.


its me...

Monday, April 20, 2009

Selamat Bersidang PENDEBAT MUDA !!!


"Selamat maju jaya"

Pasukan A Bahasa Melayu SMIAAG
Khalilah Alhuda Kamilen
Nurazlina Azizi
Nur Diyana Nas Tamimi
Wan Nur Ira Izyan Wan Izani

Pasukan B Bahasa Melayu SMIAAG
Muhd Nabil Afham M Fuad
Khalidah Alhusna Kamilen
Nurazah Fathirah Kamarulzaman
Muhd Muaz Omar

Guru Pengiring Pasukan Bahasa Melayu SMIAAG
Pn. Azziah Harun
Ust Muhammad Hasif Azizan


~klik untuk terus ke laman web rasmi kejohanan debat antara sekolah kali ke-8~

Monday, April 13, 2009

Temu duga di UITM



RM 0.00 Tahniah, Anda dipanggil ke temu duga di UITM. Sila layari http://istrudent.uitm.edu.my/intake untuk maklumat selanjutnya sebelum 10 April...

itulah gambaran mesej yang penulis terima pada hari khamis yang lalu... sedang mengadap komputer, terus menaip alamat laman yang dinyatakan... ternyata benar..

maka hari 11 April yang dijanjikan terpaksalah penulis meninggalkan Kursus Kepimpinan Pengawas SRIAAKL... berat hati juga nak meninggalkan slot ceramah yang harus penulis uruskan bersama rakan lain (maaf Qistina)... dan meninggalkan semua rakan-rakan yang lain.. (maaf amirul, anas, aizat, hakim, amin, farhana dan lain-lain jika ada yang tak disebut)... demi memenuhi kehendak cita-cita...

pagi-pagi lagi, penulis, ibu dan abah terus meluncur laju ke UITM Shah Alam dengan menaiki kereta. Rakan-rakan yang turut ditemu duga dijadualkan pada tengahari (khalil, abu dzar, rafiq)... penulis pula dijadualkan pada 8.30 pagi...terpaksalah keluar pagi...

sampai sahaja di Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, penuh dengan beberapa puluh atau ratusan calon temu duga yang lain (bagi kategori 8.30 pagi...), penulis terus mendaftarkan diri dan mengisi borang bagi tujuan pemarkahan temu duga...

kami diberi taklimat bahawa calon perlu melalui 3 langkah:
1) ujian lukisan
2) ujian kreativiti (ape pulak tuh??)
3) temu duga dengan ahli panel...

setelah sekian lama menunggu, sebahagian daripada kami dibawa masuk ke sebuah bilik...
dalam lingkungan 20 orang rasenye untuk satu bahagian.... kami dipersilakan memilih meja kesukaan masing-masing.. ditengah-tengah bilik kuliah terletak 3 kotak yang ditindih dan kain-kain yang berjuraian mengelilingi kotak tersebut.

dalam masa 1 jam!!! kami harus melukis kotak dan kain yang dijadikan sebagai bahan situasi... cukup ke 1 jam?? nak buat bayang-bayang lagi, nak buat lipatan kain bagi nampak real pon satu hal gak, nak bagi kotak tu lurus n tak senget lagilah menyusahkan, nak buat "stroke" supaya bahan situasi nampak 3D lagi makan mase.... nak pastikan kadar banding (propotion) seimbang dah jadi hal plak... nak buat macam mane, pasrah jelah.... penulis mengeluarkan segala jenis pensel yang dibawa, 3B, 2B, 6B, 6H, sumenye dikeluarkan.... dengan tidak menghiraukan orang lain, penulis mem"fokus"kan diri... buat ajelah yang termampu... janji cukup semua...

tamat 1 jam (rase macam puas hati, berhenti jelah)...

