.


its me...

Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Saturday, May 8, 2010

SABAR + USAHA, = BERJAYA...


Tiba-tiba tergerak hati untuk bertinta hari ni... Mungkin ada benda yang perlu di curah... ya, pasti ada benda...

Sebelum memulakan langkah ke surau untuk menunaikan fardhu zohor, penulis mendapat mendapat SMS daripada rakan penulis "Omar abd Rahman".... katanya sedang kursus NDO, untuk bisnes Score A dan dalam proses 'mengayat' rakan-rakannya yang lain untuk turut sama... wah!!! maju Omar sekarang ea.... dah nak dapat downline... penulis yang baru memulakan bisnes yang sama pun masih terkial-kial mencari downline... HEBAT!!!! dalam hati, ada juga rasa cemburu untuk bersaing.... huhuhu... tiba-tiba diri ni terasa "down"... :(

"hmmmm, bilelah ak nak dapat downline nie... "

malah tiba-tiba terimbau mesej rakan usahawan yang lain, abg Hairulnizam... yang telah berjaya membawa beberapa rakannya ke kursus BOOM di ZRB MC... Tahniah jugak abg!!!... padahal, kami memulakan bisnes pada masa yang sama... pernah jugak ku mengadu kat abg Hairul, katanya
"mungkin belum lagi... insyaallah, nanti adelah, entah-entah Sief punyer nanti lagi banyak dari abg.."
insyaallah amin........

sejenak terfikir.... bukan semua orang rezekinya sama...Usahanya, atau mungkin Nasib juga berbeza...


ada orang...
NASIB 30% + USAHA 70% = BERJAYA!!!
ada orang...
NASIB 10% + USAHA 90% = BERJAYA!!!
ada orang...
NASIB 50% + USAHA 50% = BERJAYA!!!
tp mungkin aku.....
NASIB TIADA + USAHA ??? = ????

jadi.... untuk BERJAYA, USAHAKU HARUS 100%!!!!
takpe Sief, CUBA CUBA & CUBA!!!

Thursday, April 2, 2009

Anda ingin BERCINTA??? .... (jom kongsi)


"Love is an action, not by a word"

anda ingin bercinta??? sesetengah manusia mudah untuk melafazkan cinta.... semurah ais-krim 50 sen??? dan rasa ingin menikmatinya sebelum ia cair??? atau sesedap coklat?? Sebenarnya, cinta yang dibina menggunakan cara yang betul, teliti dan sempurna serta melalui landasan yang betul tidak akan cair....

Penulis ada terbaca satu artikel yang menarik di halaqah.net (artikel ini telah dibaca sebanyak 408 kali oleh pelawat yang bertandang...) dan bercadang untuk berkongsi bersama..

kadangkala manusia sibuk bercinta, tetapi tak pernah bersedia untuk bercinta.....

maka, baca artikel ini supaya minda anda terbuka, juga untuk diri saya....

Baca, Faham, Renung, Amal!!!

Zaman remaja adalah zaman untuk mencari dan mengenal diri. Setelah akal semakin mampu untuk berfikir jauh. Sekurang-kurangnya sudah mengenal mana baik dan buruk, halal dan haram, najis dan yang suci, syurga dan neraka.

Umur sebegini, orang muda cenderung untuk hidup di dalam perkumpulan. Gemar juga untuk mencari penyelesaian di luar rumah dibandingkan dengan berbincang dengan ibu dan ayah. Dan ketika inilah jiwa sudah menyubur untuk mengenal apa itu cinta (berlainan jenis).

Mengapa bercinta?

Terkadang bercinta dengan sebab ikut-ikutan (kerana melihat kawan sedang 'bahagia'). Terkadang ia bercinta supaya 'pointer' selalu meningkat naik. Dan katanya agar ada teman yang dapat memberi nasihat. Alamat.. jika salah bercinta, bubur tidak akan kembali menjadi nasi..

Sebelum bercinta fikirkan perkara-perkara ini wahai orang muda :

1. Sudahkah anda bersedia untuk bercinta?

Adakah sudah bersedia menghadapi risiko di dalam percintaan? Adat orang mengatakan cinta itu bersatu, dan ada kalanya ia membutakan mata. Manakala yang tidak nampak jalannya habis hancur masa depan hidupnya.

Cinta tidak semestinya bersatu, ada kalanya ia terputus di tengah jalan. Dan ada kalanya ia berjaya sehingga ke jinjang pelamin. Risiko putus cinta selalu membuatkan manusia seolah-olah putus asa. Hilang hala tuju hidupnya. Entah berapa ramai yang sudah menamatkan nyawanya sendiri bila cinta nafsu lebih diharapkan dari cinta kepada Illahi.

