12.18 (jam lappy)
dlm bilek atas katil
Jahatnya Cinta- Akim ft Stacy
Shirt: Forest Authentic
Bag: SEED
Shade: Rayban
Photo by: Shazwan Suhaimi
"hey kamu!!! jangan asyik nak berangan je... kamu ingat dengan berangan tuh kamu boleh kaya ka? jangan haraplah... nanti jadi macam Mat Jenin baru kamu tahu!!! berangan je kerja!! lepastu MATI!"~Ya!! berangan pun boleh jadi kaya, boleh berjaya, ada masalah ka??? itu respon saya~ Dialog diatas seringkali digunakan oleh kebanyakan orang-orang tua kita untuk menghalang kebanyakaan anak-anak muda khususnya perempuan yang mudah dikenali sebagai kaum kuat berangan untuk terus melakukan aktiviti yang boleh dikira sebagai hobi lazim mereka (kaum lelaki pun ada juga)... Kata mereka (orang-orang tua), berangan tidak membawa kemana-mana... Malah perilaku ini akan melambatkan kerja seharian anak-anak muda baik lelaki mahupun perempuan. Ya saya setuju jika mereka yang berangan ini menjalankan aktiviti sebegini pada masa yang salah~ kalau 24 jam nak berangan abang akak oiii~ parah laaaa....
DEFINISIBerangan kita boleh definisikan sebagai ber angan-angan, atau proses mencipta angan, ataupun mencipta imaginasi... Salahkah jika kita dikatakan berangan?? mungkin jika penulis menggunakan mencipta imaginasi/ merancang masa hadapan mungkin lebih molek bunyinya... (sama seperti penggunaan frasa RIBA, yang di salutkan dengan frasa lain yang indah-indah seperti hadiah, bunga, dan sebagainya).. jadi salahkah jika merancang masa hadapan agar lebih teratur, sistematik dan terancang. Kata orang, "kita hanya merancang, Allah yang menentukan".. namun, jangan lah berangan di waktu yang salah~ berangan semasa kerja dan belajar contohnya mampu mengganggu kerja yang kita sedang lakukan sekarang. Berangan seperti itu yang selalunya ditegah oleh kebanyakan ibu bapa kita. BERANGAN TIDAK BERTEMPAT.... maka tidak salah jika kita berangan pada waktu yang betul...
KESIAN MAT JENINSelain itu berangan sering dikaitkan dengan cerita sastera lama MAT JENIN yang dikatakan sebagai seorang yang kuat berangan sehingga memakan dirinya sendiri. Katanya, Mat Jenin mati sebab buah kelapa jatuh menghimpap kepalanya semasa sedang berangan... Maka dengan itu, orang-orang dahulu kala membuat spekulasi mudah... Jika berangan, tidak akan kemana, malah akan MATI SIA-SIA!!!~ astaghfirullahalazim~ hidup mati semuanya di tangan tuhan... Cuma dalam kes Mat Jenin, die meninggal sebelum sempat menunaikan apa yang di angankan/ apa yang dirancangkan.... maka janganlah disalahkan berangan, dan jangan dijadikan kematian Mat Jenin sebagai hujah bodoh bagi menghukum mudah mereka-mereka yang kuat berangan!!!
Sebagai mahasiswa yang mempelajari sedikit sebanyak ilmu Psikologi, penulis memandang istilah berangan pada perspektif yang berbeza. Lain daripada manusia biasa (bosan menjadi manusia biasa), penulis menganggap aktiviti berangan merupakan satu cara mencipta imaginasi dan merancang perjalanan hidup. Yang pasti kita mesti berusaha untuk mendapatkan apa yang kita angankan, dan bukan duduk diam sahaja!!! Jika kita berangan untuk menggunakan handphone Blackberry yang berharga RM1,800.00 tetapi tiada usaha untuk mencari wang bagi mendapatkannya, itu cara yang salah!!!! Maka berangan anda hanyalah SIA-SIA!!! Sperti yang penulis tintakan sebentar tadi, berangan merupakan proses perancangan hidup dan Allah akan memberi apa yang kita angankan jika kita BERUSAHA~
PERSPEKTIF SAYA BERBEZA
Copyright © Teratak Aksara Theme by ChocoTemplates.com & Blogger Themes Sponsored by Busy Buzz Blogging