Ujian Kreativiti....20 minit seterusnya, kami diberikan sehelai kertas A4 yang tertera garis-garis yang pelik diserata kertas tersebut.. kami diarahkan untuk menyambung garis-garis yang pelik mengikut kesukaan masing-masing yang akhirnya kan terhasil 1 gambar atau jalan cerita... sambung punya sambung, akhirnya penulis berjaya menghasilkan jalan cerita hantu berkonsepkan karikatur... ade calon yang jadi gambar burung, jadi gambar orang menari, dan macam-macam yang pelik.. yang sambung jadi mende lagi pelik pun ade....

kemudian kami diarahkan keluar dari bilik tersebut dan menuju ke dewan temu duga, kerana masih terdapat ramai calon yang ingin menggunakan bilik tersebut untuk ujian. tunggu punya tunggu penulis akhirnya dipanggil oleh 2 orang ahli panel.... temu duga adalah seperti berikut:

sambil membelek keputusan SPM, ahli panel lelaki berkata "hasif, can u describe yourself in english?"

sudah.... nk speaking London plak... penulis pn membebellah ape yang patut sepanjang-panjangnye sehingga ahli panel tersebut mengarahkan penulis berhenti... (tak tahan la tu kene membebel dengan penulis)

"awak pilih bidang ni untuk borang UPU yang keberapa?"

"4"pantas penulis menjawab

"plihan pertama, ke2 dan ke3 awak pilih ape?

"ok, saya nak masuk bidang interior design dalam arkitek kat uia, tapi kelulusan saya kurang untuk masuk arkitek uia, jadi saye pilih Human Science (uia) pilihan pertama dan Law (uia) untuk pilihan kedua sebab saya bercadang nak tukar bidang lepas semester pertama jika saya layak ke uia.... lepas semester pertama saya nak tukar ke arkitek..." penulis bertutur lancar.

"awak minat bidang tu tapi kenapa nak masuk uia??"

"sbb islamic enviroment di situ, saye dapat didikan agama sejak kecil, rasenye nak perkukuhkan lagi disitu"

"abis tuh, kalau awak kate sbb islamic inviroment, UITM ade cina ke?" ahli penel tersebut bertanya tegas, ahli panel wanita masih berdiam dan terus memerhati.... alamak mati aku, nak jawab ape??? penulis hanya mengangguk.

"owh, saya faham" itu sahaja yang mampu keluar. "owh...baru saya nampak"

"awak tahu tak arkitek dan lecture di uia, dulunya belajar di UITM??"beliau sengaja mengunci mulut penulis dengan pertanyaan sebegitu.

"sebutkan nama seorang arkitek yang awak tahu" dia menyambung bicara. Masih tegas lagaknya...

"muhammad b. jusoh (name bapak aiman ahmad) saye rase die ade link ngan UITM" penulis main belasah je... lelaki tersebut tidak memberikan sebarang respon terhadap jawapan penulis.

"awak tahu tak siapa arkitek menara telekom malaysia??" panelis lelaki tadi masih mahu menguji...

"tak tahu" penulis menjawab dengan yakin dan tenang... lelaki tersebut merenung mata penulis dalam dalam (nak bagi penulis takut lah tu)... penulis kembali menerkam pandangan lelaki tersebut, berlawan mata dan tidak mahu mengalah.... tak nak dikatakan pengecut atau penakut.

"ok, skarang nih, saye nak awak ceritakan apa yang awak lukis" panelis wanita mula bersuara... lukisan pelik tu harus diterangkan... menamatkan perlawanan mata kami...

"lukisan ni tentang suasana yang menyeramkan di waktu malam, gambar lelaki pakai songkok melambangkan die baru balik dari masjid, dan tiba-tiba ternampak pokok-pokok disekelilingnya bertukar jadi muka yang menyeramkan dan pondok buruk ada disitu dalam keadaan yang menakutkan, saya cuba tampilkan gambaran yang pelik jika dilihat pada tangan lelaki tersebut kerana nak melambangkan dalam bentuk abstrak, saya minat graphic, jadi saya nak tonjolkan kelainan dalam lukisan ini, selain itu...." penulis terpotong bicara.