2. Apa matlamat Anda bercinta?

* Mungkin untuk merosakkan anak gadis atau hati orang lain?
* Ikut-ikutan atau suka-suka sahaja?
* Untuk mencari pengganti pasangan yang telah pergi?
(tetapi sekiranya ia ingin kembali semula suatu hari nanti, anda dengan rela diri meninggalkan pasangan baru anda yang telah diberikan harapan?
* Sekadar cinta monyet yang tiada matlamat di masa hadapan?
* Untuk mendirikan rumah tangga yang membawa kasih sayang dan rahmat dari ALLah?

Orang yang mulanya bercinta - hatinya akan berbunga-bunga. Tidak ia sedar apa yang berlaku di sekelilingnya kerana disibukkan dengan apa yang dicintainya. Segalanya nampak cantik, molek, comel dan sempurna belaka. 'Pijak semut tidak mati'. Segalanya berjalan dengan penuh optimis dan positif. Lalu mungkin 'menipu diri sendiri' sudah menjadi pegangan agar hubungan berlangsung dengan menarik dan dapat dikekalkan.

Apabila perhubungan cinta anda mulai 'berkelap kelip' - mulalah anda akan berfikir semula akan buruk dan baiknya pasangan anda. Mungkin ketika ini anda akan berusaha mencari solusi. Sekiranya berjaya perhubungan anda akan berjalan seperti biasa. Dan sekiranya dalam bahaya, ia akan membawa kepada 'putus cinta'. Perkataan inilah yang menjadi penghancur jiwa, rasa kecewa, terhina, rendah diri, sakit hati, dendam, putus asa. Maka istilah-istilah cinta yang dahulunya berkisarkan fantasi, anda akan sedar ia bukanlah realiti.

Menjadi hipokrit satu perkara, iaitu masalah yang akan dibawa apabila hidup di dalam sebuah rumah di atas pernikahan yang sah. Segala-galanya yang 'cantik', 'molek' akan ditunjukkan juga sebagai satu hakikat yang perlu anda terima. Samada anda terima dengan terpaksa atau redha selamanya.

3. Mengapa Anda Bercinta?

* Kerana ALLah?
* Kerana cantik rupanya? Mancung hidung, kumisnya tebal? Badannya serupa model?
- yang pasti semuanya ini tidak kekal lama. Berapa ramai wanita yang menghidapi sakit barah kulit kerana taksubnya kepada yang dinamakan 'KECANTIKAN' ? Berapa ramai pula yang sanggup berhutang, mengorbankan identiti seorang Muslimah dan Muslim kerana tertarik dengan namanya KEMODENAN?
* Kerana duitnya? Harta yang bertimbun?
* Kerana empunya diri itu sendiri?
* Kerana Agamanya?
Ia akan di bawa di dunia dan akhirat. Tetapi ramai juga yang terjerumus di lembah hina. Kerana yang dibawa rupanya selama ini adalah nafsu tetapi disolek dengan nama Agama.

Anda akan dapat apa yang anda niatkan. Ingat perjalanan cinta sesama manusia amat jauh, dan mungkin juga dekat, ataupun ia satu perjalanan yang tidak pasti.

4. Apa Modal Untuk Bercinta?

* Adakah dengan modal air liur? Atau jari jemari menulis sms?

Sedarkah anda? apabila bercinta dan anda meletakkan sesuatu di dalam hati seseorang. Ini telah memberikan ia pengharapan baru dalam hidupnya. Dan ia akan berusaha untuk mencapainya. Jika cinta anda sekadar cinta monyet, cinta untuk merosakkan anak orang, ikut-ikutan dan hanya menjadikan orang lain sebagai batu galas - CINTA NAFSU. Eloklah lupakan sahaja. Anda hanya akan menjadikan diri anda sendiri bahan fitnah yang akan orang ingat sampai bila-bila.

Sedarkah anda? Mahligai perkahwinan itu memerlukan pengorbanan bukan sahaja dari segi jari jemari dan air liur. Tetapi lebih dari itu adalah modal ilmu untuk mendirikan sebuah keluarga yang beragama, cintakan ALLah dan rasul-Nya. Modal harta iaitu pekerjaan dari sumber rezeki yang halal untuk anda berikan kepada isteri, dan anak-anak. Modal hati dan perasaan untuk dikongsi, difahami, kesabaran dan sebagainya.

5. Berapa Lama Anda Ingin Bercinta?

* Seminggu?
* Sebulan?
* Tiga, empat tahun?
* Sehingga habis belajar?
* Cinta hingga ke akhirat?


