak,
lebih rela kau bersamanya
menganyam tikar asmara
agar senang duduk berdua

dalam tadahan ini,
sentiasa ku kepil namamu
moga kau tenang dan bahagia
moga kau aman dan ceria
terima kasih kerna berada di sisi
kerna ku tahu kau lebih mengerti

biarkan rindu ini sarat ditahan bersama
kerna ku pasti
bianglala ini akan menolak kabus gerimis senja
seni cinta akan kita lakar bersama
tatkala hampir kutemu cahaya

jika kita halal bersama,
bersabarlah
rindu ini akan kita kongsi bersama...

11/12/08 10.28 pagi....
ok tak sajak ni?? ini bukan perasaan ana tau!!! just bru belajar nak tulis sajak yang berbunga2.. sajak ana slama ni mcm hambar je... kritikan di alu-alukan...