"ok2, cukuplah tuh" panelis lelaki memberhentikan penulis, (dah jemu lah tu dengar penulis membebel panjang)

"saya nak tanya, tak berdosa ke awak lukis tangan manusia tu tak sempurna? Allah dah bagi tangan manusia cantik,ade 5 jari, awak lukis die kontot macam kene penyakit untut tu... tak berdosa ke??" lelaki tersebut masih mahu menguji. nak berdebat lah tu....

"saya rase dalam isu lukisan saye nih tak de masalah sebab saya tak lukis potret, ape yang saya lukis adalah berbentuk komik dan karikatur, jadi saye rase tk timbul isu dosa atau tau sebab ape yang saye lukis adalah karikatur dan bukan potret" Yes!! hujah beliau berjaya penulis patahkan.. dalam nada tenang.. dah jadi macam debat pulak...

"ok2.. sebenarnya lukisan kamu ni bagus, saye bagi awak 40/50" dia membelek hasil ujian lukisan penulis yang gambar kotak dan kain tadi..

"saya suka "stroke" yang awak buat,cantik. saya suka, lukisan ni cantik, simple tetapi "strong", (lukisan ni ade kekuatan)... saye tengok personaliti awak sendiri pun "strong"... saye suke..." akhirnya dia mengaku...

"masalahnya sekarang ni awak letak diploma seni lukis dan seni reka dalam pilihan ke-4, kalau awak letak dalam pilihan yang pertama, memang saya dah ambil awak masuk UITM"... penulis hanya terkedu..

"kami tak boleh buat keputusan muktamat. telus saya cakap, lukisan awak cantik dan bagus, tapi kita terpaksa tunggu result UPU, kalau UPU hantar awak masuk uia (ikut pilihan 1 n 2)... masuklah awak di sane, kalau UPU hantar awak ke sini, alhamdulillah..."

"memang saye tak boleh buat ape, kalau ini awak letak dalam pilihan pertama, memang saya akan pilih awak. sebab kita taknak pilih yang picisan2 (sebab penulis letak pilihan 4)"

"ok, awak boleh beredar..."

"good luck" panelis wanita hanya berkata 2 patah kata...

wargh!!!!!!

habis temu duga terus pening kepala..... nak buat camne??? serah pada allah jelah...bak kate ibu... mungkin ade hikmahnye berlaku mende ni...

anda ade sebarang komen???? silelah komen... huhuhu

Thursday, April 2, 2009

Anda ingin BERCINTA??? .... (jom kongsi)


"Love is an action, not by a word"

anda ingin bercinta??? sesetengah manusia mudah untuk melafazkan cinta.... semurah ais-krim 50 sen??? dan rasa ingin menikmatinya sebelum ia cair??? atau sesedap coklat?? Sebenarnya, cinta yang dibina menggunakan cara yang betul, teliti dan sempurna serta melalui landasan yang betul tidak akan cair....

Penulis ada terbaca satu artikel yang menarik di halaqah.net (artikel ini telah dibaca sebanyak 408 kali oleh pelawat yang bertandang...) dan bercadang untuk berkongsi bersama..

kadangkala manusia sibuk bercinta, tetapi tak pernah bersedia untuk bercinta.....

maka, baca artikel ini supaya minda anda terbuka, juga untuk diri saya....

Baca, Faham, Renung, Amal!!!

Zaman remaja adalah zaman untuk mencari dan mengenal diri. Setelah akal semakin mampu untuk berfikir jauh. Sekurang-kurangnya sudah mengenal mana baik dan buruk, halal dan haram, najis dan yang suci, syurga dan neraka.

Umur sebegini, orang muda cenderung untuk hidup di dalam perkumpulan. Gemar juga untuk mencari penyelesaian di luar rumah dibandingkan dengan berbincang dengan ibu dan ayah. Dan ketika inilah jiwa sudah menyubur untuk mengenal apa itu cinta (berlainan jenis).

Mengapa bercinta?