Apabila anda bercinta, setiap pasangan pastinya ingin mengetahui sampai bilakah mereka akan bercinta? Dan apabila perhubungan itu diketahui oleh sang ibu dan ayah, tentunya mereka akan bertanya bila pula tarikh merisik, pertunangan dan perkahwinan pula akan dijalankan? Dan tentunya kaum kerabat pula akan tertanya-tanya, dengan siapa anda berkawan. Mungkin ada yang sudah diusung ke hulu dan hilir - orang kampung pun sudah mulai berbisikan. Walaupun anda sangkakan di bandar orang bersikap tidak ambil peduli. Tetapi malaikat di kiri dan kanan tetap juga menulis catatan..

6. Kos Cinta

* Duit yang anda habiskan semata-mata untuk sidia - telefon (sms, mms, chat etc), bil elektrik, bil internet,
* Masa yang anda korbankan untuk sidia
* Hati dan perasaan


Sikap Matang Dalam Mencari Cinta

Wahai pemuda dan pemudi, menyebut perkataan cinta sesama manusia itu mudah, tetapi untuk melaksanakannya amatlah payah. Bercinta bukan menjadi tiket yang menghalalkan anda menyerahkan jasad kehormatan anda. Bukan juga bermakna anda sudah menjadi juara dan normal sebagaimana insan lain yang bercinta (sudah fahamkah erti cinta yang sebenarnya?). Anda rosak kerana cinta? - ia adalah kesalahan anda sendiri di dalam menterjemahkan cinta yang suci dan abadi. Semaklah semula adatnya bagaimana RasuluLlah menyalurkan perasaan cinta.

Jika berbaloi dengan bercinta - anda dapat merasai hidup bahagia serta mendapat keredhaan ALlah kerana matlamat anda jelas, anda sedia redha dengan kemungkinan yang berlaku serta tidak menyalahkan taqdir, perjalanan cinta tidak melanggar batas syarak. Maka silalah untuk bercinta.

Fikirkan.. Dalam masa bercinta, bagaimana hubungan kita dengan ALlah dan manusia serta makhluk yang lain? Semakin baik ataupun semakin jauh dan terus menjurang. Adakah ia menjadikan kita hamba ALlah yang bertaqwa ataupun hamba ALlah yang derhaka?

Sumber (klik untuk lawat) :
http://jarumemas.blogspot.com/ atau halaqah.net

Friday, March 27, 2009

Jom baca buku !!!! anda baca tak???


(al-quran dan sebahagian novel penulis)

Sementara menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia, penulis mengambil peluang untuk mengisi masa yang ada dengan membaca seberapa banyak buku/ novel yang ada (kira macam balas dendam jugakla sebab dah lama tak baca novel.... hehehe). Sebagai satu cara untuk menambah ilmu serta mengembangkan imaginasi hingga ke tahap optimum, penulis cuba untuk mencapai semaksimum mungkin dalam masa 4 bulan !!!!. Nak tahu apa yang penulis baca??

1. Al-Quran (wajib tuh....)
2. Moga Kau Mengerti (Novel)
3. Pesona Rindu (Novel)
4. Senafas Rindu (Novel)
5. Syahadat Cinta (Novel)
6. Musafir Cinta (Novel)
7. Makrifat Cinta (Novel)
8. Tunas ... rasenye name die camtulah (Novel)
9. Kenangan-Kenangan Seorang Geisha.. tak habis bace... tebal sangat (Novel)
10. Karya Nan Indah (Motivasi)
11. Puisi Untuk Esdyzuar... rasenye name die camtulah... (Novel)
12. Menjadi Pengurus Diri Efektif (Motivasi)
13. Kenapa perlu bercinta (Motivasi)
14. Di Bawah Mihrab Cinta..... name die cam ni ek?? tak ingat... tengah baca (Novel)


Setakat ini, baru 14 bahan bacaan telah penulis hadamkan. Sikit atau banyak?? anda yang tentukan... hehehe... jika anda seperti penulis, mungkin kita boleh berkongsi idea dan bertukar-tukar bahan bacaan. Pasti menarik bukan?? Jika anda tidak membaca sebarang bahan bacaan, penulis mencabar semua pembaca blog ini untuk mula membaca... Ini bukan ancaman, tapi rangsangan...

Selamat Membaca!!!!

Wednesday, March 11, 2009

jom kongsi ilmu.... (sains)

Penulis terbaca satu artikel yang agak menarik untuk di kongsi bersama.... untuk tambahan ilmu supaya kita tidak berada pada takuk yang lama, marilah kita sama-sama menelaah artikel ini...



KECELARUAN GENDER...

DISFORIA Gender atau kecelaruan gender didefinisikan sebagai keadaan di mana penghayatan individu itu bercelaru antara perasaan gender sendiri dengan jantina anggota kelaminnya.

Transeksualisme paling ketara mengenai kecelaruan gender apabila individu yang mempunyai anggota kelamin tertentu tetapi berasa begitu yakin yang dia golongan jantina sebaliknya.