Terkadang bercinta dengan sebab ikut-ikutan (kerana melihat kawan sedang 'bahagia'). Terkadang ia bercinta supaya 'pointer' selalu meningkat naik. Dan katanya agar ada teman yang dapat memberi nasihat. Alamat.. jika salah bercinta, bubur tidak akan kembali menjadi nasi..

Sebelum bercinta fikirkan perkara-perkara ini wahai orang muda :

1. Sudahkah anda bersedia untuk bercinta?

Adakah sudah bersedia menghadapi risiko di dalam percintaan? Adat orang mengatakan cinta itu bersatu, dan ada kalanya ia membutakan mata. Manakala yang tidak nampak jalannya habis hancur masa depan hidupnya.

Cinta tidak semestinya bersatu, ada kalanya ia terputus di tengah jalan. Dan ada kalanya ia berjaya sehingga ke jinjang pelamin. Risiko putus cinta selalu membuatkan manusia seolah-olah putus asa. Hilang hala tuju hidupnya. Entah berapa ramai yang sudah menamatkan nyawanya sendiri bila cinta nafsu lebih diharapkan dari cinta kepada Illahi.

2. Apa matlamat Anda bercinta?

* Mungkin untuk merosakkan anak gadis atau hati orang lain?
* Ikut-ikutan atau suka-suka sahaja?
* Untuk mencari pengganti pasangan yang telah pergi?
(tetapi sekiranya ia ingin kembali semula suatu hari nanti, anda dengan rela diri meninggalkan pasangan baru anda yang telah diberikan harapan?
* Sekadar cinta monyet yang tiada matlamat di masa hadapan?
* Untuk mendirikan rumah tangga yang membawa kasih sayang dan rahmat dari ALLah?

Orang yang mulanya bercinta - hatinya akan berbunga-bunga. Tidak ia sedar apa yang berlaku di sekelilingnya kerana disibukkan dengan apa yang dicintainya. Segalanya nampak cantik, molek, comel dan sempurna belaka. 'Pijak semut tidak mati'. Segalanya berjalan dengan penuh optimis dan positif. Lalu mungkin 'menipu diri sendiri' sudah menjadi pegangan agar hubungan berlangsung dengan menarik dan dapat dikekalkan.

Apabila perhubungan cinta anda mulai 'berkelap kelip' - mulalah anda akan berfikir semula akan buruk dan baiknya pasangan anda. Mungkin ketika ini anda akan berusaha mencari solusi. Sekiranya berjaya perhubungan anda akan berjalan seperti biasa. Dan sekiranya dalam bahaya, ia akan membawa kepada 'putus cinta'. Perkataan inilah yang menjadi penghancur jiwa, rasa kecewa, terhina, rendah diri, sakit hati, dendam, putus asa. Maka istilah-istilah cinta yang dahulunya berkisarkan fantasi, anda akan sedar ia bukanlah realiti.

Menjadi hipokrit satu perkara, iaitu masalah yang akan dibawa apabila hidup di dalam sebuah rumah di atas pernikahan yang sah. Segala-galanya yang 'cantik', 'molek' akan ditunjukkan juga sebagai satu hakikat yang perlu anda terima. Samada anda terima dengan terpaksa atau redha selamanya.

3. Mengapa Anda Bercinta?

* Kerana ALLah?
* Kerana cantik rupanya? Mancung hidung, kumisnya tebal? Badannya serupa model?
- yang pasti semuanya ini tidak kekal lama. Berapa ramai wanita yang menghidapi sakit barah kulit kerana taksubnya kepada yang dinamakan 'KECANTIKAN' ? Berapa ramai pula yang sanggup berhutang, mengorbankan identiti seorang Muslimah dan Muslim kerana tertarik dengan namanya KEMODENAN?
* Kerana duitnya? Harta yang bertimbun?
* Kerana empunya diri itu sendiri?
* Kerana Agamanya?
Ia akan di bawa di dunia dan akhirat. Tetapi ramai juga yang terjerumus di lembah hina. Kerana yang dibawa rupanya selama ini adalah nafsu tetapi disolek dengan nama Agama.

Anda akan dapat apa yang anda niatkan. Ingat perjalanan cinta sesama manusia amat jauh, dan mungkin juga dekat, ataupun ia satu perjalanan yang tidak pasti.

4. Apa Modal Untuk Bercinta?

* Adakah dengan modal air liur? Atau jari jemari menulis sms?

Sedarkah anda? apabila bercinta dan anda meletakkan sesuatu di dalam hati seseorang. Ini telah memberikan ia pengharapan baru dalam hidupnya. Dan ia akan berusaha untuk mencapainya. Jika cinta anda sekadar cinta monyet, cinta untuk merosakkan anak orang, ikut-ikutan dan hanya menjadikan orang lain sebagai batu galas - CINTA NAFSU. Eloklah lupakan sahaja. Anda hanya akan menjadikan diri anda sendiri bahan fitnah yang akan orang ingat sampai bila-bila.

Sedarkah anda? Mahligai perkahwinan itu memerlukan pengorbanan bukan sahaja dari segi jari jemari dan air liur. Tetapi lebih dari itu adalah modal ilmu untuk mendirikan sebuah keluarga yang beragama, cintakan ALLah dan rasul-Nya. Modal harta iaitu pekerjaan dari sumber rezeki yang halal untuk anda berikan kepada isteri, dan anak-anak. Modal hati dan perasaan untuk dikongsi, difahami, kesabaran dan sebagainya.

5. Berapa Lama Anda Ingin Bercinta?

* Seminggu?
* Sebulan?
* Tiga, empat tahun?
* Sehingga habis belajar?
* Cinta hingga ke akhirat?


Apabila anda bercinta, setiap pasangan pastinya ingin mengetahui sampai bilakah mereka akan bercinta? Dan apabila perhubungan itu diketahui oleh sang ibu dan ayah, tentunya mereka akan bertanya bila pula tarikh merisik, pertunangan dan perkahwinan pula akan dijalankan? Dan tentunya kaum kerabat pula akan tertanya-tanya, dengan siapa anda berkawan. Mungkin ada yang sudah diusung ke hulu dan hilir - orang kampung pun sudah mulai berbisikan. Walaupun anda sangkakan di bandar orang bersikap tidak ambil peduli. Tetapi malaikat di kiri dan kanan tetap juga menulis catatan..

6. Kos Cinta

* Duit yang anda habiskan semata-mata untuk sidia - telefon (sms, mms, chat etc), bil elektrik, bil internet,
* Masa yang anda korbankan untuk sidia
* Hati dan perasaan


Sikap Matang Dalam Mencari Cinta

Wahai pemuda dan pemudi, menyebut perkataan cinta sesama manusia itu mudah, tetapi untuk melaksanakannya amatlah payah. Bercinta bukan menjadi tiket yang menghalalkan anda menyerahkan jasad kehormatan anda. Bukan juga bermakna anda sudah menjadi juara dan normal sebagaimana insan lain yang bercinta (sudah fahamkah erti cinta yang sebenarnya?). Anda rosak kerana cinta? - ia adalah kesalahan anda sendiri di dalam menterjemahkan cinta yang suci dan abadi. Semaklah semula adatnya bagaimana RasuluLlah menyalurkan perasaan cinta.

Jika berbaloi dengan bercinta - anda dapat merasai hidup bahagia serta mendapat keredhaan ALlah kerana matlamat anda jelas, anda sedia redha dengan kemungkinan yang berlaku serta tidak menyalahkan taqdir, perjalanan cinta tidak melanggar batas syarak. Maka silalah untuk bercinta.

Fikirkan.. Dalam masa bercinta, bagaimana hubungan kita dengan ALlah dan manusia serta makhluk yang lain? Semakin baik ataupun semakin jauh dan terus menjurang. Adakah ia menjadikan kita hamba ALlah yang bertaqwa ataupun hamba ALlah yang derhaka?