Mengikut kajian Prof Louis Gooren, kemungkinan fenomena transeksualisme berlaku ialah satu transeksual lelaki dalam 15,000 lelaki manakala satu transeksual perempuan dalam 35,000 perempuan.Manifestasi fenomena transeksualisme berlaku ketika seseorang itu dalam proses pengenalan diri mengenai jantina. Dia akan berasa dirinya berbeza dengan kehendak hatinya dan kadangkala dia serba salah apabila lebih cenderung bergaul dengan individu daripada jantina sebaliknya.

Secara tersembunyi, dia akan memakai pakaian jantina yang sebaliknya, sekali gus berasa dirinya dekat dengan jantina itu. Perasaan untuk mendekati jantina yang dianggap jantina nalurinya akan menjadi lebih ketara apabila dia memasuki alam remaja dan menghayati pergolakan hormon seksual serta mengalami ketumbesaran anggota kelamin.Dia akan berasa perubahan dirinya lebih jauh daripada kehendak diri sehingga berasa tertekan.

Kepada yang dapat mengawal kehendak diri, mereka akan ikut haluan masyarakat.Namun, bagi yang lebih mengikut kehendak diri, mereka akan melakukan apa juga yang difikirkan sesuai untuk menikmati naluri mereka seperti berpakaian dan mendapat rawatan yang dapat mendekatkan mereka kepada jantina diidamkan.Golongan ini sanggup melakukan apa saja yang difikirkan dapat mendekatkan kepada jantina keinginan mereka sehingga kadangkala boleh mendatangkan kesusahan kepada mereka.

Mereka yang berasa tertekan dan tidak dapat mengawal diri tidak akan teragak-agak mengambil keputusan yang boleh memudarat atau memusnahkan diri sendiri seperti menjalani pembedahan perubahan anggota jantina atau membunuh diri akibat kekecewaan.Mengenali identiti diri dan fenomena transeksualismePengenalan mengenai jantina seseorang satu proses yang dinamik dan tertakluk kepada baka penentuan jantina dengan ‘sex chromosomes’ XX untuk perempuan dan XY untuk lelaki, hormon testosterone dan ‘anti-mullerian hormon’.

Selain itu, ia membabitkan pelbagai faktor spesifik seperti alam sekitaran dan kesan perubahan kepada individu itu mengikut masa ketumbesaran.Proses pengenalan jantina individu adalah di otak atau minda.

Justeru, penetapan jantina seseorang itu hanya menjadi nyata apabila bahagian otak yang mempengaruhi penetapan satu-satu jantina mulai terbentuk dan berfungsi.Sebagai contoh, bahagian ‘Hypothalamus’ dan ‘Pre-Optic Nucleus (PON) otak mengawal perilaku seksual dan bahagian ini lebih besar dalam otak lelaki daripada perempuan.Nukleus’thestria Terminalis’(BSTc) untuk lelaki 44 peratus lebih besar daripada perempuan.Transeksual lelaki ke perempuan mempunyai BSTc terbentuk dan bersaiz perempuan dan begitu juga sebaliknya. Perubahan ini dapat dikenali dengan ujian canggih melalui penyaringan dengan MRI.Ini boleh menentukan sama ada Disforia Gender atau fenomena transeksual itu berlaku secara semula jadi dan bukan dibuat-buat oleh individu itu.

Pendekatan PerubatanSebahagian besar individu yang masuk dalam golongan transeksual mengalami kekeliruan mengenai diri mereka daripada aspek identiti seksual. Mereka perlu menjalani bimbingan untuk mengenali diri dengan lebih dekat lagi, dan ini mungkin perkara awal yang perlu dilakukan.Mereka juga perlu tahu perbezaan identiti seksual yang lain seperti homoseksual, transvertisme, fetishisme dan lain-lain supaya dapat menetapkan kedudukan mereka.

Perkara lain yang perlu diberi bimbingan ialah kemudahan untuk mereka yang inginkan penukaran jantina dan batasan undang-undang berkaitan identiti asas seperti kad pengenalan.Perkara lain yang turut dibimbing termasuk juga penggunaan hormon seks seperti hormon kelelakian (Testosterone) dan hormone kewanitaan (Estrogen), selain pembedahan plastik sehingga perkara yang mungkin merungsingkan mereka daripada aspek kehidupan sosial.

Mereka yang sudah menjalani pelbagai bimbingan dan bantuan sosial dapat menikmati kehidupan yang selesa dengan identiti fizikal dan suasana kehidupan yang mereka inginkan.Dengan keadaan sedemikian, mereka boleh jadi individu yang dapat membangunkan negara seperti individu lain.

~NSTP~

selamat mengomen dan memberi respon...