Sumber (klik untuk lawat) :
http://jarumemas.blogspot.com/ atau halaqah.net

Tuesday, March 31, 2009

Jadi cegu??? seronok tau jika....

Ada orang tak suka jd cegu, tp ada sesetengah orang rasa jadi cegu tu satu perkara yang menyeronokkan... Lebih-lebih lagi bila kita dapat semaikan ilmu yang kita ada dan tanamkan sebagai pahala yang berterusan di akhirat jika diamalkan.... Dan cegu selalunya akan jadi gembira untuk menjadi cegu jika....

ANAK MURIDNYA BUAT KERJA RUMAH!!!!

(baru terasa bagaimana hati cegu jika anak murid buat atau tak buat kerja rumah)

Penulis berasa bersyukur dan bangga mempunyai anak murid yang rajin dan selalu buat kerja rumah... Masa hari sabtu lepas, (sekolah ganti) penulis sebagai guru Geografi mengarahkan semua anak murid untuk melakukan kerja rumah iaitu TUTUP LAMPU JAM 8.30-9.30 MALAM SEBAGAI TANDA MENYOKONG SIMBOLIK PERJUANGAN MENENTANG PEMANASAN GLOBAL.... 60 Earth Hour... untuk menguji kejujuran murid, ada yang siap print gambar mereka bergelap... malah ada yang meletakkan dalam blog...

Atas rasa bersyukur mempunyai anak murid yang rajin, penulis akan linkkan blog mereka sebagai tanda mengiktiraf kerja rumah yang dilakukan... tahniah 5 banat 2 Sufian!!!! tahniah juga kepada mana-mana murid yang melangsaikan kerja rumah anda!!!!!


Jemput lawat... klik untuk contoh blog murid yang buat kerja rumah


Friday, March 27, 2009

Jom baca buku !!!! anda baca tak???


(al-quran dan sebahagian novel penulis)

Sementara menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia, penulis mengambil peluang untuk mengisi masa yang ada dengan membaca seberapa banyak buku/ novel yang ada (kira macam balas dendam jugakla sebab dah lama tak baca novel.... hehehe). Sebagai satu cara untuk menambah ilmu serta mengembangkan imaginasi hingga ke tahap optimum, penulis cuba untuk mencapai semaksimum mungkin dalam masa 4 bulan !!!!. Nak tahu apa yang penulis baca??

1. Al-Quran (wajib tuh....)
2. Moga Kau Mengerti (Novel)
3. Pesona Rindu (Novel)
4. Senafas Rindu (Novel)
5. Syahadat Cinta (Novel)
6. Musafir Cinta (Novel)
7. Makrifat Cinta (Novel)
8. Tunas ... rasenye name die camtulah (Novel)
9. Kenangan-Kenangan Seorang Geisha.. tak habis bace... tebal sangat (Novel)
10. Karya Nan Indah (Motivasi)
11. Puisi Untuk Esdyzuar... rasenye name die camtulah... (Novel)
12. Menjadi Pengurus Diri Efektif (Motivasi)
13. Kenapa perlu bercinta (Motivasi)
14. Di Bawah Mihrab Cinta..... name die cam ni ek?? tak ingat... tengah baca (Novel)


Setakat ini, baru 14 bahan bacaan telah penulis hadamkan. Sikit atau banyak?? anda yang tentukan... hehehe... jika anda seperti penulis, mungkin kita boleh berkongsi idea dan bertukar-tukar bahan bacaan. Pasti menarik bukan?? Jika anda tidak membaca sebarang bahan bacaan, penulis mencabar semua pembaca blog ini untuk mula membaca... Ini bukan ancaman, tapi rangsangan...

Selamat Membaca!!!!

Wednesday, March 11, 2009

jom kongsi ilmu.... (sains)

Penulis terbaca satu artikel yang agak menarik untuk di kongsi bersama.... untuk tambahan ilmu supaya kita tidak berada pada takuk yang lama, marilah kita sama-sama menelaah artikel ini...



KECELARUAN GENDER...

DISFORIA Gender atau kecelaruan gender didefinisikan sebagai keadaan di mana penghayatan individu itu bercelaru antara perasaan gender sendiri dengan jantina anggota kelaminnya.

Transeksualisme paling ketara mengenai kecelaruan gender apabila individu yang mempunyai anggota kelamin tertentu tetapi berasa begitu yakin yang dia golongan jantina sebaliknya.

Mengikut kajian Prof Louis Gooren, kemungkinan fenomena transeksualisme berlaku ialah satu transeksual lelaki dalam 15,000 lelaki manakala satu transeksual perempuan dalam 35,000 perempuan.Manifestasi fenomena transeksualisme berlaku ketika seseorang itu dalam proses pengenalan diri mengenai jantina. Dia akan berasa dirinya berbeza dengan kehendak hatinya dan kadangkala dia serba salah apabila lebih cenderung bergaul dengan individu daripada jantina sebaliknya.

Secara tersembunyi, dia akan memakai pakaian jantina yang sebaliknya, sekali gus berasa dirinya dekat dengan jantina itu. Perasaan untuk mendekati jantina yang dianggap jantina nalurinya akan menjadi lebih ketara apabila dia memasuki alam remaja dan menghayati pergolakan hormon seksual serta mengalami ketumbesaran anggota kelamin.Dia akan berasa perubahan dirinya lebih jauh daripada kehendak diri sehingga berasa tertekan.

Kepada yang dapat mengawal kehendak diri, mereka akan ikut haluan masyarakat.Namun, bagi yang lebih mengikut kehendak diri, mereka akan melakukan apa juga yang difikirkan sesuai untuk menikmati naluri mereka seperti berpakaian dan mendapat rawatan yang dapat mendekatkan mereka kepada jantina diidamkan.Golongan ini sanggup melakukan apa saja yang difikirkan dapat mendekatkan kepada jantina keinginan mereka sehingga kadangkala boleh mendatangkan kesusahan kepada mereka.

Mereka yang berasa tertekan dan tidak dapat mengawal diri tidak akan teragak-agak mengambil keputusan yang boleh memudarat atau memusnahkan diri sendiri seperti menjalani pembedahan perubahan anggota jantina atau membunuh diri akibat kekecewaan.Mengenali identiti diri dan fenomena transeksualismePengenalan mengenai jantina seseorang satu proses yang dinamik dan tertakluk kepada baka penentuan jantina dengan ‘sex chromosomes’ XX untuk perempuan dan XY untuk lelaki, hormon testosterone dan ‘anti-mullerian hormon’.

Selain itu, ia membabitkan pelbagai faktor spesifik seperti alam sekitaran dan kesan perubahan kepada individu itu mengikut masa ketumbesaran.Proses pengenalan jantina individu adalah di otak atau minda.

Justeru, penetapan jantina seseorang itu hanya menjadi nyata apabila bahagian otak yang mempengaruhi penetapan satu-satu jantina mulai terbentuk dan berfungsi.Sebagai contoh, bahagian ‘Hypothalamus’ dan ‘Pre-Optic Nucleus (PON) otak mengawal perilaku seksual dan bahagian ini lebih besar dalam otak lelaki daripada perempuan.Nukleus’thestria Terminalis’(BSTc) untuk lelaki 44 peratus lebih besar daripada perempuan.Transeksual lelaki ke perempuan mempunyai BSTc terbentuk dan bersaiz perempuan dan begitu juga sebaliknya. Perubahan ini dapat dikenali dengan ujian canggih melalui penyaringan dengan MRI.Ini boleh menentukan sama ada Disforia Gender atau fenomena transeksual itu berlaku secara semula jadi dan bukan dibuat-buat oleh individu itu.

Pendekatan PerubatanSebahagian besar individu yang masuk dalam golongan transeksual mengalami kekeliruan mengenai diri mereka daripada aspek identiti seksual. Mereka perlu menjalani bimbingan untuk mengenali diri dengan lebih dekat lagi, dan ini mungkin perkara awal yang perlu dilakukan.Mereka juga perlu tahu perbezaan identiti seksual yang lain seperti homoseksual, transvertisme, fetishisme dan lain-lain supaya dapat menetapkan kedudukan mereka.

Perkara lain yang perlu diberi bimbingan ialah kemudahan untuk mereka yang inginkan penukaran jantina dan batasan undang-undang berkaitan identiti asas seperti kad pengenalan.Perkara lain yang turut dibimbing termasuk juga penggunaan hormon seks seperti hormon kelelakian (Testosterone) dan hormone kewanitaan (Estrogen), selain pembedahan plastik sehingga perkara yang mungkin merungsingkan mereka daripada aspek kehidupan sosial.

Mereka yang sudah menjalani pelbagai bimbingan dan bantuan sosial dapat menikmati kehidupan yang selesa dengan identiti fizikal dan suasana kehidupan yang mereka inginkan.Dengan keadaan sedemikian, mereka boleh jadi individu yang dapat membangunkan negara seperti individu lain.

~NSTP~

selamat mengomen dan memberi respon...

Sunday, March 8, 2009

Pengapit Tangkap Muat!!!

suasana di masjid Badlishah Jalan Parit 6 Simpang Lima menjadi kecoh seketika... (kawasan rumah pengantin lelaki)

"cepatlah, dah lambat dah ni!!!" suara abah mula membingit...

"ye..ye.. jup" Hasif mula bersuara

"make up tu cepatlah sikit..." suara abah kembali meleret, masih bengang dengan make up yang datang lambat... sesat kot...

"ok, siap" abg firdaus bingkas keluar dari masjid. kak long masih membetulkan selendang dan tiaranya... syakilah yang me"make up" kak long mula mengemaskan make up boxnye..

abang firdaus mula mengeluarkan payung dan kipas pengantin dari keretanya, lantas diserahkan kepada kak Nadia (sepupuku)... kak Nadia, menyerahkan satu kepada ku..

"eh.." nape ni?? hasif kebingungan...

"bukan hasif pengapit abng firdaus ke" kak Nadia yang menjadi pengapit kak long mula bertanya..

"bukan ke abng Jabar jad pengapit? masa belah kita kan abng Jabar (adik abng firdaus) jadi pengapit die... jup eh Hasif tanye abng firdaus"....

"abng, sape yang jadi pengapit abng??" Hasif terus menyerang dengan soalannya..

"Hasiflah, sape lagi?" abng firdaus menjawab selamba...

"huh?!!" hasif mula bingung... masa di rumah tak pernah sebut pun... dah sampai sini baru nak kata?? dah la orang pakai kemeja je... ade ke pengapit pakai kemeja??? lantaklah....

kereta terus dipacu laju oleh abah ke jalan parit 6 1/2, hasif masih berdebar, kepalanya bingung... ade ke pengapit pakai kemeja?? pengapit moden kot....

keluar sahaja dari kereta, hasif terus berjumpa kak Nadia... "kak Nadia, mana ade pengapit pakai baju kemeja dan seluar slack!!!" teburai perut kak Nadia menahan gelak...

pengajaran: Bagi tahu awal2, nanti...kalau bagi tahu awal kan boleh pakai baju elok2 . habis gelabah... tapi pengalaman yang manis tanpa di sengajakan...

P/s: Maaf atas struktur bahasa yang lemah... agak kelam kabut... huhuhuh ni gambar di rumah pengantin lelaki, gambar lain akan dimuat naik kemudian... maaf yer... internet ni leceh je..

-dipersilakan untuk komen, ini cerita benar... tp dalam komen jangan tanya bila pulak Hasif nk kahwin, nanti ada yang pipi berdarah jugak kang!!!! hahahah.. gurau je..